Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Sebab Kena Melabur Di Edelweiss SOFO & Serviced Residences @ Tropicana Gardens

BY Team Loanstreet

Updated 07 Dec 2022





Dengan kerjasama 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Tanyalah sesiapa yang gila beli hartanah, mesti diorang akan setuju yang dengan memiliki hartanah di Tropicana, ia akan menjadi sumber kebanggaan, simbol legasi kepada pencapaian korang dan status sosial pun naik. Jadi, kalau korang berminat nak memiliki hartanah kat Tropicana ni, kami sarankan korang untuk dapatkan sebijik sebelum terlambat!

Sebabnya, Tropicana Corporation Berhad, salah satu pemaju hartanah yang award-winning kat Malaysia, akan melancarkan fasa terakhir Tropicana Gardens, yang dipanggil Edelweiss SOFO & Serviced Residences. Selain dari fasa terbaru ni, pembangunan bercampur seluas 17.6 ekar ni turut dilengkapi dengan empat menara kediaman, sebuah menara pejabat korporat dan sebuah pusat membeli belah tujuh tingkat yang terletak di  Tropicana Indah, berdekatan dengan Kota Damansara. 

Itu baru sikit, ada banyak lagi sebab kenapa korang patut jadikan Edelweiss SOFO & Serviced Residences @ Tropicana Gardens ni sebagai pilihan utama untuk pelaburan hartanah. Jom kita tinjau sama-sama. 


1. Golongan urban konfirm JATUH CINTA dengan susun atur bergaya Edelweiss.

Mula-mula, jom kita tengok apa yang Edelweiss SOFO & Serviced Residences @ Tropicana Gardens ni boleh offer. Bagi yang tengah mencari sebuah unit untuk tempat tinggal ataupun untuk pelaburan (untung lah), pembangunan ni ada 630 unit kediaman servis dengan saiz binaan dari 556kps hingga 1,111kps.


Ruang Tamu

Kediaman servis ni datang dengan pilihan 1 hingga 3 bilik tidur dan bilik mandi serta susun atur yang elegan dengan sentuhan kontemporari. Memang sesuai sangatlah untuk golongan muda yang bekerjaya, pasangan baru berkahwin yang ada satu atau dua orang anak dan juga pesara yang mahukan sebuah kediaman yang praktikal. Bergantung kepada jenis susun atur, kebanyakan unit kat sini mempunyai balkoni. 

Bukan tu je, tarikan paling best kat kediaman servis ni ialah kesemua unit terbesar dia berkonsepkan dwi-kunci. Disebabkan konsep ni yang tersangatlah fleksibel dan versetail gitew, korang (pemilik rumah) bebas untuk gunakan kediaman tersebut mengikut keperluan dan kehendak hati. 



Bagi aspek keselamatan pulak, tempat ni ada sistem keselamatan berperingkat seperti kad akses, sistem CCTV, pengawal keselamatan dan sistem rumah pintar (uish, canggih betul ni).  Edelweiss SOFO & Serviced Residences ni jugak lengkap dengan fasiliti dengan vibe macam kat resort. Terletak kat tingkat 10, ada kolam renang, ruang yoga, jakuzi, gimnasium, ruang terbuka untuk kanak-kanak bermain dan banyak lagi lah untuk korang chill-chil pada waktu lapang. 


2. Ruang bekerja untuk usahawan dan perniagaan kecil pun ada.

Kalau korang tengah mencari ruang pejabat yang terletak dalam kawasan komersial dan kediaman yang dah established, Tropicana Gardens adalah tempat yang paling sesuai untuk korang menetapkan perniagaan. 



Kalau korang nak tahu, Edelweiss SOFO & Serviced Residences ni jugak menawarkan 397 unit SOFO yang terletak di bahagian utara dan selatan bangunan Tropicana Gardens. Saiz binaan pulak adalah dari 452kps hingga 858kps dan semua unit SOFO ni lengkap dengan sebuah tandas. 

Selain tu, dengan konsep lantai terbuka, si tenant jugak boleh atur sendiri reka bentuk SOFO mengikut keperluan dan cita rasa. Untuk keselamatan, sistem keselamatan berperingkat yang sama macam kat kediaman berservis akan dijalankan di sini. Yang rasa macam serabut dengan residen lalu-lalang semua, jangan risau pasal pintu masuk ke SOFO dan kediaman berservis ni diasingkan.



Terus terang kami nak bagi tahu yang korang mungkin tak dapat nak akses fasiliti kat kediaman berservis tu. Tapi korang dah lupa ke? Kan Tropicana Gardens ada shopping mall tersendiri (happy tahap lompat bintang).


3. Kita repeat lagi sekali: Ada shopping mall!

Tak kesah lah macam mana keadaan ekonomi Malaysia sekarang ni, bersepah manusia lepak shopping mall okay.

 

Jadi, kami percaya sangat yang residen/tenants kat Edelweiss SOFO & Serviced Residences akan rasa senang hati sebab boleh penuhi keinginan diorang dengan mudah. Lagi best, pusat membeli belah Tropicana Gardens (dah beroperasi)  ni pun boleh diakses melalui laluan pejalan kaki

  Korang boleh tengok wayang kat MBO, shopping barang dapur kat Village Grocer, mencantikkan diri kat salun dan banyak lagi lah. Yang bestnya, ia mempunyai bahagian terbuka berbumbungkan kanopi (alfresco gitew).



Tambahan lagi, bahagian ni akan dipenuhi dengan restoran; sesuai untuk melepak dengan member ataupun berjumpa dengan klien. Jadi, kalau korang nak beli something ataupun nak bersosial tapi malas sangat nak drive jauh-jauh siap kena berebut parking lagi, jengah je lah ke pusat membeli belah ni - settle satu masalah kehidupan. 


4. Ia terletak di kawasan yang lively dan penuh dengan kemudahan.

Macam apa yang kami dah cakap tadi, Edelweiss SOFO & Serviced Residences @ Tropicana Gardens ni berada dalam kawasan Tropicana Indah, berdekatan dengan Kota Damansara - sebuah lokasi yang strategik yang dikenali sebagai kawasan kediaman dengan suasana ala-ala resort yang penuh hotspot komersil.



Apa yang membuatkan tempat ni gempak adalah kemudahan-kemudahan yang tersedia. Antaranya adalah restoran/kedai makan, gimnasium, klinik, kedai runcit, stesen minyak, pusat perubatan dan sebagainya. Jadi senanglah residen/tenants Edelweiss SOFO & Serviced Residences @ Tropicana Gardens dapatkan segala keperluan tanpa perlu bersusah payah keluar dari kawasan ni. Selain tu, kawasan ni jugak dekat dengan tempat-tempat popular macam 1 Utama, The Curve dan IKEA. Boleh lah lepaskan stress dengan shopping sakan. 




Bagi yang berkeluarga dan ada anak tu, tak payah lah pening fikir nak hantar anak kat mana nak. Ada beberapa sekolah kebangsaan, sekolah swasta dan institut pendidikan tinggi yang terletak di kawasan sekitar. 

Yang minat dengan jenis sukan have-have macam golf, ada beberapa tempat yang korang boleh try swing macam kat Kelab Golf Seri Selangor, Padang Golf Bandar Utama dan Tropicana Golf and Country Resort. Buat peminat alam sekitar pulak, korang boleh try panjat bukit Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara tu. 



5. Siapa tak suka kalau kawasan ada perhubungan dan akses yang mudah.

Tak susah pun nak akses Tropicana Gardens ni sebab dia dihububungkan dengan beberapa lebuhraya utama macam Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya SPRINT dan Lebuhraya Penchala. Dengan segala rangkaian lebuhraya ni, korang senang-senang je boleh pergi Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Tapi kalau trafik sesak macam mana pulak?”. Janganlah negatif sangat sebab jalan masuk ke Tropicana Gardens dah diluaskan dan ada terowong bawah tanah yang korang boleh guna untuk skip jam yang boleh bawak korang terus ke Sunway Giza dan Sunway Nexis, termasuk lah ke Persiaran Surian tanpa perlu hadap satu pun lampu trafik. 



Korang tahu tak apa yang akan membuat perjalanan korang lagi lancar? Haaa… pembangunan ni berhubung terus dengan Stesen MRT Surian. Jadi lepas ni tak perlu dah mereput tunggu jam clear. 



Apa lagi? Cepat cepatlah tempah unit Edelweiss SOFO & Serviced Residences di Tropicana Gardens sebelum terlambat!

Kami nak ulang sekali lagi, Edelweiss SOFO & Serviced Residences ni adalah pembangunan fasa terakhir Tropicana Gardens dan merupakan projek terakhir dalam pembangunan bercampur Tropicana Corporation. Jadi, sebelum korang putih mata, baik rebut sekarang. 

Dengan lokasi yang cun, kemudahan sini-sana, mudah diakses dan ada MRT, pembangunan ni sesuai sangat untuk pelabur hartanah yang mahukan capital gain ataupun pembeli rumah yang nak menikmati keseimbangan diantara bekerja dan berhibur. Pendek ceritanya lah, Edelweiss SOFO & Serviced Residences ni adalah pembangunan di mana bisnes dan gaya hidup bertemu. 

Harga indikatif untuk unit SOFO ialah dari RM427K, manakala Serviced Residences pulak berharga dari RM580K.

Untuk maklumat lanjut mengenai Edelweiss SOFO & Serviced Residences kat Tropicana Gardens ni ataupun untuk menikmati GANJARAN EARLY BIRD, layari laman web Tropicana Gardens atau hubungi +60166999135.

p.s. Make sure korang check kelayakan pinjaman dulu tau. Bukan apa, takut permohonan kena reject dengan bank pulak. 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

rumah-sesuai-dengan-gaji

Rumah vs Gaji: Berapa Harga Rumah Layak Untuk Gaji?

cara-kira-bina-rumah-dengan-kos-rendah

Cara Kira Kos Pembinaan Rumah & Tips Untuk Dapat Kos Rendah!