Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pilihan Pinjaman Hartanah Fleksi vs Bukan Fleksi

BY Team Loanstreet

Updated 16 Mar 2020




Dengan kerjasama  

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kita semua tahu yang beli rumah ni adalah sebuah keputusan kewangan yang korang kena fikir masak-masak. Ia memerlukan komitmen buat jangka masa yang lama. Dan semestinya korang jugak kena buat pinjaman dengan bank - lainlah korang ni daripada golongan yang duitnya berkepok-kepok.

Sebab tu lah korang kena pilih pakej pinjaman yang sesuai dengan keperluan dan keadaan kewangan korang. Yang ada pengalaman buat pinjaman perumahan ataupun sedang mencari, konfirm korang ada dengar pasal pilihan pinjaman “Flexi”. Apa sebenarnya pilihan pinjaman tu?


Sebelum tu, jom fahamkan dulu prinsip yang terlibat dalam terma asas pinjaman dan kiraan faedah bagi pinjaman hartanah. 

Kiraan Faedah

Bagi pinjaman hartanah, kiraan faedahnya mengikut kaedah baki berkurang (reducing balance method). Maksudnya, setiap kali ansuran dibayar, sebahagian daripadanya akan digunakan untuk membayar faedah. Baki ansuran tersebut pulak akan digunakan untuk membayar jumlah prinsipal. Lagi besar jumlah prinsipal, lagi banyak ansuran yang digunakan untuk membayar faedah. Orang cakap duit faedah ni kira macam “burnt” gitu je.

Pinjaman Berjangka Asas (Bukan Fleksi)

Pinjaman berjangka asas pulak adalah sebuah pinjaman dengan jadual pembayaran yang tetap. Kalau dulu, semua jenis pinjaman kat Malaysia ni adalah pinjaman berjangka asas.  Tak senang untuk peminjam nak buat bayaran tambahan keatas pinjaman. Diorang terpaksa buat permohonan bertulis kat bank untuk memohon pembayaran tersebut.

Selain tu, bagi kebanyakan kes, sebarang bayaran tambahan pada akaun pinjaman berjangka tak boleh dikeluarkan dengan senang untuk kegunaan pada masa kecemasan. Jadi, peminjam kena betul-betul pasti yang duit tersebut tak diperlukan dan boleh dijadikan bayaran tambahan.


Ada 2 sebab kenapa bank perlukan permohonan tersebut:

  •  Bank tak nak pelanggan diorang sesuka hati kurangkan amaun prinsipal sebab ni cara bank buat duit melalui pembayaran faedah.
  •  Sistem dan proses perbankan zaman dulu tak semaju sekarang. 

Ha, bila dah faham baru kita boleh cakap pasal jenis pinjaman perumahan yang lain…

Pinjaman Semi-Fleksi

Pinjaman jenis ni asalnya dari pinjaman berjangka asas. Tak beberapa lama dulu, Malaysia dah mula mudahkan proses untuk peminjam buat bayaran tambahan bagi mengurangkan jumlah prinsipal. 

Tambahan lagi, bank jugak benarkan pelanggan untuk keluarkan sebarang duit bayaran tambahan yang dibayar awal dari jadual pinjaman. Tapi, pengeluaran ni akan mengambil masa dan akan dikenakan yuran pemprosesan lebih kurang RM50 sehingga RM100 bagi setiap pengeluaran dalam akaun pinjaman. 

Kalau nak tahu, semua Pinjaman Berjangka yang ditawarkan oleh bank-bank komersial utama pada hari ni adalah jenis Semi-Fleksi. 


Pinjaman Fleksi

Pinjaman Fleksi adalah sejenis pinjaman yang benarkan peminjam untuk mengeluarkan atau memasukkan duit bila-bila masa dalam akaun pinjaman tanpa mengenakan sebarang caj atau prosedur tambahan. Perkara ni boleh dibuat dengan linkkan akaun semasa peminjam ke akaun pinjaman. Setiap bulan, ansuran bulanan akan ditolak daripada akaun semasa seperti yang dijadualkan. Tapi, sebarang duit tambahan dalam akaun semasa tersebut akan digunakan bagi mengurangkan jumlah prinsipal. 

Katakan ada seorang pelanggan yang ambik pinjaman hartanah fleksi sebanyak RM500k dan pelanggan tersebut jugak ada RM400k dalam akaun semasa, faedah yang akan dikira hanyalah berdasarkan baki bersih pinjaman, iaitu sebanyak RM100k. Peminjam tu dapat berjimat daripada membayar kadar faedah dari pinjaman sebanyak RM400k. 

Walau bagaimanapun, ada 2 kekurangan bagi pinjaman fleksi ni: 
  • Biasanya, kebanyakan bank akan kenakan yuran bulanan bagi maintenance akaun semasa, iaitu sebanyak RM5 hingga RM10 sebulan. 
  • Sesetengah bank tawarkan kadar faedah yang lagi best untuk Pinjaman Berjangka berbanding Pinjaman Fleksi. 
  • Tak semua bank ada tawarkan pilihan pinjaman hartanah Fleksi. 

Tapi, kalau korang tengah mencari pinjaman, cuba try Bank of China


Kalau nak tahu, baru-baru ni Bank of China (BCOM) ada tawarkan produk Pinjaman Perumahan Fleksi yang menggabungkan akaun semasa dengan pinjaman perumahan untuk menyenangkan korang buat pembayaran. Yang bestnya pasal pinjaman ni, korang boleh jimat dari segi faedah yang dikenakan.  

Macam yang kami terangkan tadi, korang hanya perlu masukkan duit dalam akaun semasa bila-bila masa yang korang nak - ia akan kurangkan baki pinjaman dan secara automatik akan kurangkan kadar faedah jugak. Pendek cerita, lagi banyak duit yang korang masukkan, lagi sikit kadar faedah yang korang kena bayar. 

Korang jugak tak perlu risau apa-apa pasal pengeluaran duit. Dengan BOCM, pengeluaran boleh dibuat tanpa had daripada akaun semasa bila-bila korang perlu. Selain tu, korang jugak boleh uruskan hal kewangan dengan lebih senang (deposit, pengeluaran, pemindahan, remit, atau pun untuk check status akaun) melalui ATM, perbankan online, DuitNow, JomPay banyak lagi. Jadi, takde masalah kalau korang perlukan duit dengan segera ataupun untuk dijadikan pelaburan dengan pulangan yang tinggi. Semuanya boleh disettlekan dengan mudah! Bukan tu je, sekarang ni BOCM ada bagi kadar promosi sebanyak 3.80% setiap tahun bagi 2 tahun pertama dan 4.00% setiap tahun bagi tahun-tahun berikutnya

Kalau nak tahu maklumat lanjut pasal Pinjaman Perumahan Fleksi BOCM, call je Sales Team diorang kat 03-23878232/03-23878815 atau pergi je mana-mana cawangan diorang di seluruh negara!

Jadi, pakej perumahan yang mana patut korang pilih? 


 
Kami nasihatkan korang supaya ambik pakej Pinjaman Fleksi kalau korang ada duit tambahan. Dengan meletakkan duit tersebut dalam akaun semasa, ia akan menjimatkan kadar faedah yang perlu dibayar. 

Tapi, kalau korang ni jenis yang ada duit cukup-cukup je dan tak berhasrat pun untuk buat bayaran tambahan bagi kurangkan kadar faedah, korang mungkin boleh dapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang lagi bagus dengan pilhan Pinjaman Bukan Fleksi. 

Masih tak pasti pilihan yang mana paling sesuai dengan korang? Buat perbandingan pinjaman perumahan di Loanstreet untuk dapatkan pilihan pakej yang paling best.

Baca Jugak: 
●    Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Anda
●    Pinjaman / Pembiayaan Rumah Islam di Malaysia Dijelaskan
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Fleksi Pinjaman Perumahan

8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!