1. Dijangka ramai yang akan start pakai e-dompet (e-wallet).
Mengikut survey report dari Nelson, penggunaan keseluruhan e-wallet kekal rendah - 8% je. Jadi, bagi nak promote penggunaan e-wallet di kalangan rakyat Malaysia ni, gomen akan masukkan RM30 ke dalam e-wallet setiap rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Duit tu akan dikreditkan pada 1 Januari 2020 dan akan sah selama dua bulan. Apa yang korang perlukan adalah akaun e-wallet yang disahkan dengan pembekal perkhidmatan terpilih (gomen tak dedahkan e-wallet lagi). Tapi ingat, ni bukan untuk orang have-have tau. Gaji korang perlu kurang daripada RM100,000 setahun untuk mendapatkan insentif ni.
BACA: Dengar Kata E-wallet Ada Unsur Haram. Betul ke?
2. Cukai perkhidmatan digital akan berkuat kuasa tak lama lagi. Gahhh.
Ni bukan benda baru - cam REMINDER je lah. Seperti yang diumumkan dalam belanjawan tahun lepas, Cukai Perkhidmatan Digital akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020. Korang-korang yang melanggan perkhidmatan streaming macam Spotify dan Netflix tu, bersiap sedia lah ye.
Benda-benda lain yang terjejas termasuklah syarikat pengedaran perisian dan permainan digital seperti Steam, serta pengiklanan digital yang ditawarkan oleh Google.
3. Siapa tak suka bayar tol? Angkat dompet.
Yang dah penat bayar tol tu, bolehlah korang bergembira sikit sekarang ni sebab purata caj tol akan dikurangkan sebanyak 18% diskaun untuk Lebuh raya PLUS bermula 2020. Lim cakap diskaun caj tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan ni akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM1.13bil pada tahun 2020.Selain tu, pengenalan caj kesesakan akan diturunkan sehingga 30% daripada kadar tol semasa - peak-hour dan jam biasa. Masa off-peak hour kadar tol adalah PERCUMA - bertuahlah yang kerja shift malam tu. Ini akan memberi penjimatan hampir RM180 juta setahun kepada pengguna lebuh raya, katanya.
Yang dok Pulau Pinang atau yang suka pergi sana, berkuatkuasa 1 Januari 2020, kadar tol untuk kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan dari RM8.50 hingga RM7.
4. Janji Program Subsidi Petrol (PSP) takkan di-capati-kan.
Bermula pada Januari 2020, PSP akan dilancarkan di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori yang layak:- Bagi penerima BSH yang layak: Subsidi petrol ialah RM30 sebulan untuk pemilik kereta dan RM12 sebulan untuk pemilik motosikal. Subsidi ni akan diberi dalam bentuk pemindahan tunai. Ia akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang setiap 4 bulan. Bayaran pertama akan dibuat pada bulan April 2020 untuk tempoh Januari hingga April 2020.
- Bagi pemandu bukan penerima BSH: Korang akan menerima Kad95 khas yang membolehkan korang menikmati subsidi petrol dengan diskaun 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan untuk kereta atau 40 liter sebulan untuk motosikal apabila membeli RON95 di stesen minyak. Kad95 ni akan dilaksanakan secara progresif pada suku pertama tahun 2020.
Perlu diingatkan bahawa subsidi ni hanyalah untuk individu yang memiliki tidak lebih daripada 2 kereta dan 2 motosikal. Kalau yang ada kereta mahal tu, tak dapatlah korang menikmati manfaat ni.
5. Harga minyak akan diapungkan tahun depan. Tidakkkkk
Ya, apa yang korang baca tu betul. Dengan adanya PSP, harga runcit RON95 dan diesel akan beransur-ansur terapung. Pasai apa? Haaa.. ni sebab gomen nak kurangkan kebocoran dan penyeludupan petrol merentas sempadan yang menyebabkan kerugian bernilai berjuta-juta ringgit.Tapi, jangan risau. Subsidi petrol yang biasa akan berlaku apabila harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Harga Automatik (APM) melebihi RM2.08 seliter. Sementara tu, pemandu di Sabah dan Sarawak akan terus menikmati harga siling petrol sebanyak RM2.08 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel.
6. Graduan yang menganggur akan mendapat insentif untuk mendapatkan pekerjaan (untung lah).
Pada tahun 2018, terdapat lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia yang menganggur. Sekurang-kurangnya 140,000 daripada mereka adalah graduan. Gomen sedar yang masalah ni makin menjadi-jadi. Sebab tulah di bawah inisiatif #GraduanKerja, depa akan bagi insentif gaji sebanyak RM500 sebulan, selama 2 tahun untuk graduan yang menganggur lebih dari 12 bulan. Ia akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP korang.Terdapat juga insentif kepada majikan yang ambik graduan ni untuk bekerja - RM300 sebulan untuk setiap sewa baru, selama 2 tahun. Dua-dua pihak pun happy.
7. Wanita yang kembali bekerja juga akan menerima insentif & pengecualian cukai akan dilanjutan.
Adakah korang seorang wanita berumur antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama lebih daripada setahun? Manfaat ni adalah untuk korang. Di bawah #WanitaKerja, korang akan diberi insentif gaji sebanyak RM500 sebulan selama 2 tahun kalau korang start bekerja semula. Duit tu akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP anda. Opcos lah majikan akan dapat insentif jugak - RM300 sebulan selama 2 tahun.
Di samping tu, pengecualian cukai pendapatan semasa untuk wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan sehingga tahun 2023. Guys, sila sampaikan mesej ini kepada wanita-wanita dalam hidup korang.
8. Kalau korang ambik alih pekerjaan pekerja asing, korang akan dapat insentif tau.
Kita selalu complain yang negara kita ni banyak orang asing dan diorang ni seronok ambik pekerjaan rakyat. Nah, sekarang korang boleh ambik alih tugas mereka. Korang hanya perlu menggantikan tugas pekerja asing dan korang akan diberikan insentif bulanan sebanyak RM350 ke RM500 selama 2 tahun (bergantung kepada sektor). Ade bran tak?
Majikan pulak akan menerima insentif bulanan sebanyak RM250 dalam tempoh masa yang sama. Ingat ye, insentif akan dikreditkan ke akaun KWSP korang.
9. Skim Sewa-Milik kediaman (RTO) akan diperkenalkan secara meluas.
Ada diantara kita yang tak dapat nak teruskan hasrat untuk beli rumah sebab kita tak mampu membayar down payment 10% (admin pun ada masalah yang sama). Jadi untuk selesaikan isu ini, gomen akan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk memperkenalkan skim pembiayaan Rent To Own (RTO).FYI, skim RTO ini adalah untuk membeli rumah pertama yang berharga sehingga RM500,000. Pada mulanya, korang akan menyewa rumah tu sehingga 5 tahun. Selepas tahun pertama, korang akan mempunyai pilihan untuk membeli rumah berdasarkan harga yang ditetapkan pada masa perjanjian penyewaan ditandatangani. Lagi best, gomen akan berikan pengecualian duti setem sekali.
Selain daripada inisiatif RTO, gomen juga akan meluaskan Skim Perumahan Belia (ditadbir oleh Bank Simpanan Nasional) dari 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. Skim ni menawarkan jaminan pinjaman 10% melalui Cagamas bagi membolehkan peminjam membuat pembiayaan penuh. Korang juga akan dapat bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama. Skim ni hanya terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja.
10. Tahun asas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) akan disemak semula.
Ini adalah salah satu aduan dari rakyat yang telah direspon oleh gomen. Untuk pelupusan hartatanah oleh individu warganegara dan pemastautin tetap selepas tempoh 5 lima tahun, gomen akan menambah baik layanan CKHT tersebut dengan menetapkan nilai pasaran pada 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah.
Ini adalah untuk hartatanah yang diperolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini. Ini bermakna pemilik harta akan mempunyai bayaran cukai yang lebih rendah.
BACA: CKHT 2019 - Betul Ke Cukai Ni Menguntungkan Orang Yang Nak Jual Hartanah?
11. Foreigners tak perlu beli hartanah berharga RM1 juta lagi dah.
Sesetengah penduduk tempatan mungkin tak gembira dengan keputusan ini. Tapi, untuk kurangkan kondominium dan pangsapuri yang tak terjual berjumlah RM8.3 bilion pada Q2 2019, gomen akan menurunkan ambang harga hartanah di kawasan bandar (Lim tak cakap kat mana) daripada RM1juta ke RM600,000 pada tahun 2020.
12. Korang boleh keluarkan duit KWSP untuk dapatkan sijil profesional.
Korang ada terfikir untuk dapatkan sijil profesional untuk perbaiki skill korang tak? Kami cadangkan untuk korang tunggu sampai tahun depan. Ini sebab KWSP akan mengembangkan skop pengeluaran pendidikannya untuk kelayakan yang diperolehi di peringkat sijil yang berkaitan dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Di samping itu, KWSP sedang berusaha untuk mengembangkan pengeluaran ini untuk memasukkan ibu bapa dan pasangan ahli.
13. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke TASKA akan dapat pengecualian cukai tambahan.
Selain mewujudkan lebih banyak TASKA untuk memperbaiki persekitaran kerja untuk wanita dan ibu bapa secara umum, gomen mempunyai berita baik yang lain kepada ibu bapa di luar sana. Depa tahu yang nak jaga anak-anak ni bukannya murah. Jadi, untuk meringankan beban kewangan, ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka di taska dan tadika berdaftar akan mendapat pelepasan cukai individu tambahan dari RM1,000 hingga RM2,000.
14. Si single akan dapat lebih banyak bantuan kebajikan.
Kalau korang ni single, melebihi 40 tahun dengan pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, tepuk tangan. Sebab, korang layak mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300. Lagi satu, individu kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas (dengan gaji kurang daripada RM2,000) juga berhak menerima bayaran BSH sebanyak RM300, dan secara automatik akan menjadi penerima skim MySalam Takaful.
15. Gomen tak lupa pada suri rumah.
Kalau korang tak dapat memo ni, suri rumah sekarang dah boleh dapatkan sumbangan KWSP di bawah inisiatif i-Suri. Pada tahun 2020, program ini juga akan diperluas di mana suami secara sukarela boleh memilih untuk menyumbang 2% daripada sumbangan KWSP 11% kepada Akaun KWSP isteri mereka. Selain itu, gomen akan memanjangkan lagi faedah di bawah i-Suri melalui liputan keselamatan sosial di bawah PERKESO.
16. Gaji minimum akan dinaikkan lagi!
Untuk memperbaiki kehidupan golongan berpendapatan rendah, gomen telah meningkatkan gaji minima kepada RM1,100 sebulan berkuatkuasa Januari 2019. Berkuatkuasa 2020 pulak, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,200. Tapi ini hanya akan dikenakan kepada mereka yang tinggal di pusat bandar utama.
Eceli, peningkatan gaji minima tu agak mengecewakan, tetapi sekurang-kurangnya gomen ada lah nak naikkan jugak. Mungkin tahun 2021 akan naik lagi?