Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Perlukan Duit Secepat Mungkin? Aplikasi Ni Ada Jawapannya!

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2019




Korang pernah tak perlukan sangat duit lebih tapi tak boleh nak dapatkannya dalam waktu tertentu? Kalau ikut cara konvensional, kita kena memohon pinjaman peribadi dan tunggu kelulusan dari bank. Ada 2 kemungkinan kat sini: Pinjaman korang akan lulus tapi bukan jumlah yang korang perlukan ataupun bank tak dapat bak luluskan sebab jumlah pinjaman kurang dari jumlah minima yang boleh dipinjamkan.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Habis tu, apa lagi pilihan yang ada?



Kalau korang nak tahu, ada satu aplikasi yang dipanggil GoodKredit (GK) untuk rakyat Malaysia mendapatkan akses bantuan wang dengan cepat. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah dari RM1,000 ke RM5,000. Inilah yang membuatkan syarikat ni lain dari bank, sebab dia fokus untuk bagi pinjaman yang kecil je. 

Untuk syarat pembayaran balik pula, korang akan diberikan masa yang singkat iaitu 6 bulan untuk langsaikan pinjaman tersebut. Yang menariknya, GK mempunyai kadar faedah yang paling rendah iaitu 15% setahun, kalau nak dibandingkan dengan bank-bank yang lain. Selain tu, GK juga akan mempertimbangkan untuk menurunkan lagi kadar faedahnya, bergantung pada keadaan dan senario.

Paling best sekali, GK ni takde yuran pemprosesan, bayaran pendahuluan atau duti setem untuk semua pinjaman yang diluluskan!

Cara nak memohon pinjaman mikro ni mudah macam A-B-C.  Cara-caranya seperti dibawah:

  1. Mula-mula, daftar. Muat turun aplikasi GoodKredit Malaysia dan cipta akaun korang. 
  2. Lepas tu, pilih “Loan”. Korang boleh jumpa kat bahagian bawah laman utama dan pilik penaja. Isikan maklumat peribad korang seperti yang diperlukan. Setelah selesai, klik "Next" untuk meneruskan.
  3. Kemudian, masukkan butiran anda. Contohnya, jumlah yang korang perlukan dan tempoh pembayaran balik (maksimum 6 bulan)*. Jangan lupa, isi semua maklumat yang diperlukan, dan muat naik salinan kad pengenalan. Bila dah siap, klik "Apply Loan".
  4. Untuk lengkapkan proses, email salinan dokumen korang ke [email protected]
*Tempoh bayaran balik 9 bulan akan diberikan kalau korang mempunyai kedudukan kredit yang baik.
 

Selain tu, GK ni boleh digunakan untuk apa lagi?



Salah satu daripada servis yang aplikasi GK tawarkan ialah untuk topup kredit telefon bimbit dan juga untuk pembayaran bil. Disebabkan kerjasama GoodKredit dengan MOL (atau Money Online, portal untuk membeli pelbagai permainan dalam talian, mata permainan, produk dan perkhidmatan dari seluruh dunia), korang sebagai pengguna dibenarkan membayar semua bil utiliti melalui GK. Jangan risaulah pasal bayaran tambahan sebab memang takde!

Nak dipendekkan cerita, GoodKredit ni memang salah satu aplikasi yang ohsem untuk selesaikan masalah kewangan yang kecil ataupun bila korang perlukan duit secepat mungkin. Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi ni dari Appstore atau Playstore dan cuba try test! Kalau korang tengah cari pinjaman konvensional pulak, boleh lah singgah ke halaman perbandingan pinjaman Loanstreet untuk buat bandingan dan pilih pinjaman yang sesuai untuk korang.
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta