Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bil Elektrik Mahal? Jom Kira Kos Penggunaan Elektrik Rumah Korang

BY Nisya Aziz

Updated 23 Jul 2020




Baru-baru ni, kecoh kat media sosial dengan aduan dan rungutan pasal bil elektrik melambung tinggi waktu PKP. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi siap minta TNB check balik cara kira bil. Admin nak tanya ni, ada lagi ke yang masih ada masalah bil elektrik tinggi? Kalau ada, silalah komplain kat mana-mana Kedai Tenaga ye.

Yang penting, pastikan apa yang korang komplainkan tu ada intipati. Macam mana? Jom belajar cara nak kira kos elektrik rumah korang -  selain salahkan TNB, barulah korang dapat tahu punca bil elektrik tu tinggi, barulah korang tahu barang elektrik mana yang banyak pakai duit. 

Tetapi, sebelum kita belajar camne nak kira kos penggunaan elektrik…
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Korang tahu tak Malaysia ni ada peak hour dan off-peak hour untuk penggunaan elektrik? 


Sumber imej: TNB

Skim tarif Time of Use (TOU) ni diperkenalkan untuk galakkan penggunaan elektrik yang berpatutan. Contohnya, kadar tarif semasa untuk off-peak hour (10 malam hingga 8 pagi) adalah lebih rendah daripada time peak hour (8 pagi hingga 10 malam). Kalau korang nka tahu, skim ni hanya digunakan untuk industri komersil, perindustrian, pertanian dan perlombongan - BUKAN untuk domestik.



kalau korang tinggal kat kediaman jenis komersial macam SoHo, SoVo dan SoFo, korang tertakluk kepada penilaian komersial, cukai tanah, caj telefon dan juga utiliti. Ini bermakna bil elektrik korang pun akan jadi lebih tinggi daripada kediaman biasa. 

Sebagai contoh, perbezaan ketara yang korang boleh tengok ialah caj minimum elektrik bulanan. TNB ada share yang caj minimum untuk premis komersil voltan rendah adalah RM7.20, sementara untuk premis domestik ialah RM3. Lihat tarif komersial kat sini.

Selain tu hartanah yang kami dah list tadi, apartmen servis pun tertakluk kepada kadar komersil kecuali kalau korang dah kawtim dengan pihak berkuasa. Jadi, sendiri mau fikir lah.


Okay dah, jom belajar cara nak kira kos elektrik bulanan 

Kos penggunaan elektrik untuk setiap isi rumah bergantung kepada saiz keluarga korang, lifestyle, bilangan dan umur peralatan elektrik, serta berapa lama korang guna barang tu. Korang boleh rujuk jadual kat bawah untuk tarif semasa bagi pengguna domestik.
 
Blok Tarif Caj Semasa (RM/kWh)
Untuk 200 kWh (1 - 200 kWh) pertama sebulan 0.218
100 kWh (201 - 300 kWh) seterusnya sebulan 0.334
Untuk 300 kWh (301 - 600 kWh) seterusya sebulan 0.516
Untuk 300 kWh (601 - 900 kWh) seterusnya sebluan 0.546
Untuk kWh seterusnya (901 kWh ke atas) sebulan 0.571
 

Mula-mula korang kena tahu penggunaan elektrik bulanan

Kalau matematik korang sejenis karat, benda ni mungkin akan ambik masa sikit lah ye. Tapi kalau dah selalu buat, takde hal dah. First, korang kena cari perkara kat bawah:
  • Kapasiti peralatan elektrik/elektronik korang dalam watt (W). Info ni selalnuya tertera kat kotak barang tu. Kalau takde boleh lah tanya Encik Google.
  • Bilangan jam penggunaan barangan elektrik tu.
 

Formula penggunaan elektrik:
Bilangan Peralatan x Jumlah Kapasiti Peralatan (W) x Masa Penggunaan


Sebagai contoh, kat bawah ni adalah peralatan yang digunakan kat rumah korang dan jumlah penggunaan elektrik.
 
Bilangan Peralatan Jumlah Kapasiti Peralatan (W) Masa Penggunaan (jam) Jumlah Penggunaan (W)
6 Lampu Kalimantang/Pendarfluor 38 (6.3 setiap satu) 5 1,140
1 Televisyen 100 4 400
2 Kipas siling 60 (30 setiap satu) 4 480
1 Peti Sejuk 700 24 16,800
1 Seterika 1000 0.5 500
1 Cerek Elektrik 1000 0.25 250
1 Aircon 950 8 7,600

Jadi,jumlah penggunaan elektrik dalam kWh ialah
= (1,140 + 400 + 480 + 16,800 + 500 + 250 + 7,600) / 1000
= 27.17 kWh

Sekarang kita buat anggapan yang korang punya jumlah penggunaan elektrik adalah sama selama sebulan (30 hari). Ini bermakna penggunaan elektrik korang dalam tempoh sebulan ialah
= 27.17 kWh x 30 days
= 815.1 kWh
 

Pastu, korang kira kos elektrik yang perlu dibayar mengikut blok tarif semasa

Oleh itu, penggunaan elektrik korang akan dibahagikan mengikut tarif blok semasa (seperti di bawah). Konsepnya pengiraan dia sama macam tempat letak kereta kat shopping mall/ofis. 

Sekarang korang darabkan blok prorata dengan kadar tarif yang disetkan. Selanjutnya, anda merumuskan jumlah setiap blok tarif untuk mendapatkan jumlah kos penggunaan elektrik.

Anggaran unit (kWh): 815.1 kWh
 
Blok Tarif Blok Prorata (kWh) Kadar (RM) Amaun (RM)
200 200 0.218 43.60
100 100 0.334 33.40
300 300 0.516 154.80
300 215.1 0.546 117.44
Jumlah 815.1 - 349.24

Tapi, ni bukan amaun yang terakhir. Oleh kerana penggunaan elektrik korang untuk bulan tu melebihi 600kWh, yang lagi 215.1kWh tu akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.



Bukan tu je, korang juga akan dicaj untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) sebanyak 1.6% daripada jumlah penggunaan bulan tu. Caj ni tertakluk kepada semua pelanggan domestik kecuali kalau penggunaan elektrik korang tu adalah sebanyak 300kWh sebulan ataupun kurang.

Jadi, kalau rasa-rasa tak mampu bayar bil mahal ataupun sejenis kedekut Haji Bakhil, pastikan penggunaan elektrik korang tu kurang dari 300kWh sebulan. Dia akan caj RM77 je. Kalau rasa nak kurangkan lagi - bawah RM50, pastikan korang guna elektrik sebanyak 200kWh sebulan ataupun kurang.
 

Oh camtu… tapi kalau tempoh pengebilan melebihi 31 hari camne pulak nak kira?

Kalau camtu kaedah prorata akan digunakan untuk memperuntukkan unit untuk setiap blok tarif. Perlu diingat bahawa faktor prorata hanya akan digunakan untuk 600kWh pertama. Sebagai contoh:

Tempoh Pengebilan: 08.07.2016 - 14.08.2019 (37 Hari)
Jumlah unit (kWh): 1082 kWh
Faktor Prorata: 37 Hari / 30 Hari = 1.23
 
Blok Tarif Blok Prorata(kWh) Kadar (RM) Amaun (RM)
200 200 x 1.23 = 246 0.218 53.62
100 100 x 1.23 = 123 0.334 41.08
300 300 x 1.23 = 369 0.516 190.40
300 1082 - (246 + 123 + 369) = 444 0.546 242.42
Jumlah 1082 - 527.52

Mengikut jadual kat atas ni, kos penggunaan elektrik korang adalah RM527.52 (tak termasuk cukai perkhidmatan dan KWWTB).


Haaa… sekarang dah tahu kira penggunaan elektrik, boleh lah korang pergi buat komplain macam bawse!


Jangan buat macam ni, please...

Kokye pun nak komplain, sekurang-kurangnya korang kenalah fahami apa yang korang komplainkan tu dan cara-cara nak komplain. Barulah rasa tak kecewa sebab kena auta ataupun sakit hati. 

Apa-apa pun, kami harap penjelasan kat atas tu dapat membantu korang bila ada masalah bil elektrik melambung tak tentu pasal. Selain tu, ia juga boleh tolong korang pantau barang yang banyak sedut elektrik. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan k!

Lagi satu, sebelum kami terlupa, jangan lewatkan pembayaran bil tau. TNB akan kenakan caj 1% daripada jumlah penggunaan bulan tu.

Harap membantu!

BACA NI PULAK:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)