Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 KESILAPAN KEWANGAN yang Biasa Korang Buat Masa 20-an!

BY Team Loanstreet

Updated 11 Jan 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Selalunya, umur 20-an nilah masa yang paling havoc, sebab korang mesti dah ada satu bucket list, benda yang korang nak explore sebelum masuk umur 30-an. Tapi, masalahnya disebabkan korang muda lagi, korang selalu rasa duit dengan masa korang tak cukup.

Persoalannya sekarang ni, apa punca duit korang ni memanjang tak cukup ya?

Jangan risau. Kitorang akan bantu korang check semula cara korang uruskan kewangan korang. Cuba korang perhatikan 5 kesilapan ni satu demi satu dulu.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Beli barang ikut nafsu

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-1

Ni, kesilapan yang paling ramai orang buat. Sepatutnya, kalau korang nak beli barang, korang kena tahu bezakan antara keperluan dan kehendak. Cuba tanya dulu soalan camni:

  • Kenapa aku nak kena beli benda ni?
  • Apa fungsi benda ni?
  • Aku ada ke benda ni, atau benda yang lebih kurang sama camni?
  • Harga dia sepadan tak dengan fungsi dia?
  • Aku mampu ke tak nak beli benda ni?
Kalau korang tak pasti, ni contoh perbezaan antara keperluan dan kehendak yang korang boleh follow:
 
Keperluan Kehendak
Tuntutan semula jadi manusia.

Bertindak sebagai pelengkap kepada keperluan.

Wajib ada untuk meneruskan kehidupan. Tidak semestinya ada untuk teruskan kehidupan. 
Lebih senang untuk dipenuhi kerana bersifat asas dan tidak berubah mengikut pendapatan. Boleh berubah mengikut faktor pendapatan dan perubahan trend semasa, status dan kemewahan.
Contoh: tempat tinggal, pakaian, makanan, minuman, insurans kereta dan lain-lain.

Contoh: kereta mewah, rumah banglo,
jam tangan Tag Heuer

Sebenarnya, tak salah pun kalau korang ada kehendak yang tersendiri. Cumanya, biarlah kehendak korang tu sepadan dengan gaji yang korang ada.

Jangan sampai korang terpaksa berhutang sana sini semata-mata nak puaskan nafsu berbelanja korang. Tak pasal-pasal je korang menyusahkan diri sendiri, kan?

Kalau korang nak tahu, ni antara 5 apps yang korang boleh guna, untuk rancang keperluan kewangan korang macam Spendee, Monefy, Mint, Goodbudget, Money Manager dan banyak lagi.

Lepas ni, senanglah korang nak trace perbelanjaan korang, kan? Konfem, korang takkan terlajak belanja lagi cam dulu!
 

2. Berbelanja lebih daripada keperluan

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-2

Kitorang faham perasaan kali pertama bila korang dapat gaji memang, Pergh! Best gila! Tapi hakikatnya, ramai yang kecundang bila ada yang shopping tak ingat dunia dengan alasan untuk self-reward dan belanja family tersayang.

Sesetengah kes lain pulak, bila dah naik pangkat, dia punya lifestyle pun sama naik dengan gaji dia. Kalau korang nak tahu, nilah antara punca inflasi gaya hidup – di mana korang dah berbelanja melebihi gaji yang korang dapat.
 

Kalau korang teruskan juga belanja lebih daripada gaji, ni antara kesan-kesan yang korang kena tanggung:

 
  • Hutang-hutang ‘jahat’ 

Untuk jangka masa pendek, memang syok bila dapat guna kad kredit dan buat pembiayaan peribadi. Duit tak cukup pun tak apa. Asalkan boleh swipe…settle semua masalah. Dari sinilah korang tak perasan yang korang dah ternak hutang-hutang jahat.
 

  • Aliran tunai negatif

Untuk pengetahuan korang, bila duit yang dikeluarkan lebih daripada duit yang masuk dalam akaun korang, nilah yang dipanggil sebagai aliran tunai negatif.

Salah satu penyumbang kepada aliran tunai negatif ni adalah hutang-hutang jahat tadi. Kalau keadaan ni berterusan, korang berpotensi besar untuk muflis!

Sebagai langkah berjaga-jaga, korang boleh cuba untuk buat satu bajet yang ringkas untuk atur dan pantau cash flow korang camni. 

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-3
Sumber: Our Affendi


3. Bergantung pada kad kredit untuk hal kecemasan

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-4
Sumber: Gila Hartanah


Kita memang tak dapat nak jangka pun hal -hal cam wabak penyakit, eksiden, atau bencana alam ni nak jadi. Lagi teruk lagi, kalau kita langsung tak ada apa-apa persediaan dan jadikan kad kredit sebagai aset kecemasan.

STOP! Sebenarnya, cara camni bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Bayangkan, kalau kereta korang terjebak dengan kemalangan dan nak kos nak repair kereta tu mencecah ribuan ringgit, takkan korang nak berhutang guna kad kredit, kan?


Sebab tulah korang kena ada:

 
  • Dana kecemasan yang mudah diakses 

Maksudnya, letakkan duit korang dalam akaun simpanan berasingan yang boleh diakses SECARA ONLINE SAHAJA, bukan dari ATM. Korang terpaksa buat macam ni untuk elakkan korang dari tergoda untuk keluarkan duit ni.

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-5

Sumber: Twitter (@ShamsuddinKadir)

  • Pelan perlindungan/insurans

Korang boleh daftar pelan insurans macam takaful, medical card atau perlindungan kenderaan yang boleh menjadi penyelamat dari bebanan bil yang tinggi mengikut pelan dan polisi yang didaftar.
 

4. Kedudukan kredit bercelaru

Jangan sekali-kali melengahkan bayaran hutang ataupun bil! Benda ni akan beri kesan buruk kepada kedudukan kredit korang. 

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-6
Sumber: CTOS


Kedudukan skor kredit ni dikira berdasarkan sistem pemarkahan tiga-digit yang bermula dengan 300 (sangat teruk) hinggalah ke 850 (sangat baik). Korang sepatutnya mengekalkan markah, lebih daripada 650 yang menjadikan korang lebih dipercayai, dan senang kalau nak buat sebarang pinjaman nanti.
 

Untuk skor kredit yang cun, korang disarankan untuk: 

 
  • Pilih kad kredit yang bersesuaian dengan keperluan

Pastikan korang membuat bayaran penuh setiap bulan untuk elakkan hutang dan memastikan rekod yang bersih. 
 

  • Uruskan hutang dengan baik

Cara terbaik yang kami syorkan adalah dengan membayar lebih daripada jumlah minimum yang dinyatakan. Dengan cara ni, korang dapat kurangkan jangka masa bayaran dan jumlah faedah yang dibayar.
 

  • Pilih pembayaran automatik untuk kos yang tetap 

Korang boleh set benda ni kat online payment. Jadi senanglah nanti sebab tak payah susah-susah nak kena ingat tiap bulan. Set pembayaran auto untuk-Pinjaman pelajaran, telefon, internet dan insurans . 

BACA: Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang CCRIS

Selain tu, kedudukan kredit yang baik masa muda nilah yang akan bantu korang kalau nak buat pembelian besar, terutamanya untuk tujuan pelaburan dan pengumpulan aset yang boleh memperkukuhkan kedudukan kewangan korang.


5. Mentaliti ‘Lambat lagi nak pencen.’

Ni benda yang paling bahaya. Kalau korang tak ubah tabiat berbelanja yang buruk dan masih belum menyimpan atau melabur, silap haribulan, korang tak dapat menyimpan langsung untuk persaraan. Untuk makluman korang, negara kita akan menjadi negara tua, menjelang tahun 2030.

Memetik kata-kata dari menteri kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Ini bermaksud dalam masa lapan tahun sahaja golongan pesara dan warga tua akan merangkumi 15% atau lebih 5.3 juta daripada penduduk negara dan mereka akan memerlukan simpanan yang lebih banyak untuk membiayai sara hidup selepas bersara," 

So, betul ke korang nak bergantung pada KWSP? Kalau korang nak tahu, disebabkan masa PKP dulu boleh keluar KWSP, ramai pencarum yang akaun simpanan dia kurang daripada RM50,000 pada umur 55 tahun nanti. Secara amnya, RM50,000 ni memang tak akan cukup untuk belanja hari tua korang nanti. 

loanstreet-kesilapan-kewangan-semasa-20an-7
Ni contoh perbelanjaan sebulan bagi orang yang bersara sebelum sempat lunaskan hutang kereta dan rumah. Dalam masa setahun, perbelanjaan asas je dah mencecah RM19,032.

Itu belum lagi termasuk dengan kos nak melancong atau perbelanjaan kecemasan. Cerita dia kat sini, memang tak cukup la kalau takat RM50,000 tu. So, korang fikirlah masak-masak untuk hari tua korang.


Usia muda nilah korang sepatutnya korang gunakan sepenuhnya untuk mula merancang, menyimpan dan melabur sementara kudrat masih ada dikandung badan. Bukan tak boleh berjimba langsung , tapi korang pun beragak-agaklah.

Gunakan masa ni sebaiknya untuk muhasabah balik cara perbelanjaan korang. Sekurang-kurangnya, masih sempat lagi kalau korang nak ubah tabiat perbelanjaan korang sebelum terlambat.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 
 

BACA JUGAK: 

  

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta