Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Penting! Proses Penamaan KWSP Yang Masih Ramai Tak Tahu

BY Ehsan

Updated 06 Mar 2020





Tak dapat kita nafikan yang masih ramai belum sedar dan menganggap urusan meletakkan penama bagi akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) satu perkara yang boleh dibuat nanti-nanti je! Tak payah nak terburu-buru sangat sebab konfirm waris terdekat akan dapat semua simpanan tu secara automatik. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Buktinya, sehingga 31 Disember 2018 - hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31% je yang buat penamaan akaun. Kalau korang tak buat penamaan, proses tuntutan akan jadi lebih susah dan kadang-kadang makan masa yang panjang tau nak setel itu ini. Tapi sebelum korang konfius.... 
 

...meh fahamkan dulu apa tu penamaan KWSP.


Sumber imej: kwsp.gov.my

Penamaan adalah bila pemegang akaun KWSP memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP bila dia dah meninggal dunia untuk kurangkan kesulitan dan pastikan jugak orang yang sepatutnya dapat jaminan kewangan disalurkan dengan betul. So, takdelah duit tu sesuka hati je diberikan dekat orang yang tak sepatutnya. 
 

Penting ke PENAMAAN ni? 

Kita tak tahu kan apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sebab tu lah setiap rakyat Malaysia yang berkerja dan ada buat potongan KWSP wajib meletakkan penama. Sebab utamanya adalah untuk: 
  1. Memudahkan proses pengeluaran.
  2. Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah.
  3. Memastikan waris mewarisi simpanan KWSP.
  4. Tak timbul situasi tak adil. 


Apa je proses bila nak buat PENAMAAN?


Sumber imej: New Straits Times


Syarat-syaratnya:

a. Semua warganegara Malaysia
b. Ahli yang bukan warganegara Malaysia boleh membuat penamaan sekiranya:
    i. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    ii. Telah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)     
c. Telah mencapai umur 18 tahun atau lebih
d. Penamaan perlu dibuat oleh ahli sendiri
e. Borang KWSP 4 mestilah diisi dengan lengkap
 
*Penamaan boleh di buat oleh ahli bila dah lengkapkan borang KWSP 4 dan kemukakan sendiri dekat mana-mana cawangan KWSP berhampiran dengan rumah korang. 


Dokumen yang diperlukan:


Sumber imej: kwsp.gov.my

*Penamaan boleh je dikemas kini dari semasa ke semasa bila korang kemukakan Borang KWSP 4 yang baru. Penamaan baru akan batalkan penamaan yang korang pernah buat dulu. 


So nak tunggu berapa lama untuk sahkan? 

Penamaan akan berkuat kuasa bila borang penamaan KWSP 4 diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup dan pada tarikh KWSP menerima Borang KWSP 4 daripada ahli.


Habistu, kalau takde penama?

Kalau ada kes ahli tak sempat buat penamaan sebelum kematian, waris layak mohon pengeluaran kematian dekat pejabat KWSP. 

Waris pun layak dapat bantuan kematian sebanyak RM2,500, itu pun kalau memenuhi syarat bawah ni:
  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP


Siapa yang layak mohon kalau takde penama?

  • Sekiranya ahli telah berkahwin, maka balu/duda ahli,
  • anak-anak (atau penjaganya), ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka layam memohon.
  • Sekiranya ahli belum berkahwin, ibu bapa, adik-beradik ahli atau Pentadbir Pusaka layak memohon pengeluaran kematian ini.
Bawah ni apa yang boleh dikeluarkan dari akaun ahli yang tiada penama:


Sumber imej: kwsp.gov.my

Kalau dah tersalah buat penamaan atau nak batalkan, boleh ke?

Kita tak boleh expect kan sesuatu perkara tu nak terjadi dan kadang-kadang terpaksa tukar status penamaan kepada orang lain. So, nak elakkan daripada ahli keluarga, saudara-mara, ipar duai bergaduh, korang fahami dulu cara nak tangani situasi ni. Penamaan akan terbatal bila korang rujuk jadual kat bawah ni: 
 

Sumber imej: kwsp.gov.my

Kalau boleh janganlah sampai bergaduh dan pastikan korang setel perkara ni baik-baik ye. Buat ahli KWSP, segeralah buat penamaan sebab nanti orang yang tersayang pun akan mudah je nak setelkan semua urusan. Nak ingatkan jugak dan sila hadam baik-baik ye, penama hanya pemegang amanah sahaja dan bukan pemilik. Semuanya untuk mudahkan proses tuntutan. Duit tu nanti kena bahagikan ikut faraid tau!


Maklumat lanjut:

Sebarang pertanyaan lanjut tentang proses penamaan KWSP boleh rujuk pegawai bertugas di cawangan KWSP berhampiran atau korang layari laman utama https://www.kwsp.gov.my/

 Baca jugak:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)