Mungkin permohonan BSH 2019 ditolak sebab…

Korang salah isi maklumat dalam borang permohonan BSH 2019 atau tak kemaskini permohonan. Memanglah nampak remeh tapi korang tau tak beratus ribu jugak tak dapat duit bantuan ni sebab salah isi maklumat dalam borang permohonan BSH 2019.
Kalau ikut apa yang dilaporkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, sebanyak 300,000 pemohon masih belum dapat duit bantuan disebabkan nombor akaun bank yang didaftarkan adalah tak tepat.
Banyak kes terjadi bila pemohon yang dah berkahwin memohon atas nama sendiri tapi daftarkan nombor akaun bank yang didaftarkan atas nama pasangan. Ini dikira sebagai maklumat yang tidak tepat dan korang tau tak sebarang percanggahan maklumat dalam borang permohonan akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak secara automatik tanpa sebarang verifikasi dari LHDN. Kan dah sia-sia kat situ, ni dah macam sabotaj permohonan sendiri.
Bab dokumen sokongan pulak, janganlah pandang sebelah mata je, kalau korang tak sertakan dokumen sokongan yang diperlukan pun akan ditolak secara automatik. Pastikan semua dokumen sokongan disertakan sekali dan mendapat PENGESAHAN sebelum dihantar. Nampak mudah, tapi bahagian pengesahan ni lah ramai yang tinggal.
Jadi, apa yang nak buat? Seeloknya korang faham betul-betul syarat permohonan dan ikut garis panduan permohonan bagi melayakkan permohonan korang diterima. Itupun kalau korang masih nak BSH ni, kalau tak nak, pedulikan je lah labu.
Macam mana nak buat rayuan?

Bila semua dah jelas, baru kita boleh teruskan dengan proses rayuan. Ada dua cara korang boleh buat rayuan:
- Permohonan secara online
- Permohonan secara manual.

Bila korang dah dapat akses laman web LHDN ni, klik terus kat butang rayuan tu.

Lepas tu, korang masukkan nombor kad pengenalan korang dan tekan butang ‘enter’ atau klik ‘carian’.
Sekiranya nama korang ada dalam sistem, korang akan berjaya masukkan nombor pengenalan dan dari situ korang ikut je langkah yang portal suruh buat. Tapi sekiranya nama korang tak de dalam rekod, korang dikira sebagai TIDAK LAYAK untuk merayu. Pastikan korang tau status permohonan dan kelayakan korang dulu tau!
Ataupun,
Korang jugak boleh memohon terus dekat pejabat LHDN/UTC dengan mengisi borang permohonan yang disediakan.
Jangan lupa dokumen sokongan sekali okay. Kalau masih tak pasti dokumen apa yang diperlukan, korang pergi balik je kat laman web LHDN tu, semua dah cukup lengkap kat situ.
Masih ada soalan lagi? Korang call je talian bantuan 1-800-88-2747 ataupun korang boleh bersurat cinta kat emel [email protected].
Dengar cerita, gomen akan pertimbangkan keputusan kabinet untuk menaikan nilai bantuan bagi golongan bujang
BSH ni pun turut diberikan kat golongan bujang (BSH Bujang) dengan amaun RM100 bagi yang layak sebab nak bantu korang yang masih single ni. Tapi reaksi yang admin tengok dahsyat-dahsyat sungguh, sampaikan ada yang cakap kalau setakat RM100 baik tak payah bagi.
Disebabkan ramai yang cakap amaun yang diberikan tu tak masuk akal, gomen buat keputusan untuk pertimbangkan untuk menaikan jumlah bantuan dengan menyuarakan isu ni dalam mesyuarat kabinet. Keputusan muktamad akan dikeluarkan dan sekiranya gomen bersetuju untuk menaikkan amaun bantuan, permohonan baru akan dibuka.
Buat masa sekarang ni, kita tunggu je lah, mudah-mudahan bertambah lah amaun bantuan. Tapi ini cuma bantuan tambahan yang diberikan untuk ringan beban kewangan korang, bukannya duit poket untuk korang belanja setiap bulan. Jangan salah faham pulak.
Kalau korang nak tau jumlah bantuan yang diberikan bagi setiap kategori pulak boleh check artikel ni: BR1M vs BSH: Teruk Sangat Ke BSH Sampai Orang Ramai Marah Sangat?