Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

8 Kelemahan Bank Kat Malaysia Yang Korang Boleh Eksploit

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2022





Kita selalu ingat yang bank ni lintah darat, Ah Long, penipu dan macam-macam lagi lah!. Tapi, korang tahu tak sebenarnya ada je kelemahan bank (exploitable loophole) yang boleh kita jadikan sebagai satu kelebihan. Lepas korang dah faham semua tentang kelemahan dan kelopongan ni, pihak bank nak cekik darah or buat untung tak sepatutnya kat korang pun mesti dah tak jalan punya!

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kat bawah ni ada 8 cara yang boleh korang manfaatkan daripada kelemahan ni: 

1. Topup e-wallet guna kad kredit dan dapat CASHBACK


Sumber imej: SoyaCincau.com

Untuk pengetahuan korang, ada sesetengah bank consider topup e-wallet ni sebagai transaksi online, tapi ada jugak yang letak dalam kategori ‘lain-lain”. Jadi, kalau kad kredit korang ada tawarkan manfaat cashback, tunggu apa lagi? Topup e-wallet korang sekarang!. 

Antara kad kredit yang tawarkan cashback bila korang topup e-wallet termasuklah Standard Chartered, OCBC, dan Public Bank. Kadar ganjaran berbeza-beza ikut jumlah yang dibelanjakan dan layanan yang diberikan oleh bank. 

Tapi, tak semua bank ada tawarkan ganjaran cashback untuk e-wallet macam Maybank. Jadi, pastikan korang ambil tahu manfaat yang ditawarkan dalam kad kredit k. 

2. Guna kad kredit korang sebagai kad caj



Disebabkan tempoh ihsan (grace periods) dalam bayaran bulanan kad kredit bergantung pada hari transaksi yang korang buat pada masa tu, korang dapat nikmati 10 hingga 50 hari percuma kadar faedah dengan hanya gunakan kad caj/kad kredit. Kalau masih tak faham, dia macam korang beli something tapi kena bayar lepas 50 hari. 

Jadi, daripada guna duit untuk bayar, boleh jugak gunakan kad caj/kad kredit untuk jalankan transaksi. Tapi tulah, jangan lupa bayar balik semua bil ok! 

BACA: Antara Kad Kredit, Kad Caj dan Kad Debit

3. Guna kad kredit yang ada ganjaran/cashback


Sumber imej: The Straits Times

Walaupun dah dapat percuma 15-50 hari faedah, korang masih lagi boleh dapat untung bila guna kad kredit cashback sebab SEMUA transaksi yang korang buat akan dapat diskaun. Untuk korang yang prefer kad ganjaran pulak, point ganjaran tu sama je macam tunai. 

Tip Bonus - bayar bil bulanan selambat yang mungkin guna kad kredit. 

Kebanyakan bil telefon dan utiliti ada tempoh ihsan selama 30 hari.  Kalau korang bayar guna kad kredit pada hari-hari terakhir, jumlah hari yang korang tak perlu bayar meningkat dari 45 kepada 75 hari.  

4. Batalkan dan mohon semula kad kredit sebelum cukup tempoh setahun



Cukai servis sebanyak RM25 setahun selalunya diketepikan oleh pihak bank sekiranya korang mohon kad kredit baru dengan mereka. Jadi, batalkan kad yang sedia ada sekarang sebelum cukup tempoh setahun. Kalau tak, korang kena bayar cukai tu. 


5. Masukkan wang ke dalam akaun semasa pada saat-saat akhir

 Akaun semasa biasanya tak kena faedah kalau bertujuan nak keluarkan cek. Korang hanya perlu transfer duit dalam akaun semasa dan itu pun kalau ada cek yang akan dikeluarkan daripada akaun tersebut. Pastikan baki dalam akaun cukup bila cek ditunaikan untuk elak sebarang bayaran penalti sebanyak RM50 sehingga RM100!

6. Bayar ansuran bulanan pinjaman rumah SEAWAL mungkin


Sumber imej: The Financial Express

Sekiranya ada buat pinjaman perumahan, bayar ansuran bulanan seawal mungkin sebelum due date untuk jimatkan kadar faedah yang korang kena bayar. Bukan apa, pinjaman perumahan rumah dekat Malaysia ikut kadar faedah harian bagi pengiraan faedah baki berkurangan.

7. Bayar ansuran bulanan  pinjaman kereta dan pinjaman peribadi selambat mungkin

Berbeza pulak dengan ansuran pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Lebih baik korang bayar pada tarikh akhir due date sebab pinjaman kereta dan peribadi ikut kaedah pengiraan faedah tetap.


8. Gunakan portal perbandingan macam Loanstreet untuk cari produk terbaik

Tak kisah lah korang tengah cari pinjaman perumahan, pembiayaan semula rumah, pinjaman peribadi, ataupun kad kredit, tak perlu lagi susah-susah pergi bank dan membazir masa dengar orang bank promote kaw-kaw. Kat Loanstreet, kami tawarkan alat kewangan yang cepat dan mudah macam alat perbandingan pinjaman perumahan, alat perbandingan pembiayaan semua rumah, dan alat perbandingan pinjaman peribadi. Gunakan alat-alat ni untuk cari produk yang sesuai dengan keperluan korang!

Baca Jugak: 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta