1. Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP Wilayah Persekutuan

Sumber: Harian Metro
Bantuan ni khas untuk yang menetap kat Wilayah Persekutuan:
-
Kuala Lumpur
-
Putrajaya
-
Labuan
Syarat umum untuk pemohon:
-
Beragama Islam
-
Warganegara Malaysia
-
Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
-
Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
2. Bantuan Tahunan Hari Raya Aidilfitri MUIP

Sumber: Sinar Harian
Bantuan ni sebenarnya cabang daripada skim bantuan zakat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP).
Selalunya, penerima bantuan ni dicalonkan amil fitrah dari kawasan kariah. Korang boleh KLIK SINI untuk buat semakan amil.
3. Skim Bantuan Hari Raya Majlis Agama Islam Johor (MAINJ)

Bantuan hari raya ni khas untuk golongan asnaf yang ada kat Johor.
Ni syarat untuk pemohon:
-
Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.
-
Tak dapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain
Korang boleh KLIK SINI untuk syarat-syarat lain dan borang permohonan.
4. Saguhati Hari Raya, Lembaga Zakat Selangor

Sumber: Lembaga Zakat Selangor
Syarat utama untuk yang nak memohon bantuan sagu hati mesti tergolong dalam kategori ni:
1. Asnaf fakir
Orang Islam yang takde harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tapi kurang dari 50 peratus daripada had kifayah diri dan tanggungan.
2. Asnaf miskin
Orang Islam yang ada harta atau pendapatan yang cuma boleh tampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya, tapi belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf muallaf
Seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam.
Korang boleh KLIK SINI untuk panduan dan borang permohonan.
5. Skim Bantuan Hari Raya MAIPk
Bagi yang tak tahu, bantuan hari raya ni adalah sebahagian daripada salah satu Program Pembangunan Sosial anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Ni dia syarat-syarat untuk yang nak memohon:
-
Islam.
-
Warganegara Malaysia.
-
Bermastautin kat Negeri Perak.
-
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah
-
(had kecukupan).
-
Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf
-
Tak dapat bantuan hari raya daripada mana-mana pihak / agensi.
Kalau korang sebahagian daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk, korang tak payah isi borang ni lagi ya.
Korang boleh KLIK SINI untuk dapatkan borang permohonan.
6. Bantuan Hari Raya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Bantuan ni hasil daripada warga Melaka yang bayar zakat pada MAIM, dan termasuk dalam bantuan tahunan. Bagi yang nak memohon, korang boleh dapatkan borang kat pejabat cawangan MAIM:
-
Daerah Melaka tengah
-
Jasin
-
Alor Gajah
-
Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.
Selanjutnya, korang boleh KLIK SINI untuk senarai dokumen yang diperlukan, garis panduan kelayakan dan panduan permohonan.
7. Skim Bantuan Hari Raya MAIK

Sumber: Ciktie
Khas untuk warga Kelantan, bantuan hari raya ni diberi secara “one-off” untuk tampung perbelanjaan dan keperluan menyambut hari raya Aidilfitri. Kadar bantuan minimum RM300.00 hingga RM3,000.00
Ni dia syarat permohonan:
-
Islam
-
Rakyat negeri Kelantan yang duduk kat Kelantan.
-
Untuk bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan, dan tak terima bantuan pusat zakat negeri kelahiran / asal.
-
Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin.
KLIK SINI untuk senarai dokumen dan cara permohonan.
Harapnya dengan senarai bantuan yang ada ni, dapatlah golongan yang kurang bernasib baik sambut hari raya dengan serba serbi lengkap. Bukan apa, dalam kita berseronok, jangan kita lupakan golongan yang dalam kesusahan.
Kalau korang ada pengalaman mohon bantuan raya, bolehlah share dan komen di FB post kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: