Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Korbankan Bubble Tea, Korang Dah Boleh Mula Jadi Pelabur Emas!

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 22 Aug 2019




Minuman bubble tea dah mula jadi kegilaan rakyat Malaysia dan topik viral dalam media sosial. Ramai yang akan bagi review, bagi cadangan dan tak terkecuali jugak yang berkongsi perisa kegemaran mereka. 

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh GrabFood, secara puratanya, rakyat Malaysia membuat pesanan bubble tea sebanyak 3 cawan minuman setiap bulan. Percaya tak, kalau admin bagi tahu yang korang boleh jadi pelabur emas KALAU korang hentikan ketagihan terhadap minuman ni. 


Sumber gambar: Business Insider Malaysia

Berdasarkan harga bubble tea yang dijual di Malaysia, harga purata bagi minuman bubble tea ini adalah RM 8.13. Kalau korang minum 3 kali sebulan, dah jadi RM 24.39. Kalau korang start puasa bubble tea, korang dah boleh mula melabur emas!
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Biar betul boleh melabur emas?


Sumber imej: HelloGold

Ya, betul. Mungkin dulu bila fikir nak beli 1 gram emas, kena saving dulu sebab harga sampai beratus kan. Tapi sekarang korang boleh melabur emas bermula dengan RM1 je kat platform HelloGold

Apa yang menarik, korang tak perlu lagi bersusah payah untuk simpan emas secara fizikal sebab ia akan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini. Dan, ketulenan emas gred pelaburan ni adalah sebanyak 99.99% serta  dijamin sepenuhnya. Yang paling penting, patuh shariah.  

Sebenarnya, menyimpan atau melabur dengan emas mempunyai kelebihan tersendiri. Salah satunya, pelaburan emas ni kalis inflasi. Maksudnya ia tak dipengaruhi oleh sebarang bentuk naik turun ekonomi. Apa yang penting, setiap pelaburan atau keputusan kewangan dibuat haruslah berdasarkan ilmu dan kemampuan yang sesuai dengan kedudukan kewangan korang.

Berbalik kepada pembelian bubble tea tadi, kalau setiap bulan korang simpan RM 24.29, setahun dah RM 291.48! Dengan harga ni korang dah boleh miliki 1 gram emas. 

BACA NI: Ar Rahnu - Pajak Gadai Islam di Malaysia


Kalau taknak melabur emas, melabur kat ASNB pun boleh



Kalau rasa nak laburkan duit dekat platform ASNB pun tak ada masalah, dengan pelaburan minima hanya bermula RM10! Korang boleh masukkan pelaburan korang di mana-mana bank yang merupakan ejen di bawah ASNB. 

Ataupun, kalau korang top-up sikit dari jumlah RM24.39 (yang korang habiskan setiap bulan untuk bubble tea) untuk jadi RM30, korang dah boleh masuk program AutoLabur@MyASNB dan boleh mula melabur secara konsisten!

Yang buat benda ni lagi best, korang tak payah nak beratur panjang lama-lama, atau buat alasan susah nak melabur atau menyimpan kerana urusan yang rumit, sebab sekarangnya dah di hujung jari! 

Korang dah boleh melabur dengan ASNB ni dengan melayari portal myASNB atau menggunakan aplikasi myASNB. Jadi jangan nak bagi sejuta alasan untuk bagi pelaburan yang bukan sahaja mudah, tetapi berguna untuk diri korang di masa hadapan!

BACA NI


Ataupun, guna duit tu untuk insurans kemalangan diri

Bukan nak membebel, tapi korang pun tahu kalau korang minum bubble tea ni secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan korang dalam jangka masa yang panjang. Jadi, apa kata kalau korang gunakan duit tu untuk insurans kemalangan diri korang sebagai individu.


Sumber gambar:eztakaful

“Tapi admin, insurans bukannya murah.”

Siapa cakap? Orang kata, kalau nak serbu daya. Admin buat research dan jumpa info yang korang cuma perlu buat caruman bulanan bermula dari RM10.60 sebulan kat eztakaful.  Kamon, kalau korang boleh boleh minum bubble tea premium dari Xing Fu Tang, takkan spend banyak ni untuk insurans tak boleh pulak? 

Dengan pembayaran banyak tu, korang boleh dapat bermacam manfaat. Contohnya, Manfaat Pendapatan sebanyak RM100 sehari dan Elaun Keluarga sebanyak RM50 sehari, just incase korang masuk hospital sebab kemalangan (mintak jauh lah). 

Kan lagi berfaedah dari asyik sedut bubble tea tu?

Tapi ingat, pelan dan manfaat yang ditawarkan ni bergantung kepada individu mengikut umur dan tahap kesihatan pencarum dan jugak syarat polisi insurans yang ditawarkan. 

BACA NI


Kalau kempunan sangat nak minum bubble tea, apa kata korang buat sendiri je!


Sumber gambar: Beautifulnara

Sebenarnya, takde masalah pun untuk korang menikmati minuman bubble tea ni, tapi untuk lebih berjimat, apa kata korang buat sendiri je minuman ni. Korang tahu tak kos anggaran sebenar bagi minuman ni hanya RM1.30 je? 

Bahan asas bagi minuman ini sebenarnya hanyalah teh, susu, ais dan opcos, bahan istimewa adalah bubble pearl yang dimasukkan ke dalam minuman tu. Kalau korang rajin, bolehlah cuba resepi bubble pearl homemade kat rumah. Kalau sejenis malas, boleh beli pearl ni kat Lazada, tak sampai RM10 pun. Lagi berbaloi dan korang masih lagi boleh berjimat besar! 

Selain berjimat, korang jugak boleh melabur atau menyimpan mengikut mana-mana platform yang korang rasakan sesuai dengan kemampuan kewangan korang dan yang paling bagus, siap boleh mencarum insurans bagi kemalangan diri sendiri di masa hadapan!

Sambil baca artikel pasal minuman bubble tea ni (ataupun korang tengah minum sekarang), korang boleh baca lagi pelbagai artikel untuk dapatkan lagi ilmu bukan sahaja pasal gaya hidup, malah mengenai pengurusan kewangan di laman web Loanstreet! 

Selamat penuhkan dada dengan ilmu!

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024