Sebelum tu, apa punca bil air tinggi?
Sebelum kami pergi lebih lanjut macam mana cara nak jimat bil air, jom kita semak dulu apa biasanya yang jadi punca bil air korang tu boleh jadi tinggi.
Sumber Imej: Air Selangor
Haa cuba baca yang no 1 tu, sebab apa ye, penggunaan yang berlebihan. Masalah utama sekarang ialah berlakunya penggunaan yang berlebihan sebab tu bil air korang ni boleh jadi tinggi. Lepas tu, barulah mungkin berlaku kemungkinan teknikal yang lain.
Jadi seterusnya, jom kita baca apa tips yang korang boleh cuba untuk jimatkan bil air di rumah
1. Mulakan dengan bilik mandi
Kita start dengan perkara paling basic yang korang boleh mulakan, dalam bilik mandi. Mandi guna air banyak memang best, nak-nak time mandi siap nyanyi bawah shower acah-acah penyanyi. Namun sebenarnya, banyak air yang telah dibazirkan.Contohnya, semasa menggunakan sabun, dengan hanya tutup shower mandi korang dah boleh jimat 100 liter sehari air tau.
Kalau masa gosok gigi, korang tutup paip, korang dah boleh jimatkan sehingga 60 liter sehari. Sama macam basuh muka, bila korang tutup tutup paip dan boleh jimatkan 30 liter sehari! Haa kalau masa mandi kalau boleh jangan terlalu lama, bukan tak boleh mandi tapi kalau sampai berjam nak-nak masa bulan puasa, tu dah lain macam!
Ada beberapa cara juga korang boleh praktikkan dalam bilik mandi contohnya Guna shower head low flow, dapat jimatkan air sehingga 40%. nAda kolah atau bekas air lagi best, tadah dulu siap-siap sampai penuh. Jangan dah melimpah, lupa nak tutup pulak!
2. Baiki paip yang bocor awal-awal jangan biar sampai melarat
Ni masalah biasa, kalau biasanya paip bocor sikit-sikit tu, biasanya kita biarkan saja kan? Salah tu, kalau ada paip bocor, jangan biarkan lama. Tak kira korang duduk rumah teres atau bertingkat, sentiasa perhatikan ada atau tidak kebocoran.
Sebenarnya, banyak kes kebocoran air di rumah bertingkat sampai dah mengalir melalui dinding rumah, siling dan ada yang dah bocor sampai masuk unit rumah lain, Lepas tu, tak pasal-pasal kena tanggung kos baiki sistem paip unit rumah lain pulak.
Kalau korang ambil langkah pencegahan awal, sekurang-kurangnya hanya bocor sedikit, boleh jimat bil air kalau dah baiki awal-awal. Ini tidak, bila biarkan terlalu lama, tak pasal-pasal kena tanggung kos kerugian besar.
Ada beberapa cara sebenarnya kalau korang nak detect lebih awal paip bocor ni, kami share kan beberapa tips yang korang boleh cuba kat rumah:
- Tengok keadaan rumah sekiranya terdapat kesan air meresap/ basah di lantai, dinding atau siling rumah.
- Periksa tangki simpanan air untuk mengesan sebarang kebocoran
- Korang tahukan purata bacaan biasa berapa sebulan? Kalau tiba-tiba naik mendadak tanpa penggunaan yang besar, baik korang check balik sama ada ada kebocoran atau tak
- Tutup semua paip air di dalam rumah dan pastikan tiada pergerakan air masuk ke tangki simpanan. Kemudian, perhatikan bacaan meter air untuk satu jangka masa. Jika masih terdapat pergerakan bacaan pada meter air, walau korang dah confirm tak ada sebarang penggunaan air, kemungkinan ada kebocoran paip dah berlaku.
3. Tadah baldi sebelum hujan
Malaysia, kalau dah sampai musim hujan, memang hujan lebat. Biasa orang sebut sediakan payung sebelum hujan, kali ni, apa kata kita cuba tadah baldi sebelum hujan pulak.
Macam mana nak manfaatkan air dalam baldi ni? Korang bolehlah guna sewaktu cuaca panas dengan gunakan air sama yang ditadah untuk siram pokok atau bersihkan halaman rumah. Bila tak gunakan hos atau wayar air bila menyiram, boleh jimat air sehingga 24 liter sehari.
Kalau korang ingat, dari zaman dulu lagi, orang tua dah praktikkan kaedah ni. Masa hujan, dorang akan tadah air dalam tempayan. Air dalam tempayan tu dorang akan gunakan untuk basuh kaki.
4. Basuh baju, bila mesin basuh sudah penuh
Ada tak, yang kalau jenis basuh baju, tak kisah muatan penuh atau tak, main basuh je? Sebenarnya kalau nak lagi jimat, bila muatan baju dah penuh, barulah basuh baju. Bukan air sahaja jimat, tapi pada masa yang sama akan jimatkan bil elektrik juga. Penjimatan 2 dalam 1 gitu.
Kalau muatan baju memang kecil dan memang kena dibasuh, pilih setting untuk muatan kecil supaya mesin basuh akan menggunakan air yang sesuai dengan muatan kecil. Secara penggunaan mesin basuh korang dalam 2 kali seminggu sahaja, dah boleh jimatkan 56 liter sehari.
5. Dekat dapur pon boleh jimatkan air!
Nak masak makanan dan minuman pon, boleh jimatkan bil air kalau korang bijak.Contohnya, sewaktu cuci pinggan dengan sabun, jangan biarkan air mengalir. Selepas bilas pinggan, tutup terus paip air. Ingat, sentiasa pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
Nak jimat lagi basuh pinggan, tadah air siap-siap dan bilas dengan air yang ditadah dalam bekas atau singki. Bukan basuh pinggan je, korang juga boleh gunakan air yang ditadah dalam bekas tadi tu untuk cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam bekas atau sinki.
6. Dah berjaya jimat air, nak bayar pon kita berjimat lagi!
Bila nak bayar bil air, korang kena bijak manfaatkan cashback atau promo bila nak bayar bil. Korang kena la rajin-rajin usha promosi atau cashback bila nak bayar bil.
Contohnya, Shopee sekarang ada tawarkan kupon RM10 OFF untuk new user yang nak bayar bil air dan valid sampai 30 September 2021. Cepat-cepat redeem kalau korang new user sebelum habis kupon ni. Admin dah try dan buat, dah jimat bil air bulan ni.
Bukan setakat Shopee je, korang juga boleh gunakan e-wallet untuk bayar bil dan dapatkan points.Bila dah lama kumpul points, korang dah boleh claim mana-mana baucer atau promosi yang ditawarkan. Jadi, korang kena la rajin dan alert dengan sebarang promosi yang ditawarkan ni.
Ada orang ambil remeh untuk menjimatkan bil air ni, kalau betul-betul guna takpe, tapi kan membazir amalan syaitan. Nampak kecik, contohnya sebulan korang dah boleh jimat RM10, setahun dah boleh saving lebihan duit tu RM120.
Yang menariknya, dengan modal serendah RM100, korang dah boleh guna lebihan duit tu untuk pelaburan REIT. Tak percaya? Baca artikel ni: REIT: Pelaburan Hartanah Dengan Modal Serendah RM100
Sebenarnya, prinsip ni simple je, kalau air mengalir, duit pon mengalir. Bila ada air jangan bazir, gunakan sebaiknya, bila dah tak ada nanti baru susah. Jadi, sebelum korang susah sebab tak ada air, jomlah kita sama-sama cuba jimatkan air.
Share dekat kami sekiranya korang berjaya dalam misi nak menjimatkan bil air ni, nak bagi tips yang lagi best daripada kami pun boleh, kongsikan sahaja dekat ruang komen fesbuk kami. Semoga berjaya!
BACA JUGAK:
- 6 Cara Untuk Jimat Bil Elektrik Macam Pengguna Bijak
- Bil Elektrik Mahal? Jom Kira Kos Penggunaan Elektrik Rumah Korang
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.