Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tak Payah Bayar Bil Hospital Kalau Derma Darah. Ye ke?

BY Hakimie Amrie

Updated 13 Jan 2020




Siapa yang yang boleh derma darah tu, pergilah buat apa yang patut. Sebab Pusat Darah Negara (PDN) dah risau dengan bekalan darah yang ada kurang memuaskan. Bukan tu je, bekalan ni tak mampu tampung untuk jangka masa yang panjang. Yelah, macam mana nak cukup, dari 32.4 juta rakyat Malaysia, 180,650 je yang dilaporkan menderma pada tahun 2017.

Mungkin masih ramai antara korang yang tak tahu manfaat derma darah ni, terutamanya dari segi kewangan macam diskaun dan rawatan percuma.  Untuk nak galakkan korang semua derma darah, meh kita tengok ganjaran yang menanti.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita dapat



Rujuk jadual kat bawah ni kalau nak tahu dengan lebih lanjut manfaat yang korang boleh dapat. 
 
KEKERAPAN MENDERMA KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas kedua untuk tempoh *4 bulan.
2 kali (dalam tempoh 12 bulan) Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
2 - 5 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas kedua untuk tempoh *4 bulan.
6 - 10 kali Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas kedua untuk tempoh *6 bulan.
11 - 15 kali Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16 - 20 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
21 - 30 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
31 - 40 kali Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41 - 50 Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan serta wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma “Wholeblood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) Percuma rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun serta wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Sumber: Pusat Darah Negara

Senang cerita, makin kerap korang derma darah, makin banyak manfaat yang korang boleh dapat.

Lagi satu, korang jugak boleh tahu tahap kesihatan korang secara percuma tanpa perlu buat medical checkup. Sebabnya, sebelum korang layak menderma darah, beberapa jenis ujian akan dijalankan dulu untuk tentukan sama ada korang ni fit ke tak untuk jadi penderma. 

Tapi, semua manfaat ni hanya boleh digunakan kat hospital kerajaan je. Kalau korang tunjuk buku merah tu kat hospital swasta, diorang takkan layan punya.  Lagi pun, hospital gomen berikan perkhidmatan kesihatan yang tip top kot. Kalau nak tahu lah kan, Malaysia menduduki ranking pertama dalam kategori tahap kesihatan terbaik dengan skor 95 dari 100 mengikut Indeks Persaraan Global 2019. Power tak power?
 


“Bukan tak nak percaya tapi…”



Admin paham sangat kalau ada antara kita yang tak yakin dengan manfaat ni. Jadi, bagi yang masih was-was dengan sebarang caj tersembunyi atau wang deposit, korang baca kes brader ni. 

Pada tahun 2018, ada seorang peniaga ni menderita penyakit kencing manis dan kena menjalani pembedahan kaki bagi menyelamatkan nyawa dia.  Apa yang dia tak sangka, rawatan selama 35 hari dan 6 pembedahan yang berjumlah RM19,713 tersebut ditanggung sepenuhnya oleh gomen. 


Sumber: Kosmo

Kalau nak tahu, brader ni dah derma darah sebanyak 22 kali dengan kekerapan 3 bulan sekali sejak 2004 dekat PDN sehingga tak perlu bayar bil hospital sesen pun!


Sumber: Facebook
 


Ha, sekarang kan korang dah tau berapa banyak korang boleh jimat dengan menderma darah, tunggu apa lagi?

Selain dapat ringankan beban kewangan peribadi, kita jugak dapat bantu orang yang memerlukan. Bagi yang berminat, selain PDN, terdapat beberapa hospital kerajaan yang terpilih yang ada pusat kutipan darah. Rujuk gambar bawah ni.


Sumber: PDN

PDN jugak ada bukak Donation Suite dekat Midvalley, jadi korang yang stay dekat area Lembah Klang tu boleh lah singgah sebentar alang-alang dah ke mall tu. 

Jom derma!


Baca Ni Jugak:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes