1. Tetapkan jumlah keseluruhan bajet duit raya yang korang mampu

Haa... yang ni part yang paling penting sebab agihan duit raya korang nanti kena berdasarkan jumlah keseluruhan bajet yang korang mampu. Dengan buat bajet, korang dapat elakkan diri korang dari terlebih bajet dan jejaskan pengurusan kewangan korang pada bulan yang seterusnya sementara menunggu gaji (kalau makan gaji lah).
Apa yang penting, tahu kemampuan kewangan peribadi dan jangan terlalu excited sampai semua duit yang ada nak dibelanjakan, nanti hujung bulan makan maggi je hari-hari! Jadi catat dulu berapa bajet yang korang ada. Lepas tu, kita beralih ke langkah seterusnya...
2. Senaraikan kategori orang yang korang nak bagi duit raya

Benda ni mungkin nampak leceh, tapi bila korang dah listkan ni, proses nak membahagikan duit raya ni konfirm jadi lebih senang. Kebiasaannya, kategori orang yang akan dapat duit raya ini adalah:
- Keluarga terdekat (ibu-bapa, adik-beradik, anak saudara)
- Kanak-kanak dari saudara-mara korang yang jauh
- Rombongan kanak-kanak dari kawasan perumahan korang
-
KELUARGA TERDEKAT
Untuk keluarga yang terdekat ni, biasanya jumlah yang diberi adalah paling besar. Sebagai contoh RM100 untuk ibu bapa, RM 50 untuk adik beradik dan RM 20 untuk anak saudara (kalau ramai, boleh mark down bagi RM5 je kot) Lagi pun, duit raya ni sebagai tanda penghargaan dan ingatan tulus ikhlas dari korang je.
-
KANAK-KANAK DARI SAUDARA MARA JAUH
Biasalah bila setahun sekali, pasti ada saudara-mara yang jauh datang berkunjung ke rumah korang untuk beraya. Kebiasaannya, ramailah kanak-kanak dari saudara-mara jauh ni yang pastinya excited nak dapat duit raya dari korang.
Jumlah yang diberi selalunya lagi sikit berbanding dengan keluarga terdekat, dalam lingkungan RM 5 ke RM 10 seorang. Kalau nak kurangkan lagi pun boleh, tak menjadi masalah pon, asalkan semua orang rasa kemeriahan suasana beraya dan dapat mengeratkan silaturrahim.
Jumlah yang diberi selalunya lagi sikit berbanding dengan keluarga terdekat, dalam lingkungan RM 5 ke RM 10 seorang. Kalau nak kurangkan lagi pun boleh, tak menjadi masalah pon, asalkan semua orang rasa kemeriahan suasana beraya dan dapat mengeratkan silaturrahim.
-
ROMBONGAN KANAK-KANAK DARI KAWASAN PERUMAHAN
Bagi admin, kategori ni yang paling menyeronokkan sebab kadang-kadang korang sendiri pun tak pasti budak-budak ni dari kawasan perumahan korang ke tak. Ada tu, sampai dua kali datang beraya pun ada! Dia ingat kita tak tahu lah tu…
Duit raya yang diberi biasanya paling kecil, dalam lingkungan RM1 ke RM2 je. Tapi apa yang penting adalah tanda ingatan selain meraikan kanak-kanak yang dah datang konvoi beraya bersama dan memeriahkan lagi suasana di hari raya...
Duit raya yang diberi biasanya paling kecil, dalam lingkungan RM1 ke RM2 je. Tapi apa yang penting adalah tanda ingatan selain meraikan kanak-kanak yang dah datang konvoi beraya bersama dan memeriahkan lagi suasana di hari raya...
3. Jangan lupa tukar duit raya

Ha, bila dah ada sistem bajet yang sistematik, jangan lupa pulak tukar duit raya korang mengikut bajet yang korang dah buat tu. Korang kena alert sebab sesetengah bank dah tetapkan tarikh tertentu bagi pertukaran duit raya kat bank diorang. Kebiasaannya, korang boleh mula tukar duit raya seminggu atau dua minggu sebelum raya.
Untuk lebih kepastian tentang stok duit raya dah ready atau belum, korang boleh hubungi dulu cawangan bank yang korang nak pergi tu.
4. Asingkan jumlah wang mengikut kategori sampul raya

Untuk memudahkan proses korang nak membahagikan duit raya ni, admin cadangkan korang asingkan amaun duit mengikut design/warna sampul raya. Bukannya apa, kalau korang dah guna sampul yang sama bagi semua amaun duit, konfirm berlaku banyak kekeliruan masa nak bagi duit raya nanti! Bila korang dah tahu sampul mana yang mengandungi jumlah wang yang tertentu, tak ada lah timbul isu tersalah atau tertukar duit raya!
Bagi je mengikut kemampuan, lantak pi lah orang nak cakap apa pun
Amaun duit raya yang diberi bukanlah penanda aras segala-galanya, asalkan korang bagi dengan hati yang ikhlas, langsung tak menjadi masalah pun sebab apa yang penting waktu hari raya ni adalah masa bersama keluarga dan semangat perayaan yang diraikan! Korang pulak macam mana? Cuba share pandangan/tips pasal berapa banyak duit raya nak kena bagi kat ruang komen Facebook kami.
Akhir kata, walaupun macam awal lagi - Selamat Hari Raya dari kami, geng Loanstreet!
Akhir kata, walaupun macam awal lagi - Selamat Hari Raya dari kami, geng Loanstreet!