Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bandingan Kos Travel di Lembah Klang: Mana Pilihan Terbaik untuk Korang?

BY Hafiz

Updated 01 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang mesti perasan yang kos nak hidup kat Lembah Klang ni makin lama makin naik, tapi gaji korang tak naik-naik. Tak percaya, korang baca ni. Jadi korang fikir, macam mana korang boleh kurangkan kos hidup korang tu. Hmmmm.

Ni admin nak habaq, salah satu kos yang korang boleh kurangkan dalam hidup korang adalah kos travel, dan kita semua travel setiap hari. Nak jadikan cite, disebabkan hari-hari kita bayar tol dan minyak, sakit kat poket tu mula terasa.

Jadi kali ni, kita sama-sama akan kira kos travel yang korang tanggung masa korang pakai kereta sebelum ni. Lepas tu kita sama-sama tengok macam mana cara untuk korang kurangkan kos travel korang dengan menggunakan kemudahan yang ada kat Lembah Klang ni. 

Untuk bandingkan kos-kos ni semua, kita guna contoh Aliya, seorang eksekutif pemasaran yang duduk kat Bandar Baru Bangi dan bekerja kat Shah Alam. Jom cekidaut.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ini kos kalau Aliya guna kereta




Sebelum ni, Aliya guna Perodua Axia untuk travel. Berdasarkan research kami, Perodua Axia telan minyak pada kadar 12 km/liter dan jarak Bandar Baru Bangi ke Shah Alam adalah 44 km mengikut laluan paling pendek. Ni kos yang Aliya kena tanggung:
 
Kos Sehari (RM) (Pergi & Balik) Sebulan (RM) (Pergi & Balik)
Tol:
SKVE: RM2.00
Elite: RM2.10
8.20 164
Minyak (12km/RM2.05 per liter)* 15.06 301.200
Jumlah 23.26 465.20


*Perkiraan dibuat berdasarkan:
(RM2.05/12 km) x 44 km = RM7.53 per km (sehala), RM 15.06pergi balik (sehari)
 

Kalau Aliya pilih untuk guna public transport,ini kosnya




Dalam situasi ni, public transport bergantung yand ada kat lokasi korang. Untuk Aliya, dia kena guna beberapa jenis untuk sampai ke destinasi.
 
Kos Sehari (RM) (Pergi & Balik) Sebulan (RM) (Pergi & Balik)
Bas Selangorku
(Dari rumah ke Stesen KTM Kajang)
Percuma Percuma
KTM Komuter
(Harga tiket Stesen Kajang ke Stesen Shah Alam adalah RM7*)
14 280
Grab**
(RM6 satu trip)
12 240
Jumlah 26 520

*Kalau korang nak kira tambang berkenaan komuter, LRT dan Monorel kat Malaysia, korang boleh pergi sini
 

Kalau Aliya guna e-Hailing pulak, ini kos yang dia kena keluarkan


Yang femes korang dah tau mestilah Grab, tapi ada je servis e-hailing lain macam Mycar, Mula, Jomrides dan lain-lain. Ada jugak Riding Pink yang dipandu pemandu wanita dan khas untuk penumpang wanita! 



Untuk contoh ni, Aliya buat keputusan untuk guna Grab:
 
Kos Sehari (RM) (Pergi & Balik) Sebulan (RM) (Pergi & Balik)
Grab 106* 2120

*Ini cuma caj semasa, caj Grab berubah mengikut waktu dan demand.

Lepas tu, Aliya test guna kereta sewa (car-sharing). Ini kosnya




Car-sharing ni dalam Bahasa Melayunya adalah kereta sewa, tapi car-sharing yang kami nak cerita ni berbeza dengan kereta sewa, sebab korang boleh pilih kereta dan lock atau unlock kereta sewa korang tu guna aplikasi car-sharing tu! Lepas tu korang boleh pilih kereta mahal kalau korang nak melawa. Kat Malaysia ada 3 brand yang offer servis ni - SOCAR, GoCar dan Wahdah

Untuk contoh ni, Aliya guna SOCAR sebab dia selalu nampak iklan-iklan SOCAR ni kat Facebook. Aliya cuma guna SOCAR waktu pergi kerja dan bayar RM10 untuk servis Door-2-Door (D2D - ejen ambil balik kereta kat tempat drop-off) untuk setiap booking. Waktu balik kerja, Aliya booking kereta lain pulak. Aliya jugak ambil masa 1 jam untuk perjalanan sehala dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam
 
Kos Sehari (RM) (Pergi & Balik) Sebulan (RM) (Pergi & Balik)
SOCAR
(RM15 per jam + RM10 caj D2D setiap booking)
50 1,000
 

Buat pilihan berdasarkan poket korang!


So untuk kurangkan kos travel korang secara maksimum, korang kena kira dulu berdasarkan contoh yang kami sediakan dan  consider tujuan travel tu, lokasi korang, destinasi dan masa. Kami jugak guna contoh pergi kat tempat kerja, bermakna tak termasuk lagi kos korang nak travel untuk pegi bersosial kat Bukit Bintang atau dan lain-lain, so korang kira sendiri ikut situasi korang, okey!

Contohnya, kalau korang duduk Bandar Baru Bangi dan kerja kat Shah Alam, mungkin kos pakai kereta sendiri lagi murah. Kalau korang nak travel dari Subang Jaya ke KL Sentral, guna komuter lagi murah.

Kalau korang pilih untuk guna servis e-hailing sebab lebih sesuai dengan poket korang, jangan lupa promosi diorang mungkin sedang buat. Contoh kalau korang guna Grab, kos korang adalah lagi murah kalau korang bayar guna GrabPay credits (jimat sampai 30%). Banyak tu!

Car-sharing pulak memang sesuai untuk korang nak sewa kereta kejap-kejap (dalam 1-2 jam), bila korang ada emergency tapi takde kereta atau apa-apalah.

Tak kisah apa pun pilihan korang nanti, pastikan poket korang tak merana. Duit yang korang berjaya saving tu pulak korang boleh buat untuk deposit rumah atau kahwin nanti hehe.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia