Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Anda Masih Muda Untuk Berfikir Tentang Persaraan? Fikirkan Semula.

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Perbincangan berkenaan bukanlah isu yang popular dikalangan generasi muda masa kini. Adalah amat sukar untuk merancang 5 tahun hadapan, apatah lagi untuk 50 tahun yang akan datang.. akan tetapi , fakta yang menunjukkan kebenaran , menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , pesara menggunakan secara purata RM 150,000 simpanan KWSP dalam masa 3-5 tahun pertama persaraan mereka. Sekiranya anda yakin anda boleh memiliki jutaan ringgit pada umur 60 tahun, adalah baik sekiranya untuk melihat alternatif untuk menampung simpanan KWSP anda. Di dalam artikel ini, kita akan melihat skim persaraan swasta (Private Retirement Scheme :PRS).

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Insentif Belia PRS

Warganegara yang berusia diantara 20-30 tahun adalah layak untuk menerima sekali bayaran sebanyak RM 500 dari kerajaan kedalam akaun PRS. Apa yang anda perlu buat adalah mencarum  sebanyak RM1000 kedalam akaun PRS dalam tempoh setahun. Sangat mudah. Insentif ini hanya sah sehingga penghujung tahun 2018 (atau anda mencecah umur 31 tahun), maka anda mungkin perlu bertindak pantas. Juga perlu dingatkan bahawa caruman yang dibuat sebelum 2 Januari 2014 , tidak dipertimbangkan didalam insentif ini.

2. Pilihan Pelaburan Fleksibel

Salah satu kelebihan adalah fleksibiliti untuk memenuhi tahap risiko  pelbagai. PRS membenarkan pelabur untuk melabur dana yang sesuai dengan takat risiko yang diterima. Bagi pelabur yang memerlukan pelaburan syariah, terdapat pelbagai pelaburan islamik denagan risiko yang sesuai. Ini menjadikan PRS sangat berpatutan sangat fleksibel, anda memiliki kebebasan masa untuk melabur, jumlah untuk dicarum dan anada boleh melabur dalam pelbagai dana pada sesuatu masa yang sama.

3. Penjimatan Dari Cukai

Satu lagi tawaran menarik dari PRS adalah pengecualian cukai sehingga RM 3000 setiap tahun bagi 10 tahun pertama, ditambah lagi pengecualian cukai untuk KWSP.  Sebagai contoh, sekiranya anda termasuk kedalam kategori 26% cukai dan menyumbang RM 3000 ataupun lebih, anda akan mendapat pengecualian cukai maksimum RM 3000 dan penjimatan cukai sebanyak RM 780 (26% darab RM 3000). Pendapatan anda dari PRS juga dikecualikan cukai . Pemilik syarikat yang menyumbang kepada pekerja juga mendapat pengecualian cukai dari sumbangan melebihi kadar yang ditetapkan oleh KWSP, sehingga 19% dari sumbangan.

4. Pengeluarn Tunai Dari Akaun PRS

Pelaburan kedalam akaun PRS akan dibahagi kepada 2 bahagian, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%). Pelaburan akan menggunakan jumlah keseluruhan dalam simpanan tetapi dibahagikan kepada 2 bahagian untuk tujuan pengeluaran. Anda boleh membuat pengeluaran apabilan umur mencecah 55 tahun, berhijrah ke luar negara ataupun meninggal dunia. Walaubagaimanpun, anda boleh mengeluarkan dana dari akaun B sebelum persaraan. Perlu dingatkan bahawa penalti cukai sebanyak 8% berdasarkan jumlah yang dikeluarkan. Tidak seperti KWSP, dimana akaun 2 boleh dikeluarkan tanpa dikenakan cukai. Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran KWSP, anda boleh merujuk disini.

5. Kekurangan

Walaupun pelbagai kelebihan ditawarkan oleh PRS, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Apabila anda membandingkan PRS dan KWSP, dimana KWSP memiliki minimum dividen senbanyak 2.5%, ahli PRS mungkin tidak menerima pulangan ataupun mencatat pulangan negatif apabila dana tidak mencatat keuntungan. KWSP pula akan memberi pulangan sekurang-kurangnya 2.5% walaupun KWSP tidak menjana sebarang keuntungan.

Kesimpulan

Terdapat peningkatan mendadak apabila berkaitan topik simpanan dan pelaburan persaraan dikalangan belia. Berdasarkan statistik terbaru dari PPA, 25% dari ahli PRS adalah terdiri daripada kumpulan berusia 20-30 tahun berbanding 8%   pada hujung disember 2013. Walaubagaimanpun, himpunan kisah kesukaran pesara diseluruh Malaysia masih menggambarkan kekurangan kesedaran tentang simpanan selepas persaraan. Bagi pihak kami, adalah amat penting untuk mewujudkan portfolio pelaburan peribadi yang akan menjana pulangan berbanding akaun simpanan yang akan diatasi oleh inflasi.

Untuk mengetahui bagaimanakah PRS berbanding dengan KWSP sila membaca artikel baru kita KWSP atau PRS;

Kami akan merangkumi pelbagai pelaburan pada masa hadapan, tapi buat masa ini, bantulah kawan dan keluarga anda dengan berkongsi artikel ini.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)