Apa yang dimaksudkan dengan ETF?
Sumber: Afiq Training
ETF ni sebenarnya, alat pelaburan pengesanan indeks yang diperdagangkan kat pasaran bursa saham, dan salah satu jalan terbaik untuk korang yang nak try buat pelaburan pasif.
Secara ringkasnya, kalau korang melabur kat ETF, lebih kurang macam korang pegi shopping kat mall sebabnya, korang cuma akan ambik benda yang korang perlukan sampai cukup. Bila korang dah dapat apa yang korang nak, semua benda yang ada dalam bakul tu, akan dibayar pada masa yang sama.
Kaedah dia samalah macam ETF. ETF ni menggabungkan ciri Unit Trust yang mengumpulkan sebahagian daripada pelbagai pelaburan ke dalam satu bakul dan diperdagangkan di bursa saham.
Secara keseluruhannya, ada 19 jenis ETF kat pasaran. Tapi…
…ni empat jenis ETF yang wajib korang tahu:
1. ETF Komoditi
ETF komoditi menjejaki harga komoditi yang dikaitkan dan dilaburkan atas komoditi fizikal. Sebab tulah, mana-mana pelabur yang melabur dalam komoditi ETF kena ada kontrak berlandaskan komoditi.
Sumber: Bursa Saham
Sebagai contoh, ETF Komoditi, Trade Plus Tracker Gold Shariah berlandaskan oleh harga emas dimana 95%, disokong oleh emas fizikal yang hanya dibeli pada emas yang telah diakreditasi oleh London Bullion Market Association (“LBMA"). Dengan cara ni, pelabur melabur emas tanpa perlu menyimpan emas fizikal.
2. ETF Ekuiti dan Ekuiti (Patuh Syariah)
Kedua-duanya jenis ETF ni sebenarnya ada ciri-ciri yang sama dari segi pegumpulan beberapa kumpulan sekuriti dari industri yang sama atau bursa saham yang diperdagangkan.
Sumber: Majalah Labur
Kalau korang melabur dalam ETF ni, samalah macam korang beli sebahagian kecil prestasi pasaran ekuiti Malaysia. Contohnya macam FBM KLCI ETF yang berlandaskan kepada prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI yang memberikan pelabur, 30 syarikat tersenarai teratas di Bursa Malaysia.
3. ETF Bon
Bagi memudahkan korang, ETF Bon ni adalah portfolio bon kerajaan Malaysia. Pulangannya pulak, bersejajar dengan prestasi bon. Sejenis ETF pendapatan tetap yang terdapat di Bursa Malaysia, ialah ABF Malaysia Bond Index Fund.
4. ETF Pemangkin & Songsang (Leveraged & Inverse)
ETF pemangkin ni sejenis teknik yang meningkatkan keuntungan atau kerugian pelabur. Jadi, ETF pemangkin ini berfungsi untuk memberikan pelabur penguatan pulangan prestasi harian indeks.
Sumber: Bursa Saham
Contohnya, macam Tradeplus Nyse Fang+ Daily (2x) Leveraged Tracker. Kalau hari tu indeks pasaran meningkat sebanyak 1%, ETF leverage 2x pun akan meningkat sebanyak 2%. Tapi, kalau pasaran indeks jatuh sebanyak 1%, maka ETF leverage 2x pun akan turun 2% pada hari yang sama.
Kalau ETF songsang pulak, korang akan dapat pulangan songsang dari daripada prestasi indeks. Maksudnya kat sini, kalau korang ada melabur dalam Kenanga KLCI Daily (-1x) Inverse ETF, dan masa tu indeks pasaran meningkat sebanyak 1%, ETF songsang 2x akan turun sebanyak 2%. Sebaliknya, kalau pada hari kejatuhan pasaran indeks sebanyak 1%, ETF songsang 2x pulak akan meningkat 2% pada hari itu.
So, bila korang dah tahu jenis-jenis ETF yang ada, korang kena tahu pulak jenis pulangan yang akan korang dapat nanti.
Sekiranya korang melabur guna ETF, ni adalah 2 jenis pulangan yang korang boleh dapat:
Perbezaan modal |
|
---|---|
Dividen |
|
Ni dia 5 kelebihan kalau korang melabur guna ETF:
1. Kepelbagaian Risiko
Bagi korang yang keliru, ETF pun lebih kurang macam Unit Amanah dari segi pemilikan portfolio yang dicampur dalam satu unit saham. Dengan cara ni, pemilik boleh memanfaatkan kepelbagaian portfolio dari segi keselamatan dan risiko dapat dikurangkan kalau korang cuma ada hanya stok dari satu syarikat sahaja.
2. Pencairan
Sumber: Multiply
Sama macam saham, ETF ni diperdagangkan secara ‘intraday’ di pasaran saham pada harga masa nyata. Maksudnya kat sini, harga pencairan pun akan ikut faktor penawaran dan permintaan. So, kat sini, senanglah kalau pelabur nak tebus unit, dan duit tu nanti akan dikreditkan pada hari ke-2 selepas tarikh perdagangan (T + 2).
3. Mampu Milik.
Untuk pengetahuan korang, ETF ni tak ada pelaburan minimum macam unit amanah. Jadi mudahlah kalau korang nak mula secara kecil-kecilan sebab, pelabur boleh je kalau nak beli 1 lot (100 unit) untuk mula melabur.
Sumber: iSaham
Contohnya:
harga minimum ETF bergantung pada harga pasaran x 1 lot.
Pada 6 Ogos, harga FTSE BURSA MALAYSIA KLCI ETF disenaraikan pada 1.55.
RM1.55 x 1 lot (100 unit). Jumlah perlaburan minimum anda adalah RM155 untuk 1 lot ETF.
Pelaburan minima yang lebih rendah menjadikan lebih berkemampuan untuk melabur dalam ETF.
4. Yuran yang Rendah
Bagi korang yang tak tahu, ETF ni murah dari segi kos, dan korang boleh dapat pulangan yang maksimum pada tahap risiko dan yuran pengurusan tahunan yang rendah, dan tak ada bayaran pendahuluan.
5. Kesederhanaan dan Ketelusan
ETF jugak tersenarai dalam Pasaran Bursa Malaysia. Jadi, proses jual beli unit ETF dapat dilakukan secara dalam talian atau melalui broker saham, mengikut harga pasaran semasa.
Sumber: Harian Metro
Selain tu, pelabur boleh tentukan sendiri, saham apa yang diwakili oleh setiap ETF dengan melayari laman web yang disediakan oleh laman web pengurus dana masing-masing atau di Laman Web Bursa. Senarai ETF dikemas kini setiap hari.
Tapi korang kena ingat, setiap pelaburan ada risiko dan kekurangan yang perlu dipertimbangkan sebelum anda melaburkan wang.
Ni pulak kelemahan, kalau melabur guna ETF:
1. Kecenderungan Kesilapan
Fleksibiliti perdagangan ETF menyenangkan urusan pelabur dan menggalakkan pelaburan yang lebih kerap. Tapi, pelaburan yang kerap, secara tak langsung boleh meningkatkan kesilapan dalam masa pembelian atau penjualan ETF, sebab prestasi ETF dipengaruhi secara langsung oleh prestasi saham atau bon dalam komponennya.
2. Caj
Terdapat beberapa caj yang dikenakan sama seperti saham yakni komisen broker, duti setem, dan jugak GST.
3. Pendedahan Risiko
Melabur dalam ETF memberikan pendedahan risiko kepada seluruh industri. Sebagai contoh, Principal FTSE China 50 ETF menjejaki 50 saham teratas China yang disenaraikan dan diperdagangkan di Bursa Saham Hong Kong.
Sekiranya berlaku sebarang pergolakan politik atau bencana alam, berkemungkinan besar, semua syarikat yang disenaraikan untuk ETF tu, akan turut sama terjejas.
Jadi, camne nak melabur dalam ETF?
Korang follow je langkah-langkah ni:
Sumber: Bursa Malaysia
- Untuk pembelian, korang perlukan akaun Central Depository System (CDS) dan akaun perdagangan yang dikendalikan dengan mana-mana broker bank perlaburan.
- Kemudian, korang kena lengkapkan dan tandatangan borang pembukaan/penyelenggaraan akaun sekuriti dengan Central Depository Agent (CDA) melalui bank pelaburan, macami Maybank Investment dan Rakuten.
- Seterusnya, korang boleh buat pesanan untuk jalankan pembelian atau penjualan ETF melalui broker, remisier atau melalui pelaburan online semasa waktu perdagangan.
Dah settle semua ni, barulah korang boleh rangka strategi strategi pelaburan pasif dalam portfolio.
Bila korang dah pro nanti, macam-macam jenis kelas aset dan liputan geografi ETF korang boleh try. Tapi, korang kenalah rajin buat research sebelum nak melabur.
Korang ada tak pengalaman melabur dalam ETF? Kalau ada bolehlah share di FB post, dan kami akan sertakan dalam artikel kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: