Ia memudahkan anda mendapatkan perlindungan yang diperlukan, tak perlu lagi merancang insurans bagi setiap perjalanan. Tapi adakah ianya berbaloi? Dengan perbezaan antara jumlah perlindungan yang ditawarkan dan juga had-had tertentu (berdasarkan jenis kad, pengeluar kad dan juga syarikat-syarikat yang terlibat) – bolehkah anda bergantung kepadanya? Kami cuba siasat!
Apa perbezaan yang kita boleh jangkakan?
Insurans perjalanan percuma daripada kad kredit bukanlah “percuma” sepenuhnya; anda sebenarnya masih membuat bayaran melalui cara lain. Cara yang paling biasa adalah bayaran tahunan yang lebih tinggi, tapi sekurang-kurangnya anda boleh meleretkan kad anda terus bila membayar perjalanan tersebut. Selalunya anda perlu mencapai perbelanjaan minimum terlebih dahulu sebelum berlepas, supaya anda layak bagi tawaran tersebut. Tambahan lagi, fungsi “percuma” ini biasanya hanya disediakan oleh kad premium seperti Gold dan Platinum.
Namun dari segi yang lain, insurans perjalanan konvensional telah direka khas untuk melindungi risiko, kos dan kerugian yang mungkin berlaku dalam waktu kecemasan semasa anda perjalanan secara lokal ataupun antarabangsa. Biasanya pelan sebegini ditawarkan sebagai perlindungan yang terbaik bagi kebanyakan situasi, namun susah untuk didapati. Hari ini, lama web seperti Qompanion menyediakan platform bagi pengguna untuk membuat perbandingan dengan mudah, dan membelinya secara online.
Apa beza antara keduanya? Kita boleh kenal pasti dengan dua faktor ini:
a. Jenis perlindungan perubatan yang ditawarkan adalah berbeza-beza.
Kad kredit menawarkan perlindungan bagi masalah asas di pusat perubatan yang sesuai. Namun, bila berlaku perkara yang mengancam nyawa, pesakit perlu dikejarkan ke pusat perubatan terdekat secepat boleh. Kebanyakan kad kredit tidak menawarkan khidmat ini; kalau ada pun, anda masih perlu menguruskan perkara-perkara lain dan membuat panggilan kepada pihak ketiga. Semua ini biasanya adalah sangat mahal, jadi bersedialah untuk mengeluarkannya daripada poket anda sendiri.
Sebagai contoh, keluarga seorang gadis yang jatuh daripada bot dan koma terpaksa bersusah-payah mencari wang untuk membawanya pulang ke rumah. Rakyat Kanada ini berada di bawah bantuan nyawa di Croatia sementara menunggu dana yang cukup untuk membayar ambulans udara yang memakan kos kira-kira RM300,000. Namun dengan insurans perjalanan khas, perkhidmatan seperti ini adalah percuma! Kebanyakan polisi seperti ini menawarkan perlindungan bagi pemindahan pesakit, kadang-kala tidak ada had maksimum.
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang beranggapan perkara ini mungkin tidak akan terjadi kepada mereka, namun kita tidak tahu apa yang akan menimpa nasib kita. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
b. Anda mungkin tidak layak bagi perlindungan tersebut sekalipun.
Oleh kerana perbezaan syarat antara kedua jenis ini sangat besar, pastikan anda membaca dengan teliti apa yang ditawarkan sebelum berlepas ke destinasi anda. Tahukah anda yang insurans perjalanan pada kad kredit tidak melindungi masalah kesihatan sedia ada, terutamanya jika boleh dibuktikan bahawa anda ada pengetahuan yang cukup mengenai penyakit/kecederaan tersebut? Terdapat juga had umur yang dikenakan, selalunya sekitar 70 tahun.
Fleksibiliti adalah fungsi utama bagi pelan insurans konvensional; walaupun anda ada masalah kesihatan sedia-ada, anda masih akan dilindungi selagi anda tidak kisah membuat bayaran premium yang lebih tinggi. Sama juga buat had umur, kerana kebanyakan polisi seperti ini layak kepada sesiapa sehingga umur 100 tahun.
c. Insurans juga boleh meliputi kes penculikan!
Insurans perjalanan daripada kad kredit tidak dapat meliputi pelbagai khidmat yang ditawarkan oleh insurans perjalanan konvensional. Salah-satu daripada tawaran tambahan ini adalah penghantaran pulang jenazah sekiranya ada apa-apa berlaku, malah turut membuat bayaran balik buat kos pengebumian, kadang-kadang ada yang menawarkan khidmat untuk mengaturkan segala-galanya untuk anda.
Dua lagi khidmat tambahan yang anda jarang dengar adalah: membayar duit tebusan sekiranya diculik, dan juga jika berlakunya serangan pengganas (kematian, kecacatan dan kerugian).
Sekarang, mari lihat persamaan mereka
Kami akan melihat faktor-faktor yang sama untuk mencari persamaan antara kedua-dua jenis insurans ini.
a. Perlindungan perubatan
Kita sedia tahu bahawa perlindungan kesihatan yang asas adalah ditawarkan oleh kedua-dua kad kredit dan juga insurans perjalanan konvensional. Namun insurans konvensional adalah jauh lebih baik kerana nada boleh memilih tahap perlindungan yang ditawarkan.
Ini termasuklah rawatan hospital, pembedahan, kos perubatan serta lawatan (kos perjalanan penginapan) yang disebabkan oleh rawatan hospital atau kematian, serta kos rawatan alternatif.
b. Gangguan lawatan/pembatalan perlindungan
Penerbangan yang dibatalkan atau dijadualkan semula boleh buatkan perjalanan anda kacau-bilau. Kedua-dua jenis insurans menawarkan polisi buat perkara asas seperti kapal terbang yang terlepas atau yang lambat namun insurans perjalanan konvensional meliputi perlindungan yang lebih luas buat perkara seperti cuaca yang tidak menentu, isu teknikal serta bencana alam (contohnya amaran letupan gunung berapi Gunung Agung di Indonesia).
c. Masalah-masalah lain sewaktu perjalanan
Kehilangan hilang bagasi di lapangan terbang memang boleh membuatkan anda resah gelisah. Anda boleh mendapatkan perlindungan daripada insiden seperti ini daripada kedua-dua jenis insurans, namun kad kredit hanya akan meliputi perkara asas seperti kelewatan, kehilangan, dan kerosakan (kos bagi pakaian dan keperluan yang asas).
Namun apa pula reaksi anda jika anda kehilangan wang tunai, kad kredit, dokumen perjalanan dan juga laptop yang ada dalam bagasi tersebut? Di sinilah insurans perjalanan konvensional menawarkan kelebihan. Sesetengah pelan yang komprehensif akan membuat bayaran balik bagi kesemua barang tersebut, sehingga jumlah yang tertentu.
Perbandingan antara kad kredit dan pelan insurans konvensional
Di sinilah bahagian yang anda tunggu-tunggu, perbandingan antara produk-produk popular! Untuk memudahkan perbandingan, kami ambil dua kad kredit paling popular yang menawarkan insurans perjalanan, dan bandingkan mereka dengan dua insurans perjalanan konvensional yang biasa dijumpai. Kami harap perbandingan ini dapat membantu anda membuat keputusan:
Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich | Citibank PremierMiles Visa Card | Maybank 2 Platinum Card | |
---|---|---|---|---|
Bayaran hospital | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:RM150 setiap hari (sehingga RM7,000) | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:RM175 setiap hari (sehingga RM5,250) | Citibank PremierMiles Visa Card:N/A | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Rawatan tambahan | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM15,000 | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:Sehingga RM15,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:N/A | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Kos pengebumian | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM3,000 | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:Sehingga RM25,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:N/A | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Kehilangan dokumen perjalanan | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM2,000 | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:Sehingga RM3,750 | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehingga RM500 | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Pemindahan pesakit dan penghantaran pulang jenazah | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM750,000 | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:Sehingga RM1,000,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehingga RM75,000 | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Penjagaan rumah | Basic Individual oleh Hong Leong MSIG Takaful:RM2,000 | TravelPAC Silver Plan oleh Zurich:Sehingga RM2,500 | Citibank PremierMiles Visa Card:RM7,500 | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Penjagaan kanak-kanak | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:Tidak ditawarkan | TravelPAC Silver Plan by Zurich:Sehingga RM7,500 | Citibank PremierMiles Visa Card:N/A | Maybank 2 Platinum Card:N/A |
Terlepas penerbangan sambungan | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM1,000 | TravelPAC Silver Plan by Zurich:Sehingga RM1,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehingga RM2,500 (lebih dari 4 jam) | Maybank 2 Platinum Card:Sehingga RM800 (lebih dari 4 jam) |
Kelewatan penerbangan | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:RM200 untuk setiap 8 jam (sehingga RM2,000) | TravelPAC Silver Plan by Zurich:RM150 untuk 6 jam (sehingga RM3,000) | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehingga RM2,500 (lebih dari 4 jam) | Maybank 2 Platinum Card:Sehingga RM800 (lebih dari 4 jam) |
Kelewatan bagasi | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM300 | TravelPAC Silver Plan by Zurich:RM200 untuk 6 jam (sehingga RM400) | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehinggga RM2,500 (lebih dari 6 jam) | Maybank 2 Platinum Card:Sehingga RM800 (lebih dari 6 jam) |
Kehilangan bagasi | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:RM3,000 | TravelPAC Silver Plan by Zurich:Sehingga RM3,750 | Citibank PremierMiles Visa Card:Sehingga RM12,000 (dalam 24 jam) | Maybank 2 Platinum Card:Sehingga RM2,500 (lebih dari 48 jam) |
Kemalangan peribadi(kematian/kecacatan) | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:RM300,000 | TravelPAC Silver Plan by Zurich:RM150,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:RM300,000 | Maybank 2 Platinum Card:RM300,000 |
Kos perubatan | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:Sehingga RM300,000 (disebabkan oleh kemalangan) | TravelPAC Silver Plan by Zurich:Sehingga RM150,000 | Citibank PremierMiles Visa Card:RM50,000 | Maybank 2 Platinum Card:RM50,000 |
Kos yang perlu dibayar | Basic Individual by Hong Leong MSIG Takaful:RM16 setiap perjalanan | TravelPAC Silver Plan by Zurich:RM40 (bagi perjalanan sepanjang 1-5 hari) | Citibank PremierMiles Visa Card:Gaji RM100,000 setahun (bayaran tahunan sebanyak RM636) | Maybank 2 Platinum Card:Gaji RM60,000 setahun (tiada bayaran tahunan) |
Kesimpulan
Seperti yang boleh dilihat daripada jadual yang diringkaskan di atas, kebanyakan kad kredit hanya menawarkan saut jenis insurans perjalanan asas yang dirasakan sesuai buat semua pengguna, namun ia juga bermakna anda tidak boleh mengubah suai perlindungan yang anda buat keperluan anda. Jika anda tidak pasti sama ada insurans perjalanan adalah perlu jika anda sudah ada insurans kesihatan, panduan ini boleh menjelaskannya.
Bagi sesiapa yang kerap ke luar negara, pilihan yang bijak adalah dengan mendapatkan perlindungan tahunan kerana kos keseluruhan boleh jadi lebih murah bagi setiap perjalanan. Bagi sesiapa yang melancong di dalam negara atau ke negara jiran, anda boleh mendapatkan pelan ditawarkan oleh kad kredit kerana ianya cukup buat perkara-perkara asas. Namun, jika anda inginkan percutian yang seronok dan bebas daripada resah-gelisah tidak kira di mana anda berada, adalah pilihan bijak jika anda turut mendapatkan insurans perjalanan konvensional.
Perlu juga diingat bahawa pelan yang paling murah tidak semestinya yang terbaik. Jika pelan tersebut hanya meliputi perlindungan yang sedikit ataupun terlalu banyak hadnya, tak masuk akal untuk memohonnya sekalipun. Pastikan anda buat perbandingan bagi pakej insurans tahunan di halaman insurans perjalanan kami dan pilih mana satu yang terbaik untuk anda. Selamat bercuti!