Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Macam Mana Nak Check i-Akaun KWSP Secara Online

BY MK Zainal

Updated 29 May 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini mungkin akan diubah atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Biasanya korang nak semak duit KWSP ni bila nak buat pinjaman rumah ataupun bila nak bayar hutang pelajaran. Masalahnya, ramai yang tak tahu pun berapa banyak duit ada dalam akaun tu, malah sah korang jarang tengok slip gaji sekalipun untuk lihat berapa banyak duit yang dicarumkan setiap bulan.


Nasib baiklah sekarang ni korang boleh check terus duit KWSP secara online dengan i-Akaun. Jadi tak payah susah-susah ambil cuti setengah hari untuk pergi pejabat KWSP setiap kali.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Dah daftar KWSP online melalui i-Akaun ke belum?


Kalau belum, korang perlu hubungi pejabat KWSP di 03-89226000 dan mereka akan sahkan maklumat korang. Tak lama lepas tu, korang akan dapat SMS yang mengandungi ID Pengguna dan kata laluan sementara. ID Pengguna ni biasanya adalah nombor KWSP korang.
 


Lepas tu, pergi ke laman web KWSP dan masukkan User ID tadi. Buat login kali pertama, korang kena baca terma dan syarat, tetapkan kata laluan, masukkan nombor IC dan sebagainya. Buatlah sampai habis, dan laman KWSP akan bagi link untuk mengaktifkan i-Akaun. Itu je!


Cara-cara menyemak baki KWSP melalui i-Akaun guna website


1. Login ke i-Akaun dengan ID Pengguna dan Kata Laluan yang korang dah tetapkan.

2. Pergi ke menu "Akaun Peribadi"
 



3. Klik “Akaun Peribadi” kat menu kalau korang nak tengok details baki KWSP korang untukAkaun 1 (XX), Akaun 2 (XX) dan Akaun 3 (XX).. 
 



Cara-cara menyemak baki KWSP melalu i-Akaun dekat smartphone


Selain daripada laman web, korang juga boleh guna aplikasi i-Akaun yang korang boleh download untuk Android. 


Lepas install, korang boleh terus login guna maklumat akaun dan akan baki akaun akan dipaparkan. Settle. Cuma butiran butiran akaun tu limited lah..
 


Dengan maklumat ni, korang boleh tahu berapa banyak duit yang korang boleh keluarkan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk bayar rumah, bayar pinjaman pendidikan, pergi haji dan sebagainya.


Kami akan terangkan lebih lanjut tentang jenis-jenis pengeluaran ni di artikel yang berikutnya. Selamat menyemak!
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


ALSO READ:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta