1. Guna perkakas elektrik dengan betul.
Kalau nak kurang pembaziran penggunaan elektrik, korang kena start pakai perkakas elektrik korang dengan betul seperti yang dinyatakan kat dalam manual.
Contohnya, kalau kapasiti mesin basuh korang ialah 10kg, make sure berat pakaian yang disumbat kat dalam mesin tu tak berlebih untuk elak penggunaan elektrik yang berlebihan.
Peti ais pun sama. Kalau asyik dok bukak tutup je (jangan tak ngakulah, kita semua ada penyakit ni bila boring), memang banyak pembaziran elektrik akan berlaku. Sama jugak kalau korang penuhkan peti ais korang sampai takde ruang, ni pun boleh menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
2. Cari perkakas elektrik dengan label “5 Stars”
Tak kisah lah korang beli peti sejuk, kipas, TV ataupun aircon, PILIH perkakas yang ada label penggunaan tenaga macam gambar kat atas. Okay, mungkin harga barang ni mahal sikit dari biasa yang akan buat korang fikir dua kali untuk beli ke tak. Tapi, korang kena tahu yang perkakas dengan label ni boleh tolong jimat duit dalam jangka masa panjang.
Label ni akan tunjuk kat korang anggaran penggunaan tenaga elektrik berdasarkan sistem penarafan bintang - 5 bintang bermaksud yang paling efisien. Dengan ni, korang dapat kira berapa banyak elektrik yang perkakas ni gunakan.
Sumber imej: bseep.gov.my
3. Penuhkan mesin korang semasa membasuh.
Perkara ni korang kena ingat time guna mesin basuh ataupun dishwasher sebab mesin korang tu akan guna jumlah tenaga yang sama tanpa mengira ukuran muatan. Jadi, kenapa tak tidak memanfaatkan dia sepenuhnya? Korang bukan je akan jimatkan air dan elektrik, tapi boleh kurangkan kehausan mesin sekali. TAPI, jangan lupa pasal point #1 pulak k.
Petua lain yang korang boleh try ialah rendam baju/pinggan mangkuk yang kotor sebelum mencuci. Ni supaya korang tak perlu nak cuci banyak kali dan gandakan penggunaan elektrik korang.
4. Jangan lupa cabut plug!
Sebilangan besar daripada kita mungkin tak sedar yang cabut plug boleh jimatkan kos elektrik sebenarnya. Rupa-rupanya, perkakas elektronik macam TV, pengisar, konsol permainan dan lain-lain, walaupun dah suis dah ditutup, benda-benda ni masih keluarkan elektrik.
Jadi, perkara ni bukan mitos k dan memang terbukti boleh jimatkan penggunaan elektrik. Cuba tengok contoh kat bawah. Netizen ni kongsikan camne dia boleh jimat duit dengan mengamalkan cara ni.
5. Sila jaga peti sejuk korang.
Inilah perkakas yang korang hidupkan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan sepanjang tahun! Oleh itu, korang perlu pastikan bahawa ia tak membebankan korang dengan lebih banyak wang kemudian hari. Beli peti sejuk dengan label '5 Stars' memang tak cukup untuk nak kurang bil elektrik korang.
Menurut TNB, kalau korang nak peti sejuk korang berfungsi dengan cekap dan menggunakan tenaga yang sikit, pastikan ruang di antara dinding dan peti sejuk berjarak 10cm dan jauh dari kawasan yang panas macam dekat kawasan dapur gas.
Selain tu, jangan sumbat makanan ke dalam peti sejuk korang sampai takde ruang langsung. Ni boleh sebabkan motor peti sejuk korang berkerja dengan lebih kuat dan sekaligus hauskan motor tu. Dan, dalam proses semua ini, peti sejuk korang akan guna lebih banyak elektrik daripada biasa. Kalau banyak duit takpelah.
6. Tetapkan temperature aircon korang antara 23° C hingga 25° C
Selain menjaga kebersihan filter udara, korang jugak kena tetapkan suhu korang antara 23° C hingga 25° C untuk pastikan penggunaan tenaga elektrik yang optimum sebab kita kan tinggal kan Malaysia - panas dia bukan main lagi kadang-kadang.
Benda ni mungkin nampak macam remeh tapi perlu dipertimbangkan sebab ia boleh buat perubahan pada kos elektrik korang. Camne tu? Haaa… konsep dia, kalau aircon korang bekerja keras dari biasa, semakin banyaklah elektrik yang akan digunakan. Ini bermakna semakin tinggi bil elektrik korang.
Satu perkara lagi yang korang kena ingat adalah pastikan bahawa kapasiti penyejukan udara korang sesuai dengan saiz bilik. Kalau kapasiti penyejukan pendingin udara rendah, mungkin tak cukup untuk sejukkan bilik, ia akan bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang diinginkan dan juga meningkatkan penggunaan elektrik. Acson (jenama aircon) ada share yang untuk kebanyakan bilik, pendingin udara antara kapasiti pendinginan 1.0HP dan 2.0HP pun dah mencukupi. Korang jugak kena pertimbangkan ketinggian siling, cahaya matahari dan jumlah penghuni di dalam bilik.
Itu dia cara-cara nak kurangkan bil elektrik. Ingat, benda-benda kecik ni boleh buat perubahan dalam bil korang. Kalau korang ada tip-tip bernas yang lain, jangan lupa share dengan kami dan pembaca lain di ruang komen kat Fesbuk kami.