1. Korang layak ke untuk mohon LPPSA?
Pertama sekali, kalau dah kerja kerajaan, memang layak lah untuk cuba mohon. Dapat buat pinjaman ke tak tu, kena lah semak kelayakan korang dulu. Kalau nak tahu, kelayakan pinjaman ni dikira berdasarkan pendapatan bersih lepas tolak semua komitmen korang.
Kalau pendapatan bersih pulak, korang kena tolak potongan wajib yang LPPSA akan ambik kira dari gaji pokok dan elaun tetap. Ni senarai elaun tetap yang akan ditolak:
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau lebih kurang
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau lebih kurang
- Bantuan Sara Hidup (COLA)/Bayaran Insentif Wilayah (BIW) atau lebih kurang;
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU);
- Elaun Memangku
Sebelum proceed, kena tahu yang korang boleh apply pinjaman LPPSA ni lebih sekali (ada syarat lah!):
Pembiayaan pertama: Ansuran bulanan tak melebihi 60% gaji pokok dan elaun tetap. Jumlah hutang pun tak boleh lebih 80% dari pendapatan bersih. Sekurang-kurangnya kan, gaji bersih untuk semua peminjam adalah 20% pendapatan kasar.
Pembiayaan kedua: Untuk ansuran bulanan ni pulak, dia tak melebihi 50% gaji pokok dan elaun tetap. Sama cam pembiayaan pertama, jumlah hutang tak lebih 80% dari pendapatan bersih dan gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% pendapatan kasar.
NOTA: Kiranya, korang boleh lah apply pembiayaan kerajaan ni sebanyak 2 kali. Asalkan, baki hutang pembiayaan yang kali pertama tu dah bayar habis.
Bil |
Pendapatan Bersih (RM) |
Kelayakan Maksimum (RM) |
---|---|---|
1 |
6,500 ke atas |
750,000 |
2 |
6,000 |
720,000 |
3 |
5,700 |
680,000 |
4 |
5,500 |
650,000 |
5 |
5,000 |
600,000 |
6 |
4,700 |
560,000 |
7 |
4,500 |
540,000 |
8 |
4,300 |
510,000 |
9 |
4,000 |
470,000 |
10 |
3,800 |
450,000 |
11 |
3,500 |
420,000 |
12 |
2,900 |
340,000 |
13 |
2,300 |
270,000 |
14 |
Sehingga 1,700 |
200,000 |
Sumber: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Malangnya, jadual kelayakan ni tak boleh pakai kalau korang tergolong dalam kumpulan-kumpulan ni:
- Anggota pentadbiran Persekutuan – Tertakluk pada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980
- Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri – Tertakluk pada keputusan Jemaah Menteri dari semasa ke semasa
- Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi – Tertakluk pada Akta Saraan Hakim 1971
P/s: Jadual kelayakan ini hanya sebagai rujukan dan had kelayakan pembiayaan sebenar adalah seperti yang diluluskan oleh LPPSA. Dia depends ikut harga rumah korang nak beli dan jenis pembiayaan apa nak buat.
Cuma, korang kena ingat amaun kelayakan ni tak menentukan mampu ke tak beli rumah dengan harga tersebut. Nak tak nak, kena buat penilaian sendiri tentang tahap kewangan masing-masing before apply LPPSA.
BACA JUGAK: Pinjaman / Pembiayaan Rumah Islam di Malaysia Dijelaskan2. Dah kenal pasti dulu rumah korang nak beli dan biaya?
Ya lah kena pastikan dulu korang mohon pembiayaan yang betul. Lebih-lebih lagi berkaitan jenis rumah korang nak beli sebab syarat pembiayaan yang ditawarkan lain - ikut jenis dia. Ada tujuh jenis pembiayaan yang ditawarkan iaitu:
- Jenis 1: Beli rumah kediaman yang dah siap
- Jenis 2: Bina rumah di atas tanah sendiri
- Jenis 3: Beli rumah kediaman yang sedang dibina (construction)
- Jenis 4: Beli tanah dengan tujuan bina rumah
- Jenis 5: Selesaikan hutang pinjaman perumahan dengan bank/institusi kewangan
- Jenis 6: Bina rumah kediaman di atas tanah korang beli melalui pinjaman BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) atau LPPSA
- Jenis 7: Buat kerja ubah suai rumah/petak rumah kediaman
Jap, korang tanya kenapa kena pilih jenis pembiayaan yang tepat?
Ofkoz lah kena tepat… untuk mudahkan proses dokumentasi permohonan korang tu. Setiap jenis pembiayaan kan ada syarat dan dokumen yang berbeza (korang kena hantar!). Ingat, bukan semua pembiayaan akan dapat 100% lulus dengan amaun kelayakan. So, jangan terkejut kalau nilai pembiayaan yang diluluskan tu lain dengan amaun kelayakan korang.3. Camne korang boleh mohon LPPSA? Apa cara dia?
Haa… Selepas selesai buat semakan kelayakan pinjaman dan decide jenis pembiayaan mana korang nak buat, boleh buat permohonan dengan LPPSA melalui 2 cara iaitu:
Permohonan secara online, daftar dulu kat website ni (ni ada panduan!). Kalau tak nak, boleh je apply dengan isi borang - duduk rumah je lah, kan tengah PKP ni.
- Kena download, print dan isi dengan lengkap borang permohonan. Lepas tu, hantar kepada pihak LPPSA
- Ni adalah senarai dokumen korang kena print - ada kat laman web LPPSA:
4. Korang kena tunggu berapa lama lepas mohon untuk dapat kelulusan?
Korang mesti expect proses ni ambik masa yang lama. Jangan risau, sebenarnya, piagam LPPSA menggariskan proses hanya akan ambil masa yang singkat! Tempoh masa kelulusan pinjaman perumahan kerajaan yang lengkap adalah seperti berikut:
- Pinjaman pertama: 3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Pinjaman kedua (pembelian harta kedua): 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Pinjaman kedua (ubahsuai): 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
- Pinjaman jenis 6: 21 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
Kiranya kan, tempoh kelulusan ni bergantung pada penyediaan dokumen yang lengkap. Kalau semua ada, senang lah nak proses. Tak ada gunanya korang expect kelulusan segera kalau dokumen yang dihantar tak ikut kehendak LPPSA.
5. Korang perlu bagi pape cagaran harta ke kat LPPSA?
Kalau nak tahu, semua hartanah yang dapat pembiayaan akan dicagarkan kepada LPPSA. Untuk selesaikan proses ni, korang kena hire peguam. Senang je - korang hanya perlu melantik peguam daripada senarai peguam yang berdaftar dengan LPPSA. Diorang siap sediakan senarai ni ikut negeri lagi.
Cuma, sebelum selesaikan proses ni, ada dua syarat yang korang perlu patuh iaitu:
- Korang sahkan penerimaan tawaran pembiayaan LPPSA dengan mengembalikan Memorandum Penerimaan (Memorandum of Acceptance) kepada Lembaga
- Peguam pulak kena kemukakan dokumen cagaran yang lengkap kepada LPPSA
6. Kena ada perlindungan takaful dan insurans ke lepas apply pinjaman?
Cam biasa lah - pemohon pinjaman perumahan kerajaan diwajibkan ambik takaful bagi yang memilih Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Secara Islam (SPPSAi) dan insurans bagi yang memilih Skim Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (SPPSA). Ni memang berkuatkuasa dari tarikh kelulusan pembiayaan. Dia tertakluk kepada Borang Cagaran yang dah ditandatangani antara pembeli dan LPPSA (Power of Attorney Execution).
Untuk permohonan pembiayaan bersama pulak, salah seorang pemohon perlu mengambil takaful/insurans perlindungan bagi pinjaman perumahan manakala seorang lagi perlu ambik insurans bagi perlindungan rumah kediaman. Korang kena buat ni dari tarikh pengeluaran bayaran sekurang-kurangnya 95% oleh LPPSA atau bila rumah siap sepenuhnya.
7. Akhir sekali, bila pulak LPPSA akan keluarkan bayaran?
Setelah selesai, akhirnya, LPPSA akan keluarkan wang pembiayaan sama ada melalui Akaun Pemajuan Perumahan (Housing Development Account - HDA), Client Account, penjual, kontraktor atau institusi kewangan yang memegang gadaian hartanah - ikut kategori pembiayaan yang pemohon buat. Ya lah, kan setiap jenis perumahan ada syarat tertentu sebelum LPPSA bagi wang pembiayaan.
Nak tahu apa proses selepas ni? Takde dah - memang ringkas dan senang je proses apply pinjaman LPPSA ni. Kalau korang ada sebarang persoalan, boleh terus contact tanya LPPSA.
PERINGATAN: In case korang nak buat pinjaman perumahan ikut syariah, boleh check kat website Loanstreet ni. Siap ada tool kalkulator korang boleh guna untuk semak kelayakan!
Semoga perkongsian ni bermanfaat. Kepada yang memohon, semoga berjaya!
Artikel ini diolah semula dari artikel “Nak tahu proses permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)? Ini cara-caranya” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.
BACA JUGAK: