Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

PELABURAN: Senarai Syarikat Yang Takde Kelulusan BNM 2023

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 27 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Pernah tak korang dah bersemangat waja nak mula melabur, pastu korang tiba-tiba rasa ragu-ragu dengan syarikat yang korang nak invest tu. Rasa macam tak yakin.

Sebenarnya, itu petanda yang bagus! Kalau korang rasa macam tu, maksudnya korang ada inisiatif untuk semak latar belakang syarikat yang korang pilih. Syarikat tu ada kelulusan BNM ke tak?

Jadi, kali ini, admin nak kongsikan kat korang senarai syarikat yang tidak ada kelulusan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan maklumat penting yang korang perlu tahu sebelum memilih syarikat pelaburan pilihan korang.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Senarai syarikat yang takde kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM)


Senarai ni adalah berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang telah diterima oleh pihak BNM. Tapi senarai ni tak lengkap dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Senarai ni ber-function sebagai panduan untuk korang (orang awam) untuk semak status perlesesan individu atau syarikat.

Korang dinasihatkan supaya tak buat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu/ entiti yang tak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan.



Dekat sini, kami senaraikan beberapa syarikat terbaru pada tahun 2023 yang telah tersenarai kerana tak mendapat kelulusan BNM.
 
  • Deet Investment Scheme
  • Dinar Edaran Emas Trading Investment Scheme
  • OctaFX
  • Madinah Mining
  • Tadawul Investment Scheme
  • VanguardFX Asian 2021
  • Muhibah Yatu Investment
  • Euro Trade (M) Co

Kalau korang nak senarai penuh, korang boleh klik kat sini: Senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan BNM


Apa akan jadi kalau korang ‘terlabur’ dengan syarikat yang takde kelulusan BNM ni?


Agak bahaya sebenarnya sebab:
 
  • Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM tak boleh dipakai sekiranya korang memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tak sah.
  • Korang juga boleh didakwa di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.

Jadi, kalau korang tak berhati-hati dalam memilih syarikat pelaburan yang betul, korang mungkin akan didakwa di bawah undang-undang Malaysia, tanpa perlindungan undang-undang pengguna.


Macam mana cara nak kenalpasti individu atau syarikat yang diragui?


Melalui info daripada laman web BNM, terdapat beberapa ciri-ciri yang meragukan tentang syarikat atau individu ni, macam:
 
  • Pengendali mungkin akan contact korang melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, tapi niat dia tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tak menaruh syak wasangka (korang) untuk barangan/perkhidmatan yang sememangnya tak kan disediakan.
  • Skim dia menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat korang untuk menyertai skim ni. Pelabur jugak mungkin tak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tu.
  • Takde jaminan yang pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Jadi, pengendali tak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang diorang dijanjikan.


Janji seekor kucing scammer


Nak report kat siapa kalau ada rasa ragu-ragu atau hampir terkena scam?


Korang dinasihati untuk memaklumi BNM mengenai sebarang aktiviti atau entiti yang tidak sah dan mencurigakan ke:
 
BNMLINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia)
1-300-88-5465 atau
Laman web: https://telelink.bnm.gov.my/

Antara aktiviti kewangan tak sah yang boleh dilaporkan kepada BNM ialah:  
 
  • Pengambilan deposit secara tak sah
  • Skim perniagaan mata wang asing tak sah
  • Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tak sah
  • Amalan pasaran yang tak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
  • Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
  • Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.



Korang boleh jugak buat laporan melalui Pejabat Wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di:
 
Pejabat Wilayah BNM Pulau Pinang
No 27, Lebuh Light, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
Tel: +604-258-7588

Pejabat Wilayah BNM Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel: +607-225-7888

Pejabat Wilayah BNM Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088-522-310

Pejabat Wilayah BNM Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel: +609-622-0571 / 638-2001

Pejabat Wilayah BNM Kuching
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: +6082-224-200 / 224-328



Selain tu, korang boleh membuat semakan dengan agensi penguat kuasa lain untuk pengesahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan:
 
Dalam setiap pelaburan, apa yang penting sebenarnya korang kena faham dan ambil langkah berjaga-jaga sebelum memulakan mana-mana pelaburan. 

Kalau nak dapatkan lebih maklumat tentang info kewangan yang boleh bantu korang secara percuma, jangan lupa dapatkannya hanya di Loanstreet!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


BACA JUGAK:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?