Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 09 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Dah jadi norma hidup dekat Malaysia ni untuk belajar pandai-pandai, secure kerja yang bagus, barulah  dapat hidup senang. Tapi, bila korang dah start bekerja, realiti dia lain sikit, kan? Rasa tertekan dengan kos kehidupan seharian, bergelut nak bayar balik hutang time belajar lagi. So, jom kita sembang tentang masalah-masalah yang biasa dihadapi golongan pekerja baru dan cara nak atasinya. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Membeli rumah pertama 

 

 

Memandangkan harga perumahan meningkat pada kadar yang lebih cepat daripada purata pendapatan rakyat Malaysia, pembelian rumah pertama korang mungkin lebih merunsingkan berbanding dengan beberapa dekad yang lalu. Tapi korang jangan risau sangat, kami cadangkan korang beli je rumah dengan kos rendah dulu. Sekarang ni ada je lagi rumah yang berharga RM 250,000 tau!

 

Kalau nak jimat lagi, korang boleh tengok skim PR1MA. Rumah-rumah dalam skim ni dijual di bawah harga pasaran, jadi sesuailah dengan korang yang ada bajet rendah! 

 

2. Membeli kereta pertama 

 

 

Memang tak asing lagi untuk kita yang harga kereta dekat Malaysia ni mahaii. So, kalau bajet korang rendah, korang boleh consider beli kereta secondhand dulu. Kenapa? Sebab kereta baru tu cepat sangat susut nilai. So, kalau beli kereta terpakai, korang boleh jimat banyak. Pastikan korang cari kereta yang masih elok, masih dalam keadaan yang baik! 

 

3. Penyalahgunaan kad kredit

 

Kad kredit ni mudah je, tapi boleh jadi masalah besar kalau tak pandai guna. Jangan biarkan bil kad kredit naik melambung! Sebaiknya, korang gunalah kad kredit untuk dapatkan promosi dan rewards yang menarik. Bayar dalam tempoh yang ditetapkan, dan korang akan dapat manfaat lebih daripada kad ni. Nak tips lebih lanjut? Baca ni. 

 

4. Menjelaskan hutang PTPTN

 

 

Bagi korang yang ada hutang PTPTN, berita baik! Faedah sekarang hanya 1%, paling rendah berbanding loan lain. So, kalau boleh, bayar balik ikut jadual supaya rekod CCRIS korang tak rosak. Kalau ada duit lebih, boleh ambil kesempatan diskaun 20% untuk bayaran penuh sekaligus, boleh jimat banyak tau!
 

Kalau tak mampu bayar penuh, takpe, korang boleh buat bayaran minimum asalkan korang tak masuk senarai hitam. Ingat, selagi hutang PTPTN masih ada, rekod kewangan korang terikat.
 

5. Pengurusan pembayaran balik hutang

 

Kalau korang ada banyak hutang yang nak di settlekan, korang plan dulu cara yang paling berkesan untuk langsaikan hutang korang. Korang boleh juga buat pembiaayaan semula untuk settlekan hutang korang.  

 

Selain itu, kalau kadar faedah hutang korang lagi tinggi daripada pulangan Simpanan Tetap, better cepat-cepat selesaikan hutang tu dulu. Tapi, kalau pulangan simpanan lagi tinggi, maybe korang boleh panjangkan tempoh bayaran untuk lebih fleksibiliti.

 

Pastikan belanjawan korang teratur


Masalah yang kami bincangkan ni memang biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa muda yang baru bekerja. Tapi, ada juga faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ni. Kalau korang masih rasa terbeban dengan masalah kewangan, mungkin boleh dapatkan nasihat daripada pakar.


Apa yang penting, korang perlu ada disiplin dalam diri korang dalam buat belanjawan dan cari cara yang berkesan untuk settle hutang. Ini semua boleh bantu meringankan beban korang dalam jangka panjang.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes