Banyak lagi kaedah menipu Macau Scam ni, contohnya mereka telefon kata korang menang cabutan bertuah. Tapi yang paling popular adalah seperti contoh di atas, di mana mereka akan menuduh korang terlibat dalam jenayah, biasanya menyamar jadi pegawai polis, SPRM, atau Bank Negara.
Tipah tertipu! Gambar dari gifer.com
Mungkin korang terfikir – kalau tak salah, apa nak takut? Hah, penipu Macau Scam ni terlatih orangnya, memang pandai psiko. Kat sini kami nak cerita kisah sebenar yang berlaku pada kawan kami sendiri, Aisyah (bukan nama sebenar). Dia mungkin tak rugi sebanyak kes-kes kat atas tadi, tapi modus operandi tetap sama. Semoga kita boleh belajar daripada pengalaman dia.
Dalam kes Aisyah, ini urutan cerita yang berlaku...
Mula-mula dapat panggilan automatik
"Saya dapat panggilan telefon daripada mesin automatik yang mengatakan saya dipanggil ke mahkamah untuk selesaikan caj kastam untuk tahun lepas, dan kalau saya tak datang saya akan disaman. Oleh kerana baru-baru ni saya ada order barang daripada Singapore, saya ingat memang ada kaitanlah. Jadi saya panggil balik nombor tersebut.'
Hah, tak tahulah samada scammer memang tahu Aisyah ada order barang melalui kastam atau secara kebetulan. Dalam kes macam ni, boleh faham la kenapa panggilan macam ni boleh buat orang percaya, atau sekurang-kurangnya timbul rasa ingin tahu. Dalam kes ni, besar kemungkinan mesin automatik tu main call je semua nombor yang ada dalam senarai mereka, jadi tunggu je siapa yang kena umpan.
Jadi kalau benda ni terjadi pada korang, jangan call balik nombor yang diberi. Sebaliknya, call jabatan kastam atau mana-mana badan yang berkaitan untuk minta pengesahan.
Scammer boleh tahu maklumat peribadi korang
"Saya dihubungkan dengan seorang pegawai kastam di Kedah, dia bagi butir-butir terperinci pasal pertuduhan-pertuduhan, 50 tin tepung dari Thailand. Dia siap sebut nama penuh dan IC saya, dan kata alamat penghantaran adalah ke Kedah.
Jadi saya kata saya duduk Selangor, bukan Kedah!"
Ini lagi pelik, kalau sebelum ni scammer boleh hubungi nombor telefon Aisyah, macam mana mereka boleh tahu nama penuh dan alamat? Macam mana tak berderau jantung bila orang sebut maklumat penuh korang ye tak.
Walaupun Aisyah kata alamat tu salah, scammer ni dah ready untuk langkah seterusnya...
Scammer boleh tukar taktik mengikut respons korang
"Pegawai tu kata OK, mungkin ada orang gunakan nama saya untuk aktiviti haram. Dia kata akan sambungkan saya ke polis, siap suruh saya sebut kes ni dan nombor kes. Bunyi dia ni bajet macam pegawai betul la.
Rasa-rasanya kat pejabat scammer ni, mereka dah ada flowchart tentang macam mana nak handle macam-macam jenis mangsa. Dalam kes ni, 'pegawai kastam' ni macam rileks je lagi, tapi nak nampak lagi real, dia alihkan Aisyah kepada 'pegawai' lain...
"Jadi saya pun cakap dengan pegawai polis, dia siap gertak dan jerit-jerit kat saya. Dia kata saya bersubahat dengan pengedar dadah nama apa entah. Dia kata dia tak percaya cerita yang saya tak bersalah, tuduh yang saya berlakon. Dia kata polis akan datang serta-merta kalau saya tak serah diri."
Bayangkanlah korang tengah cuak, kena pekik pulak kat telinga, macam mana tak rasa nak tercirit. Dan kat sinilah scammer ni bagi buah penamat kerja mereka...
Akhirnya scammer akan minta akaun bank atau minta transfer duit
"Saya menangis dan dangat takut masa tu. Last-last dia kata ada satu cara selesaikan perkara ni, iaitu transfer semua duit saya untuk mereka audit. Saya pun ikut je la.
Lepas je transfer baru saya sedar saya dah kena tipu... tapi terlambat. Saya pun report polis.
Aisyah tambah lagi yang sepanjang dia jawab telefon tu, sebenarnya ada je rasa was-was tapi scammer tapi dia terlalu takut nak letak telefon. Ini kerana scammer ni memang pandai buat korang tergagap, dia takkan bagi korang peluang nak berfikir pun, sebaliknya terus bercakap, terus marah-marah. Dan mereka akan ugut supaya korang tak letak telefon, kalau tak komando akan datang pecah rumah ke macam tu lah.
Jadi, macam mana nak elakkan Macau Scam ni?
Kalau dapat call macam ni, jangan layan! Gambar dari tvnewsmon.blogspot.com
Perkara pertama yang kami tertanya, macam mana sindiket ni boleh ada senarai nombor telefon, nama penuh, dan IC? Bukan ke itu sepatutnya maklumat sulit? Ada satu berita yang mengatakan kat Malaysia ada kebocoran maklumat peribadi, mungkin itu salah satu sebabnya kot.
Apa pun, terlebih dahulu korang kena faham modus operandi yang biasa dilakukan oleh Macau Scam:
- Mereka kata korang dapat cabutan bertuah
- Mereka menyamar jadi pihak berkuasa (polis, kastam dsb)
- Mereka menyamar jadi pegawai badan kewangan (Bank Negara, syarikat kad kredit dsb)
- Mereka tipu yang ahli keluarga atau saudara korang diculik
Kalau korang dapat apa-apa panggilan telefon macam ni, benda pertama yang korang kena buat adalah LETAK TELEFON SERTA-MERTA.
Jangan call balik nombor tersebut. Walaupun korang check nombor tadi dan nampak sama dengan nombor pihak berkuasa, ada kemungkinan mereka buat spoofing. Sebab kalau korang call balik, susah nak terlepas daripada game mereka, sebab mereka ada skrip panjang lebar untuk meyakinkan korang untuk bagi nombor akaun atau pindahkan duit. Ada satu kes ni, siap ada surat perintah!
Jadi jangan mudah terpedaya. Buat panggilan kepada pihak berkuasa atau badan kewangan yang sebenar untuk memastikan apa yang berlaku.
Dan jangan lupa buat laporan polis, samada korang tertipu ataupun tak. Baru-baru ni satu sindiket Macau Scam tempatan telah berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang diketuai Datuk Seri Amar Singh. Jadi setiap maklumat yang rakyat beri adalah berguna. Jadi, jadilah rakyat yang berguna.
Satu lagi, jadilah rakyat yang rajin share artikel ni dengan kawan-kawan dan keluarga.