…buka wallet kripto yang bersesuaian dengan platform NFT
Untuk pengetahuan korang, korang kena ada wallet kripto untuk korang simpan aset kripto ataupun NFT. Maksudnya kat sini, korang kena gunakan wallet kripto yang bersesuaian dengan platform NFT yang korang nak guna. Macam kat bawah ni:
Wallet Kripto | Platform NFT |
---|---|
Metamask |
|
Alpha Wallet |
|
Luno |
|
Cara-cara untuk jual NFT:
1. Mula-mula, sediakan aset digital yang ingin dijadikan NFT
Pilih karya seni yang nak dijadikan NFT. Bagi memudahkan urusan korang, masa korang pilih tu, korang kena ambik kira jugak pasaran NFT untuk lukisan yang tengah trending. Contohnya kalau kat oversea sana, pixelated art kat bawah ni terjual dengan harga RM49.03 juta.Sumber Imej: Vocket tech|6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini
Dalam tahun yang sama, kalau korang perasan, kat Malaysia pun ada orang buat art nasi lemak pixel.
Sumber Imej: Pentas|Pixie Lemak
Jadinya, kalau lukisan pixel tengah trending, korang pun cubalah tumpang trend tu. Okay? Apa-apa pun, pastikan hasil kerja korang dalam bentuk digital dan scan lukisan yang korang hasilkan.
Pastu, kenalpasti platform NFT yang korang nak guna. Ni senarai platform NFT yang penggiat seni lukis boleh try:
- OpenSea
- Known Origin
- Superfarm
- Pentas.io
- havenArt.io
Barulah korang beralih ke langkah seterusnya.
1. 'Mint' aset dan bayar 'gas fees'
Sumber Imej: ConsenSys|What is a gas fee on Etherium?
‘Minting’ NFT ni sebenarnya proses pencetakan NFT dengan mengubah aset atau karya digital korang kepada token yang ditempatkan di blockchain. Karya seni korang yang dah bertukar bentuk jadi token akan disimpan dalam database dan tak boleh diedit, diubah suai.
Andaikata korang dah settle ‘mint’ aset, korang boleh hubungkan wallet kripto korang dengan platform NFT yang korang nak guna, contohnya OpenSea. Ni contoh langkah yang korang boleh ikut:
- Buka laman web OpenSea, buat akaun dan sambungkan ke crypto wallet korang.\
- Kemudian, korang kena sahkan akaun korang melalui email.
- Bila dah sahkan, klik kat ‘My Collection’ dan ‘Create a Collection’.
- Upload file atau aset digital yang korang nak jadikan sebagai NFT.
- Beri nama dan isikan ruangan maklumat aset digital NFT korang.
- Klik pada ‘Create’ dan korang boleh check kat daftar jual beli bila dah selesai.
- Akhir sekali korang boleh bayar ‘gas fees’
Sekarang dah mint so, korang boleh guna cara ni untuk buat duit dengan NFT:
1. Royalti NFT
Sumber Imej: NFT’s Street|NFT Royalties Explained-Everything You Need to Know!
Andaikata korang jual NFT, korang akan dapat peratusan daripada harga jual setiap kali NFT korang dijual kat pasaran. Macam ni, yuran korang 2.50% dan pencipta NFT ni dah tetapkan royalti pulangan sebanyak 10% dari harga pasaran. Bila populariti hasil seni diorang meningkat, pulangan pun lumayan weyh!
2. Sewakan NFT
Cara ni, setakat ni belum ada lagi yang buat kat Malaysia rasanya. Tapi tak salah pun kalau korang nak mencuba. Banyak platform lain macam Yiedl,Hoard Exchange dan Aliran yang ada ‘pasar sewa’ NFT diorang sendiri. Sebagai contoh, kalau korang ada lukisan yang boleh dikomersilkan, korang sewakan lukisan ni kat syarikat pengiklanan.
Pasar sewa ni yang membolehkan korang sebagai pemilik NFT untuk tentukan harga sewaan, dan tempoh maksimum sewa. Si peminjam pulak kena letakkan harga NFT sebagai jaminan sebelum menyewa aset NFT.
3. Trading NFT
Sumber Imej: Business 2 Community|How to trade NFTs in July 2022
Konsepnya sama dengan trading aset kripto, sebab korang akan ikut naik turun pasaran NFT. Mungkin masa korang cipta NFT tu, harga pasaran dia tak berapa nak cantik. Tapi bila ada permintaan tinggi kat pasaran, korang boleh jual karya digital korang dengan harga yang tinggi. Ni contoh marketplace untuk korang trading NFT:
- OpenSea
- Holaplex
- Rarible
Kalau korang tak berapa nak ada bakat seni, tapi TETAP nak buat duit guna NFT, korang boleh cuba dua cara ni:
1. Melabur dalam syarikat NFT
Boleh dikatakan yang masa syarikat startup NFT tengah rancak nilah korang boleh ambik kesempatan untuk buat pelaburan. Sama jugak macam pelaburan lain, terdapat beberapa risiko. Ingatlah untuk buat dulu research dan melabur dengan bijak.
2. Gaming guna NFT
Sumber Imej: Cryptokitties|Collect and breed digital cats
Korang beli item dalam permainan sebagai NFT. Kalau nasib korang baik, ada jugak game yang bagi koleksi NFT diorang secara percuma untuk beberapa pemain pertama. Macam sekarang ni, antara koleksi yang sangat bernilai adalah koleksi permainan CryptoKitties. Satu kucing crypto telah memperoleh lebih daripada US$300,000.
3. ‘Staking’ NFT
Sumber Imej: Bybit Learn|NFT Staking and How It Works
Dalam bahasa kripto, staking ni maksudnya, korang simpan aset digital dalam bentuk 'stake' dan korang boleh bagi pada orang yang berminat. Sebagai balasan, orang yang dapat aset digital NFT tu kena share sebahagian daripada ganjaran yang diorang dapat.
So, jangan sia-siakan bakat dan peluang yang ada. Tuah ayam nampak kat kaki, tuah korang? Haaa….cuba je dulu tau. Kalau admin boleh jual NFT, admin nak jual lukisan. Korang nak jual apa pulak? Cer cerita sikit kat sini.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: