Berapa banyak jumlah subsidi yang korang dapat sebenarnya?

Terdapat 2 jenis kategori penerima PSP ni:
1. Penerima BSH
Bagi kategori pertama, bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk DUIT dimana subsidi tersebut akan dikreditkan dalam akaun bank korang bermula suku pertama tahun 2020. Korang akan dapat RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal. Lagi satu, bantuan ni cuma akan dkreditkan setiap 4 bulan sekali je.
2. Bukan penerima BSH tapi pendapatan di bawah RM4,000
Bagi penerima lain yang berpendapatan rendah dan bukan penerima BSH pulak, Kad95 akan diperkenalkan pada bulan Mac 2020. Kad subsidi ni akan memberikan diskaun 30 sen seliter bagi RON95, terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal.Lagi satu, kalau korang jenis yang ada dua-dua, korang hanya layak terima subsidi untuk SATU KENDERAAN JE mengikut kadar yang lebih tinggi.

Kalau korang perasan lah, jumlah subsidi yang diberikan bagi kedua-dua kategori ni sama je sebenarnya. Cara gomen tunjukkan je yang berbeza. Tengok pengiraan ni kalau tak faham:
Kategori 1 | Kategori 2 |
---|---|
Motor: RM12 sebulan | Motor: 30 sen seliter, terhad 40 liter sebulan |
Kereta: RM30 sebulan | Kereta: 30 sen seliter, terhad 100 liter sebulan |
Pengiraan subsidi bagi kedua-dua kategori:
Motor: 30 sen seliter x 40 liter = RM12 diskaun sebulan
Kereta: 30 sen seliter x 100 liter = RM30 diskaun sebulan
Ha, sama kan?
Walau bagaimanapun, tak semua golongan berpendapatan rendah dapat PSP, korang yang kat Sabah dan Sarawak terkecuali dari bantuan ni.

Berdasarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sendiri, kebanyakan penduduk Timur Malaysia menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar yang menggunakan diesel dan bukannya petrol. Sebab tu lah gomen rasa PSP ni tak mendatangkan manfaat pun untuk diorang.
Tapi, bagi bersifat adil dalam pemberian bantuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikecualikan dari pengapungan harga jualan petrol RON95 dan tetap pada RM2.08 seliter.
Pemberian PSP ni akan terhenti sekiranya…
…harga petrol RON95 berada di bawah RM2.08 seliter, menurut kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan bajet 2020. Bermula tahun depan, harga RON95 akan diapungkan secara berperingkat sehingga sama dengan harga pasaran mengikut Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM). Korang kena faham, objektif pemberian subsidi adalah untuk bantu rakyat bila harga petrol tinggi. So, kalau harga berada pada kadar berpatutan, subsidi tak akan diberikan.

Tapi sejauh mana keberkesanan PSP ni, atau hanya melepaskan batuk di tangga?
Jom kita break down the cost untuk tahu cukup ke tak subsidi ni:Pengiraan kos petrol untuk motosikal:
Katakanlah korang guna motosikal jenama Yamaha FZi dengan kapasiti enjin 150cc.
Kos penggunaan petrol adalah: 2.6 liter/100km dengan penggunaan RM40 sebulan.
Dalam sebulan kos yang perlu dikeluarkan adalah:
RM40 - RM12 (subsidi) = RM28
Manakala, dalam setahun pulak adalah:
RM40 x 12 bulan = RM480
RM480 (kos asal tahunan) - (RM28 kos bulanan x 12 bulan) = RM144
Jadinya, kos yang mampu korang jimat adalah RM144/67.3 liter setahun.
Bagi pengiraan kos petrol untuk kereta pulak:
Kita ambik contoh admin sendiri lah, admin menggunakan kereta Bezza 1.3L.
Kos penggunaan petrol adalah: 21.7km/l dengan penggunaan RM200 sebulan.
Dalam sebulan kos yang perlu dikeluarkan adalah:
RM200 - RM30 (subsidi) = RM170
Manakala, dalam setahun pulak adalah:
RM200 x 12 bulan = RM2,400
RM2,400 (kos asal tahunan) - (RM170 kos bulanan x 12 bulan) = RM360
Jadinya, kos yang mampu admin jimat adalah RM360/173 liter setahun.
Kalau tengok dari mata kasar, memanglah jumlah subsidi setahun sebanyak RM144 (bagi motosikal) atau RM360 (bagi kereta) tu TAK CUKUP.

Tapinya, cuba kita tengok dari perspektif yang berbeza pulak, tak semua orang kot mampu nak ada jumlah simpanan sebanyak tu dalam setahun. Bahkan berdasarkan kajian oleh Kedudukan Isirumah 2018 oleh Khazanah Research Institute (KRI), kebanyakan rakyat yang berpendapatan rendah menggunakan hampir 95% dari sumber kewangan diorang untuk menampung kehidupan seharian.
Dah tu, apa patut kita buat sekarang, asyik nak mengeluh atau..
...gunakan apa yang dah diberikan tu untuk improve keadaan kewangan kita macam pelaburan emas HelloGold ataupun pelaburan ASB yang bagi kadar dividen lagi tinggi dari simpanan biasa. Tapi, terpulanglah pada korang, admin ambik je subsidi tu. Percuma kot!Buat masa sekarang, kita kena tunggu sejauh mana keberkesanan PSP ni once rakyat terima bantuan petrol pada suku pertama tahun 2020. Sementara tu, apa kata korang baca artikel ni: Asyik Habis Duit Kat Minyak Dan Tol? Ini Tips Untuk Kurangkan KOS Travel Kat Lembah Klang. Mana lah tau, boleh jimatkan kos sara diri.
Bagi yang berminat nak dapatkan rewards setiap kali isi minyak pulak, baca ni: Kad Kredit Minyak Petrol Terbaik di Malaysia.
Jangan lupa jugak untuk semak kelayakan PSP korang melalui portal KPDNHEP bermula 15 Oktober 2019. Yang paling penting, pastikan roadtax kenderaan korang sah, baru boleh layak dapat bantuan. Klik gambar bawah ni untuk perbaharui roadtax dan insurans kenderaan korang.
