Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pelaburan Untuk Persaraan: Stok

BY Team Loanstreet

Updated 23 Jul 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Pelaburan stok kemungkinan besar adalah satu pelaburan yang menguntungkan kalau korang kalau pandai menganalisa carta-carta seperti pelabur-pelabur FOREX.

 

Tapi, pelaburan saham ni tak cukup kalau pandai tengok carta je, korang kena tahu juga cara pilih saham yang berbaloi dan boleh tahan lama. Korang carilah saham yang harganya tengah rendah tapi ada potensi untuk naik gila-gila nanti. Bila harga naik, barulah korang boleh buat untung besar.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pertama sekali, apakah risiko sesuatu pelaburan stok itu?

 

Stok ni samalah macam roller coaster-  kejap naik, kejap turun. Tapi kalau kena timing, memang masyuk. Macam KLCI yang sebelum ni prestasinya agak suam-suam kuku saja, tapi, sejak 2 tahun kebelakangan ni, prestasi KLCI dah makin melonjak naik! 

 

Faktor utama? Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke negara-negara Asia yang berjaya meningkatkan keyakinan pelabur. Bukan Malaysia je tapi seluruh Asia pun positif minggu tu.

 

Tapi korang kena ingat, walaupun naik sekarang, tak mustahil boleh jatuh minggu depan. Tengok je carta yang kami tunjuk kat bawah ni, ada masa naik, ada masa jatuh. Tu sebabnya pelaburan saham tetap ada risiko dan kena ada ilmu dan strategi.

 



Bayangkan kalau korang beli saham masa KLCI tengah rendah dan buat keputusan berdasarkan analisis yang betul, korang boleh untung banyak tau. 

 

Contohnya sekarang pun kita boleh nampak dalam masa dua tahun ni, FBM KLCI dah mencatatkan lonjakan prestasi yang ketara, sampai naik ke paras 1,642 mata bulan April lepas. Tapi, korang juga boleh nampak statistiknya masih turun-naik, jadi maksudnya tak ada jaminan yang stok ni akan terus menaik.

 

Sebab tu, bahaya kalau korang hanya ikut ‘momentum’ tanpa faham asas pelaburan atau analisis syarikat. 

 

Contoh terdekat? Pan Malaysia Holdings Berhad (PMH). Baru-baru ni syarikat tu telah diambil alih oleh Exsim Development Sdn Bhd (EXSIMHB). Disebabkan pengumuman pengambilalihan tu, harga saham PMH terus melonjak naik. 

 

 

Jadi, siapa yang sempat beli saham PMH sebelum diambil alih dulu memang untung besarlah! Sebab tulah pentingnya buat analisis syarikat dulu sebelum melabur.

 

Memahami persekitaran makro dan mikro dahulu

 

Nak main saham ni, selain daripada tengok dan analisis carta, korang kena cakna jugak dengan apa yang tengah jadi kat dunia dan Malaysia sekarang. Jangan ingat harga saham berubah tu sebab syarikat je, banyak lagi faktor luar yang main peranan besar.

 

Sekarang ni, pasaran saham Malaysia tengah rancak. Tapi di sebalik tu, ada isu-isu besar yang tengah mempengaruhi pergerakan pasaran. Contohnya, ketegangan geopolitik yang masih belum reda, kadar faedah AS yang kekal tinggi, ringgit yang kejap naik kejap turun, semua ni termasuk dalam faktor makro yang boleh bagi kesan besar dekat pasaran.

 

Antara faktor luar yang kita boleh tengok adalah lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ni. Nampak je macam lawatan rasmi biasa, tapi sebenarnya lawatan ni berjaya boost keyakinan pelabur luar sebab ia bagi signal yang negara besar macam China masih yakin dan nak bekerjasama rapat dengan negara kita.

 

So, bila pelabur yakin dengan suasana ekonomi, barulah mereka mula tengok sektor dan syarikat mana yang berpotensi. Masa ni la pentingnya faham persekitaran mikro macam prestasi syarikat, keuntungan, prospek jangka panjang dan lain-lain.

 

Fahamkan dulu prestasi syarikat yang nak dilabur 

 

Kalau dekat China, korang boleh nampak yang pelabur-pelabur runcit mereka tu tak tahu dan faham pun pasal stok-stok yang mereka beli. Mereka main beli je ikut trend. Masa market tengah naik okaylah, tapi bila pasaran mula jatuh, mereka mula panik sebab tak tahu apa-apa pasal saham yang mereka beli.

 

 

Ingat, tak ada benda percuma dalam pelaburan. Kalau beli saham secara rawak, peluang korang 'tersangkut' masa pasaran tengah pembetulan pasaran tu tinggi. Jadi, korang kena rajin baca laporan kewangan, faham perniagaan syarikat tu, dan jangan main labur je kat sektor yang korang sendiri tak faham.
 

Cari syarikat yang berpotensi berkembang 

 

Produk atau perkhidmatan yang bagus boleh menaikkan harga saham, terutamanya kalau prestasi syarikat melebihi jangkaan pasaran. Contohnya, kalau satu syarikat teknologi nak lancarkan telefon baru yang lebih canggih daripada pesaing, dan jualannya meletup. Pelabur akan mula beli saham sebab nampak potensi untuk untung tinggi. Bila permintaan naik, harga saham pun automatik akan melonjak. Jadi, penting untuk korang kenal pasti syarikat yang berpotensi perform sebelum prestasinya diumumkan secara rasmi.

 

Perubahan dalam pengurusan juga boleh jadi salah satu turning point, especially kalau management yang lama tak bagus. Contohnya, bila syarikat bawa masuk CEO baru yang lebih berpengalaman, pelabur akan jadi lebih yakin untuk beli saham daripada syarikat tersebut.

 

Tapi korang kena hati-hati bila syarikat yang korang aim tu tiba-tiba umum nak tukar arah atau terjun masuk ke bidang perniagaan baru. Memang la nampak menarik bila mereka janji macam-macam tapi realitinya, mereka cuma guna ayat-ayat bombastik untuk yakinkan pelabur, padahal mereka sendiri pun belum betul-betul ready.
 

Mencari syarikat dengan lembaran imbangan yang stabil

 

Ramai yang tak faham kepentingan lembaran imbangan. Lembaran imbangan yang kukuh adalah penting kerana syarikat dapat mengelak isu mudah tunai. Korang mesti taknak syarikat korang banyak hutang sampai susah nak bayar balik pemiutang, kan?

 

Untuk memilih stok yang bagus, 

  • Nisbah semasa (aset semasa / liabiliti semasa) > 1.5, 
  • Nisbah tunai (tunai / liabiliti semasa) > 0.5 
  • Nisbah penggeraran (hutang / ekuiti) < 0.5

 

Mencari pulangan ekuiti, pertumbuhan hasil dan pertumbuhan keuntungan setinggi 15%

 

Angka yang besar (walaupun agak penting ada kalanya) bukanlah faktor korang melabur di sesuatu syarikat. Korang kena cari syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan yang stabil dan konsisten untuk tiga tahun berturut-turut. 

 

Kebanyakan syarikat mempunyai pertumbuhan hasil yang cemerlang tetapi tidak mampu untuk mencapai keputusan yang sama untuk pendapatan. Hal ini menyebabkan kecekapan syarikat itu diragui. Oleh itu, cara yang paling efektif adalah mencari syarikat yang mempunyai kadar pertumbuhan pendapatan dan kadar pertumbuhan pendapatan yang selari.

 

Mengetahui masa untuk menjual

 

 

Ramai orang masih berasa harga saham yang telah menjatuh melebihi 10% akan melantun kerana stok itu masih “kurang nilai” dan jumlah pembelian akan pulih nanti. Korang jangan berharap sangat sebab ada saham yang jatuh dan tak bangun-bangun. Jangan tunggu sampai kerugian jadi lebih besar. Sebab tu wujudnya strategi cut-loss ni untuk selamatkan modal korang sebelum jadi lagi parah. 

 

Ingatlah yang pelaburan bukan sahaja mencari stok yang kurang nilai, ia juga memerlukan masa dan persekitaran yang sesuai. Oleh itu, untuk mengelak diri korang daripada menderita, korang hadkanlah kerugian korang tu pada 10%. .

 

Mempunyai disiplin yang tinggi

 

Nak berjaya dalam pelaburan, pengetahuan tentang kewangan saja tak cukup. Kena ada disiplin juga. Maksudnya, korang perlu ikut rancangan pelaburan yang dah ditetapkan, bukan main tukar strategi setiap kali pasaran turun naik.

 

Kalau tamak, boleh terbeli saham yang dah mahal gila. Kalau takut sangat, langsung tak beli walaupun saham tu tengah undervalued. Jadi pelabur yang bijak kena tahu kawal emosi dan berpegang pada strategi.

 

Pelaburan saham ni tak boleh agak-agak

 

Pelaburan dalam stok sangat menarik dan biasanya mendapat pulangan yang besar jika korang membuat analisis dengan teliti. Jangan main beli walaupun tak tahu apa-apa sebab ikut kawan. Dengan menggunakan prinsip-prinsip yang dikongsi oleh kami sebagai permulaan, kami berharap korang dapat menemui banyak lagi prinsip yang cemerlang sepanjang perjalanan pelaburan anda dan melabur untuk persaraan korang.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2025

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2025

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2025!

cara-guna-teknik-hybrid-asb

Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup? Jom Guna Teknik Hybrid Asb!