Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Dividen Saham: 4 Perkara PENTING Korang WAJIB Tahu!

BY Kontributor - Majalah Labur

Updated 25 Oct 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dalam pelaburan saham, ada dua teknik yang korang boleh guna untuk kaut keuntungan, samada dengan cara capital gain (beli pada harga murah, jual pada harga lebih tinggi) atau dividen (syarikat akan bagi dividen kalau dapat untung).

Untuk dapatkan keuntungan dari pemberian dividen, korang kena pilih saham yang stabil dan konsisten dalam pemberian dividen setiap tahun.

Korang boleh kenalpasti kaunter ni melalui penyata kewangan syarikat dan pilih kaunter yang hasilkan keuntungan yang meningkat dari tahun ke tahun. Bila syarikat untung, korang pun bolehlah tumpang sekaki sekali sebab syarikat ni akan kongsi hasil keuntungan yang diorang dapat dengan para pelabur dengan pemberian dividen.

So, kali ni kami akan kongsikan dengan korang tentang perkara teknikal yang korang kena fahamkan dalam dividen:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Ex-Date (Ex-Dividend Date)

loanstreet-perkara-penting-tentang-dividen-saham
Sumber Imej: Bursa Malaysia

Tarikh ni adalah tarikh terakhir untuk melayakkan korang terima dividen kalau korang melabur dalam sesebuah kaunter. Contohnya, ex-date kaunter Opensys jatuh pada 7 Jun 2022, jadi kalau korang beli saham Opensys pada 6 Jun 2022, korang masih layak terima dividen.

Tak payah tunggu sampai setahun untuk dapatkan pulangan dividen tau. Kalau korang nak jual pada tarikh 7 Jun 2022 pun boleh je.


2. Entitlement Date

Tarikh ni sebenarnya tarikh syarikat dan rekodkan pelabur yang layak terima dividen. Entitlement date berlaku selepas ex-date.


3. Entitlement Subject

Setiap syarikat ada kaedah yang berbeza dalam pemberian dividen. Ada yang bagi setahun sekali, setahun dua kali, setahun tiga kali, dan setahun empat kali.

Sebenarnya, entitlement subject ni adalah jenis dividen yang kita akan dapat sama ada first, interim, atau final dividend.


4. Payment Date

loanstreet-perkara-penting-tentang-dividen-saham
Sumber Imej: Althea Quant| Apa Itu Akaun CDS Dan Akaun Trading Saham?

Tarikh nilah tarikh yang paling pelabur tunggu-tunggu. Pada tarikh nilah, pihak syarikat akan bayar dividen kepada para pelabur. Dividen tersebut akan dimasukkan dalam akaun bank yang korang dah daftarkan masa korang buka akaun CDS.

loanstreet-perkara-penting-tentang-dividen-saham
Sumber Imej: Simulasikredit.com|Apa itu dividen yield?

Andaikata korang daftar guna akaun simpanan Maybank, maka dividen tu nanti akan dimasukkan dalam akaun tersebut.

Cara paling mudah untuk korang nilai dividen adalah melalui Dividend Yield. Kalau dividend yield korang tinggi, bermakna pihak syarikat memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur bagi setiap sen yang dilaburkan.


Ni dia formula yang digunakan untuk kira pulangan saham:

Dividen saham / harga saham semasa

Jadi, korang dah fahamlah istilah teknikal yang ada kena mengena dengan dividen, kan? Yang bagusnya lagi pasal pelaburan saham ni, korang tak payah tunggu setahun pun tau untuk dapatkan dividen.

Selagi korang beli sebelum ex-date dan jual pasa tarikh ex-date, selagi tulah korang masih layak dapatkan pulangan dividen. Cuma, harga pasaran saham akan ada perubahan sikitlah, bergantung pada kada dividen yang korang dapat.


*Artikel ini diolah semula dari artikel “4 Perkara Penting Kita Kena Tahu Berkenaan Dividen Saham” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com. Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 



BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Kontributor - Majalah Labur



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?