Ni apa yang akan berlaku kalau korang jatuh muflis/bankrap:
- Di bawah pengawasan MDI
- Tak boleh travel ke luar negara
- Ada limit kredit terhad (hanya dapat RM1,000 dari kad kredit/memana pihak bank)
- Aset korang akan disita
- Tak boleh bekerja dalam sektor tertentu (korang pun kena inform majikan status)
- Tak boleh buat bisnes
Jadi, apa yang korang patut buat lepas jatuh muflis/bankrap?
1. Lapor ke cawangan MDI terdekat (better terus pergi bila tahu)
Pengawai-pengawai MDI ni akan guide korang untuk isi borang Pernyataan Hal Ehwal Bankrap (pastikan lengkap!). Sambil-sambil tu, kena lah prepare dokumen penting macam Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap 6 bulan.
Bukan tu je, korang kena sentiasa update MDI bila ada perubahan dalam hidup (kalau ada lah!). Antaranya nama, alamat, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan, harta dan maklumat lain.
Pastu, kalau diorang ada mintak pape dari korang, wajib jawab dalam masa yang ditetapkan. Kalau kena panggil hadir meeting, pergi. Bahaya kalau korang buat tak tahu je!
2. Serah segala maklumat aset korang
Selain dari bayar hutang setiap bulan, MDI akan sita harta yang korang ada macam kereta dan rumah untuk kurangkan hutang korang yang tertunggak. Cuma, takde lah semua - ada lah pengecualian macam alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak (tak lebih dari RM5,000!).
Kalau korang dah berkahwin atau berkeluarga, tak perlu risau sangat. Pihak MDI hanya ambik harta yang atas nama korang je. Takde lah dia ambik kereta pasangan korang. Pihak pemiutang pun hanya boleh sita harta yang bercagar je (MDI take over kalau tak bercagar).
3. Tak dibenarkan buat pembayaran direct kepada pihak pemiutang
Apasal tak boleh? Bila korang dah jatuh muflis/bankrap, pihak-pihak pemiutang yang ada tu akan submit Bukti Hutang kat MDI untuk diorang cop. Ya lah, kan setiap bayaran korang buat akan terus direct ke MDI. Lepas tu baru dibahagikan antara pemiutang.
Contohnya, setiap pemiutang mintak RM200. Kalau bayar terus memang naya, terbang RM1,000. Kalau dengan MDI akan mintak korang bayar sebanyak 10% dari pendapatan peribadi korang. Maksudnya kat sini, kalau gaji korang RM2,000, korang bayar kat MDI dalam RM200. Pastu diorang akan bahagikan kat pemiutang.
NOTA: MDI takde kuasa untuk kurangkan jumlah hutang. Kalau nak, boleh discuss dengan pihak pemiutang. Kalau diorang setuju, dapat lah kurang sikit bayar!
4. Kena jujur dengan semua institusi kewangan (update status muflis korang)
Walaupun dah jatuh muflis/bankrap, korang still boleh bukak akaun bank baru/update balik akaun lama. Cuma, kena ada alasan kuat macam untuk terima gaji. Dan, korang perlu dapat persetujuan dari MDI - boleh buat kat cawangan diorang. Tapi disebabkan pandemik ni, better call je lah nombor cawangan MDI korang kena pegi tu.
Kalau korang nak buat pinjaman bank pun boleh, cuma nilai tak boleh lebih dari RM1,000. Kalau nak lebih, pastikan korang bagitau status muflis/bankrap tu dulu (langgar undang-undang tau kalau tak inform!). Nanti, terpulang untuk institusi kewangan sama ada terima atau tak.
Jangan risau, ada je cara korang boleh buat untuk buang status muflis/bankrap? Antaranya adalah...
1. Selesai bayar semua hutang
Tu pentingnya pergi ke MDI lepas korang diisytihar muflis/bankrap. Dari situ, boleh discuss berapa banyak korang kena bayar. Ada sharing dari seorang yang pernah jatuh muflis/bankrap, dia hanya perlu bayar RM100 sebulan (depends aset dan pekerjaan). Okay lah kan, camtu?
Katakan, korang dah dapat jumlah berapa kena bayar setiap bulan. Admin sarankan korang ikut je jadual tu. Pejam celik, pejam celik, korang dah tak muflis/bankrap dah. Yay!
Cuma, kena ingat ni tak termasuk hutang korang kat gomen. Sama jugak kalau ada pendapatan dari aktiviti-aktiviti haram macam pengubahan wang atau judi.
2. Buat permohonan kepada mahkamah
Korang pun boleh apply pelepasan dari status muflis/bankrap kat Mahkamah Persekutuan. Pihak mahkamah pun akan consider lah permohonan korang dari segi kelakuan. Contohnya, bayar jumlah yang ditetapkan on time ke tak? Hadir setiap perjumpaan? Korang ada langgar pape peraturan tak?
Cadangan admin - korang hantar permohonan ni lepas 1/2 tahun. Kelakuan korang kena on point lah, baru pihak mahkamah boleh decide untuk kasi pelepasan mutlak atau bersyarat (ikut budi bicara mahkamah!).
Kalau dapat pelepasan mutlak, korang dah boleh bukak akaun bank sendiri, pergi melancong dan macam-macam lagi (yay!). Kalau pelepasan bersyarat, ada benda boleh buat dan tak boleh buat. Lebih kurang korang dah boleh melancong, tapi, still kena buat pembayaran balik!
3. Tunggu je selama 3 tahun
Sejak 2017 lagi, gomen dah buat pemindaan kat peraturan-peraturan bankrap ni - dapat pelepasan secara automatik selepas 3 tahun (asal lepas syarat!). Sambil-sambil korang tunggu cukup masa tu, continue bayar on time je lah.
Antara syaratnya adalah:
- Korang jatuh muflis/bankrap pada/selepas 6 Oktober 2017
- Dah isi borang Pernyataan Hal Ehwal, borang permohonan dan akujanji (bila capai target sumbangan!)
- Dah fail penyata pendapatan bagi tempoh 6 bulan
- Dalam pemantauan untuk capai target sumbangan selama 3 tahun
- Patuh segala peraturan yang MDI dah tetapkan
P/s: Kalau dapat settlekan hutang, bersih lah record korang. Tapi kalau korang dapat pelepasan, muflis/bankrap tu still akan ada dalam record CTOS, CCRIS dan lain-lain.
Paling bagus kalau korang dapat elak dari jatuh muflis/bankrap. Kan mencegah lebih baik dari merawat…
Mesti korang pernah dengar banyak prinsip kewangan - salah satunya, keperluan vs kemahuan. Baik kot kalau korang praktis prinsip ni dalam kehidupan. Katakan, korang nak apply pinjaman peribadi atau kad kredit untuk kahwin atau travel, pikir balik “Perlu ke?”.
BACA JUGAK: 5 Kesilapan Dalam Kewangan yang Selalu Dibuat pada Umur 20-an
Lagi satu, jangan suka-suka jadi penjamin. Tak kisah lah saudara-mara ke member ke atau rakan sekerja. Setuju jadi penjamin untuk orang yang korang percaya je. Susah kalau ada benda yang tak diinginkan nanti.
Tak lupa jugak, korang kena kurangkan perbelanjaan besar macam pembelian rumah. Tak payah lah overspend. Kalau tak mampu nak bayar bulanan rumah, better menyewa dulu. Bila dah boleh komited bayar, baru beli.
Paling penting, kalau rasa macam korang tak boleh nak manage hutang, contact Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Diorang akan tolong pape yang patut.
Untuk yang dah jatuh muflis/bankrap, jangan patah semangat tau - ni bukan pengakhiran hidup korang. Nak tak nak, korang kena lah bersemangat dan berdisiplin untuk lepas dari masalah ni. Chaiyok, gaiz!
BACA JUGAK:
- Berapa senang nak diisytiharkan sebagai muflis?
- 4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang
- 8 Kelemahan Bank Kat Malaysia Yang Korang Boleh Eksploit
- Apa Akan Terjadi Pada Hutang Korang Lepas Meninggal?
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.