1. Syarat Kelayakan
Korang yang nak memohon RUMAWIP mesti warganegara Malaysia dan berumur at least 18 tahun. Keutamaan akan diberikan kat korang yang;- Dilahirkan
- Bekerja
- Atau menetap kat mana-mana area Wilayah Persekutuan time korang memohon tu.
- Tak memiliki rumah kat Wilayah Persekutuan (jangan menipu ye)
2. Kelayakan Pendapatan
Bagi yang nak try RUMAWIP ni, pendapatan kasar korang (bujang) tak boleh lebih RM10,000/bulan. Yang dah berkahwin pulak tak boleh RM15,000 (suami dan isteri). Kalau dah kahwin, korang dan pasangan dua-dua boleh apply RUMAWIP tapi hanya 1 tawaran yang akan diberikan bagi setiap isi rumah.
3. Kategori Rumah Mampu Milik
RUMAWIP ada tawarkan 3 kategori rumah mampu milik:
- studio/1bilik
- 2 bilik
- 3 bilik dalam bentuk rumah berstrata
Kalau korang masih tak berapa faham apa benda lah strata ni kan, boleh check sini.
4. Jenis & Harga Rumah Yang Ditawarkan
Rumah Harga Rendah- Saiz: 700 kaki persegi
- Harga: RM63,000 (bagi Kuala Lumpur & Putrajaya), RM52,000 (bagi Labuan)
- Saiz: 800 kaki persegi
- Harga: RM63,001 - RM150,000
- Saiz: 650 kaki persegi
- Harga: RM150,001 - RM300,000
Baca ni pulak: 7 kawasan rumah mampu milik buat golongan sederhana di Lembah Klang
5. Ia Dijual Di Bawah Harga Pasaran
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/000/784/content/Rumawip_moneygif.gif)
Satu benda ni korang kena tau. Specialnya RUMAWIP ni berbanding rumah-rumah lain adalah RUMAWIP dijual di bawah harga pasaran. Korang kira sendiri lah, rumah yang lengkap dengan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, 1 parking cuma dijual pada harga RM300,000. Bukan tu je, siap ada kemudahan lain kot macam kolam renang, taman permainan dan gimnasium..Ha cepatlah sado macam ni kan?
Tak cukup lagi? Meh sini admin tambah, kasi korang ternganga. Unit-unit RUMAWIP ni dibina dengan susun atur yang sangat strategik, mengambil kira keselesaan hidup untuk pembeli berpendapatan rendah. Mana nak dapat kat tempat lain?
Tapi kan, ada syarat dia tau RUMAWIP ni. Kalau korang berjaya beli, moratorium 10 tahun akan dikenakan kepada pembeli. Maksudnya, korang tak boleh pindahmilik atau jual kepada pemilik baru tanpa kebenaran gomen, melainkan jual dekat ahli keluarga terdekat atau waris seperti pasangan atau anak-anak JE.
6. Sediakan Deposit Korang
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/000/785/content/RUMAWIP__meme_2.jpg)
Sekiranya korang berjaya dapatkan unit RUMAWIP ni, korang kena kemukan wang deposit 10% daripada harga keseluruhan unit yang ditawarkan kan tu. Lepas korang dah bayar wang deposit baru boleh ke proses seterusnya. Program RUMAWIP ni tak sediakan sebarang bantuan dana tau, jadi korang bebas dan suka hati lah nak buat pembiayaan rumah tu ikut pilihan korang sendiri.
7. Sewakan Unit RUMAWIP Korang
![](https://cdn.loanstreet.com.my/ckeditor/pictures/data/000/000/786/content/RUMAWIP_meme.jpg)
Kelonggaran telah diberikan kalau korang nak sewakan unit RUMAWIP kat pihak ketiga tapi ada syarat yang dikenakan. Korang HANYA boleh sewakan unit RUMAWIP kepada penyewa berwarganegara Malaysia je.
8. Macam Mana Nak Beli Unit Yang Lagi Besar?
Tiba-tiba lah kan korang have-have, ada rezeki lebih, so korang nak up size unit. Boleh buat sebenarnya, dengan syarat unit lama korang tu kena jual dengan harga yang dipersetujui oleh agensi yang merancang dan mengawal selia RESIDENSI WILAYAH9. Pembatalan Permohonan RUMAWIP
Nak batalkan permohonan RUMAWIP? No hal, boleh je. Tapi, once dah batalkan, korang tak layak dah nak apply lagi sekali. Sebabnya, permohonan RUMAWIP ni adalah secara ‘one-time off’. Sebarang pembatalan akan menyebabkan korang dah tak boleh nak memohon untuk projek RUMAWIP yang lain dah.Kalau korang lepas syarat kelayakan untuk apply RUMAWIP, cepat-cepatlah apply sebab bukan senang nak dapat peluang nak miliki rumah pertama dengan harga yang berpatutan. Lagi satu, korang check lah jugak rumah, studio/satu bilik, dua bilik dan tiga bilik yang dalam lingkungan RM400,000 untuk jadi pelaburan hartanah korang.
So, dah bersedia nak menggapai rumah impian korang? Check sini kalau nak tau berapa jumlah pinjaman yang korang boleh buat
Dan kalau korang masih tercari-cari pinjaman perumahan apa yang sesuai untuk dapatkan RUMAWIP ni, tak payah lah susah-susah kehulu kehilir, click sini je, senang.
Artikel ini diolah semula dari artikel “9 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Tentang RUMAWIP” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my