Dah tu, takkan nak lepaskan je impian memiliki perabut IKEA? MESTILAH TIDAK!
Kalau dah sejenis kepala selalu fikir pasal $$ je, konfirm lah isu ni dijadikan peluang baik untuk buat duit. Buktinya, dah ramai yang mulakan kerjaya sebagai Personal Shoppers IKEA (pembeli peribadi). Golongan personal shoppers ni sangat bagus untuk kita yang tersangatlah malas nak hadap lautan manusia, ataupun yang tinggal jauh dari IKEA (terutamanya kat negeri yang takde IKEA - Sabah dan Sarawak), takpun jenis yang sibuk sangat sampai takde masa nak cari barang.
Buat pengetahuan korang, ada dua jenis Personal Shopper IKEA. Yang pertama ni selalunya ambik order secara ad-hoc, menggunakan platform tak rasmi macam Facebook atau Instagram. Jenis kedua pulak yang jual semula barang IKEA dekat online shopping platforms macam Lazada atau Shopee.
Tak kisah lah yang mana, dua-dua akan caj lebih berbanding harga sebenar barang tersebut kat IKEA - ofcos lah. Untuk penghantaran pulak, personal shopper ni akan hantar terus ke rumah, buat penghantaran secara Cash-On-Delivery (COD), atau menggunakan servis kurier.
“Tapi, bukan ke kita boleh order barang IKEA secara online?”
Ye, boleh sangat! Akhirnya, IKEA faham pun yang ramai lagi prefer beli secara online. Diorang lancarkan IKEA online store ni pada akhir tahun 2018, dan senang cerita, korang boleh bersorak gembira.Harga yang ditawarkan di online store adalah sama dengan harga kat IKEA physical store, tapi ada beberapa pilihan penghantaran yang akan mengubah harga yang perlu dibayar. Sebenarnya, harga penghantaran yang dicaj kat online store ni sama je dengan kos penghantaran yang ditetapkan oleh IKEA physical store.
Ishh! Mana satu lagi okay ni???
IKEA online store memang nampak official dan selamat, tapi pembeli peribadi adakan personal shopper IKEA tu patut terus dicop mencekik darah? Jangan pening-pening sebab kami di Loanstreet dah buat research dengan lebih mendalam untuk pastikan pilihan mana yang paling best.Personal shoppers jenis ad-hoc | Beli di platform online store | IKEA online store (official) | |
---|---|---|---|
Item kecik | Kebiasaannya, shoppers ni akan caj kos penghantaran bagi setiap item. Contohnya, seorang shopper akan caj RM3 bagi item yang berharga RM5 ke bawah. Caj yang dikenakan boleh meningkat sehingga RM10 bagi setiap item yang lebih besar. Ni tak termasuk kos kurier. courier rates. |
Harga barang di kedai dan di platform adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, harga bagi satu rak LERBERG dijual pada harga RM79.90 di platform online, tapi berharga RM69 di IKEA. Kat platform lain pulak, bag penyejuk beku ISTAD dijual dengan harga RM11.90, RM2 lebih mahal dari IKEA. Tak termasuk kos kurier. |
Untuk semua item yang kecik dengan berat kurang dari 24kg dan boleh dimuatkan dalam satu bungkusan, IKEA kenakan kadar rata RM25 bagi Semenanjung dan RM100 bagi Sabah & Sarawak. |
Item besar | Sesetengah pembeli peribadi tawarkan servis penghantaran ke rumah. Contohnya, ada seorang pembeli kenakan bayaran RM30 bagi penghantaran di kawasan KL. |
Platform membeli-belah secara online biasanya tak jual item yang besar. | Dihantar menggunakan trak IKEA. Caj penghantaran pulak bergantung pada zon korang. Harga bermula dari RM98 hingga RM258. Penghantaran ditawarkan ke seluruh Semenanjung, Kuching, Miri, dan Kota Kinabalu. |
Dan pemenangnya adalah…
Sebenarnya, ia bergantung pada keperluan shopping korang. Kalau korang nak beli item yang kecik-kecik je, servis penghantaran IKEA adalah paling sesuai, terutamanya kalau korang menetap kat Semenanjung. Takde sebarang servis caj dikenakan dan bayaran penghantaran hanyalah sebanyak RM25 - asal kan kesemua item korang muat dalam kotak bersaiz 0.084 meter persegi (ruang sebesar 84 liter).Bagi item yang besar pulak, personal shopper ad-hoc adalah pilihan yang lagi bagus sebab diorang boleh hantar ke rumah terus. Bergantung pada saiz item dan jugak lokasi penghantaran, caj yang dikenakan adalah serendah RM30. Jauh beza banyak kot dengan trak IKEA yang kenakan minimum RM98.
Tapikan, korang ni jenis semua benda nak DIY atau jenis yang semua upah orang buat (macam admin)?
Kalau korang sejenis macam admin, ada baiknya korang pilih penghantaran oleh IKEA sebab pembeli peribadi selalunya tak tawarkan servis pemasangan. Cuma itulah, korang kena bayar caj penghantaran (dan 10% dari harga item). Tapi, kalau korang sejenis MacGyver, pasang sendiri sudah, lagi jimat!
Baca ni jugak:
Shopping Kelengkapan Dapur Dekat Ikea? HomePro? Ceh, Kedai RM2 Kan Ada