Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Cara Pengubahan Wang Haram

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2021




Baru-baru ni, satu Malaysia dikejutkan dengan berita penangkapan 5 individu yang merupakan kepala ‘Macau Scam’. Yang paling mengejutkan sal benda ni adalah beberapa artis siap terlibat sekali wei (*batuk Bubblebee). Rupa-rupanya, diorang ni tengah dalam proses pengubahan wang haram (cuci duit)... Hah, apa tu?

In case korang tak tahu, maksud pengubahan wang haram ni adalah proses penukaran wang yang diorang dapat melalui cara tak sah kepada sumber yang sah. Mesti dah tertanya-tanya camne diorang ni ubah wang haram, kan? Ni admin nak terangkan 4 cara sindiket-sindiket ni ‘ubah’ wang haram!

BACA JUGAK: "Rasa Macam Ada Tak Kena, Tapi Takut Sangat Nak Letak Telefon"

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Berjudi kat kasino



Bila main kasino, korang boleh main beberapa round guna cip yang ditukar dari wang tunai haram (tak perlu dedah identiti pun bila tukar!). Lepas menang, baru boleh tukar cip kepada resit - tuntut berapa banyak menang ikut resit cip. Tapi, kalau wang tunai haram tu dalam kuantiti yang besar, korang kena main lebih dari sorang untuk cepatkan proses pengubahan tu.

Contohnya, 2 orang kepala sindiket haram main di meja rolet yang sama - sorang bet warna merah, lagi sorang bet warna hitam. Selagi hasil game tak jadi satu/dua kosong, salah sorang kepala sindiket mesti menang round permainan tu dengan sah. Basically, bila diorang menang, cip kasino akan tukar kepada resit - automatik jadi wang yang sah.


 

2. Campur dana haram dengan yang sah



Selain tu, sindiket-sindiket ni pun boleh mengubah dana haram dengan tubuhkan perniagaan yang sah di sisi undang-undang - campur keuntungan yang sah ni dengan wang haram. Caranya adalah dengan melaporkan pendapatan syarikat secara keterlaluan - buat ekstra invois untuk benarkan wang kotor masuk. Nak senang paham, dia lebih kurang cam kelab malam yang beroperasi guna cash lah - aliran masuk wang lebih sukar nak dikesan. 

Sindiket-sindiket ni siap boleh tubuhkan syarikat tanpa perlu ada satu pun operasi/aset. Diorang akan buat banyak transaksi palsu untuk tipu orang luar. Dana yang diterima pun akan pusing-pusing dulu dalam beberapa syarikat sebelum kembali kat tangan diorang sebagai wang yang sah.


 

3. Struktur balik dana



Korang tahu tak bank ada prosedur yang boleh cegah pengubahan wang? So, kepala-kepala sindiket ni pun struktur lah balik berapa dana nak bagi bila transfer duit dalam kuantiti yang besar - nak elak dari dikesan punya pasal. 

Cara ni perlukan ambik beberapa pekerja untuk satu jangka masa yang pendek. Diorang pun transfer lah deposit secara kecil-kecilan ke dalam beberapa akaun pekerja ni. Ulang proses ni sampai dah boleh transfer duit ke akaun ‘offshore’ atau syarikat palsu. 

Cuma, cara ni akan ambik masa yang lama sikit. Jadi, kena teliti betul-betul dulu camne dan berapa kali nak buat pemindahan dana - nak ikut pertukaran asing atau guna bank-bank yang ada tahap kerahsiaan (secrecy) yang tinggi seperti Bank Swiss.


 

4. Jual beli hartanah untuk untung (Flipping)



Cara ni tricky sikit sebab diorang ubah wang haram guna rangkaian yang luas dengan beberapa nama dan akaun yang berbeza untuk laksanakan urus niaga. Salah satunya ikut urus niaga hartanah.

Nak jadikan contoh, korang beli rumah/tanah daripada penjual. Cuma, nilai beli tu  dikurangkan kat dalam kertas - bayar baki lebih tu bawah meja (diam-diam). Kemudian, korang pun jual hartanah tu dengan nilai yang lebih tinggi. Perbezaan antara harga jual dan beli tu akan jadi wang bersih yang korang terima dari jual beli hartanah


 

Sedikit peringatan untuk semua!

Secara jujurnya, kita mungkin lemah nak lawan benda ni. Tapi, sebenarnya, kita semua ada kuasa - tak sokong perbuatan yang tak bermoral ni. Kalau tahu ada bisnes yang terlibat dengan benda-benda camni, kita jangan support. Baru diorang sedar langit tu tinggi ke rendah!

Lagi satu, apa yang kita boleh buat kalau lalui sindiket-sindiket ni?

  1. Jangan panik - semak dulu dengan pihak berkenaan yang legit before buat pape
  2. Jangan sesekali kasi maklumat peribadi (kalau diorang desak jugak, terus letak je phone tu!)
  3. Check laman web Bank Negara Malaysia untuk tahu maklumat terkini sal isu ni
  4. Buat report polis seawal dan secepat yang mungkin! 

Selamat berhati-hati semua!

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta