Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Komplikasi Utama Ketika Pranatal & Pada Bayi Baru Lahir Yang Perlu Anda Awasi

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2022




Kerjasama dengan  

Yeay - anda mengandung! Mesti anda berasa sangat teruja untuk bayi yang anda bakal dilahirkan ke dunia ini. Tetapi secara jujurnya, anda juga risau jika sesuatu yang tidak elok akan berlaku, bukan? Jangan bimbang, perasaan ini adalah normal.

Komplikasi kehamilan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja - sebab itulah ianya sangat penting dan berguna untuk kita mengetahui tentang komplikasi yang mungkin boleh menjejaskan ibu dan bayi.



Kami ingin ingatkan kepada anda yang artikel ini tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda, tetapi untuk memberikan sedikit jawapan kepada persoalan yang mungkin bermain di fikiran anda. Dengan kerjasama Prudential, kami kumpulkan 5 komplikasi utama yang terjadi sewaktu kehamilan dan kepada bayi baru lahir yang perlu anda awasi.

NOTA: Maklumat yang diberikan di sini tidak boleh diambil kira sebagai nasihat perubatan. Oleh itu, sila dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jadi, apakah komplikasi utama yang perlu diawasi ketika hamil?

 

1.Eklampsia


Sejenis komplikasi yang mengancam nyawa, selalunya terjadi pada wanita hamil yang telah didiagnosis dengan preeklampsia (tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing). Ini boleh menyebabkan serangan sawan secara tiba-tiba atau seterusnya  mengakibatkan ibu hamil koma. Perlu diingatkan bahawa anda mungkin berisiko tinggi untuk menghidapi eklampsia jika anda berusia lebih dari 35 tahun atau lebih muda dari 20 tahun, mempunyai hipertensi kronik (tekanan darah tinggi), mengandung anak kembar, mempunyai penyakit buah pinggang, kencing manis ataupun mengandung buat kali pertama.

Apakah tanda-tandanya? Biasanya sebelum eklampsia berlaku anda akan mengalami tekanan darah tinggi, bengkak pada bahagian muka atau tangan, sakit kepala, kenaikan berat badan yang berlebihan, mual dan muntah, mempunyai masalah penglihatan, berasa sakit ketika membuang air kecil dan sakit perut (terutamanya di bahagian atas abdomen kanan). Anda mungkin sudah hampir dengan serangan eklampsia jika anda mengalami sawan, tidak sedar diri dan keresahan jiwa yang keterlaluan.

Mengapa ia BERBAHAYA? Keadaan ini boleh menjejaskan plasenta, iaitu organ yang menyalurkan oksigen dan nutrien dari darah ke janin. Apabila tekanan darah anda tinggi, ini akan mengurangkan aliran darah ke saluran plasenta sekali gus menjejaskan ia untuk berfungsi dengan baik. Akibatnya, bayi anda dilahirkan dengan berat yang rendah atau mempunyai masalah kesihatan yang lain. Untuk si ibu pula, komplikasi ini boleh menyebabkan kematian akibat serangan jantung atau strok.
 

2. Embolisme Cecair Amnion

 

.

Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan sedang hamil, anda mungkin berisiko tinggi untuk mengalami embolisme cecair amnion. Ini akan berlaku apabila cecair amniotik (cecair yang mengelilingi bayi di dalam rahim - air ketuban), sel-sel janin, rambut atau serpihan lain memasuki aliran darah anda. Ini biasanya berlaku semasa anda sedang bersalin atau selepas melahirkan bayi sama ada secara normal atau pembedahan. 

Apakah tanda-tandanya? Embolisme cecair amniotik mungkin berkembang secara tiba-tiba dan pantas. Tanda-tanda lain mungkin termasuk sesak nafas yang tiba-tiba, tekanan darah rendah, kadar denyutan laju, pendarahan dari rahim, kegagalan jantung, keabnormalan kadar denyutan jantung janin, kekejangan dan kehilangan kesedaran.

Mengapa ia BERBAHAYA? Ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk anda serta bayi anda seperti kecederaan otak akibat tekanan oksigen darah yang rendah, kematian ibu atau bayi kerana serangan jantung yang tiba-tiba, kehilangan darah yang berlebihan, masalah pernafasan ataupun kegagalan pelbagai organ untuk berfungsi.
 

Bagaimana pula dengan komplikasi pada bayi yang baru dilahirkan?

 

3. Jaundis (Penyakit Kuning)

 

Ini akan berlaku apabila kulit dan mata bayi anda menjadi kuning, disebabkan oleh bilirubin yang berlebihan (hyperbilirubinemia). Ia disebabkan oleh pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan normal sel darah merah. Bagaimanapun, ketika ini hati bayi yang baru lahir masih sedang membesar dan belum cukup matang untuk membuang bilirubin.

Apakah tanda-tandanya? Tanda-tanda jaundis agak jelas - kulit dan mata bayi anda akan berwarna kekuningan, yang mungkin bermula dalam 2 hingga 4 hari selepas kelahiran dan akan merebak ke seluruh badan. Anda boleh memastikan ini dengan menekan jari secara ringan pada kulit bayi anda. Jika kulit yang ditekan kelihatan kuning, bayi anda berkemungkinan mengalami penyakit jaundis. Pastikan anda memeriksa bayi anda dalam keadaan pencahayaan yang baik. 

Mengapa ia BERBAHAYA? Dalam kebanyakan kes, penyakit jaundis akan hilang dalam tempoh masa 2 hingga 3 minggu. Walau bagaimanapun, jika ianya berlarutan sehingga selepas 3 minggu, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan nasihat doktor anda. Ini bermaksud kadar bilirubin bayi anda meningkat dan bayi anda berisiko untuk menjadi pekak, palsi serebrum (cerebral palsy), atau lain-lain bentuk kerosakan otak.
 

4. Demam Campak yang Teruk

 



Penyakit demam campak disebabkan oleh jangkitan pernafasan yang mudah berjangkit, yang juga dikenali sebagai virus rubeola. Jika bayi anda belum diimunisasi dan tidak pernah menghidap demam campak sebelum ini, dia mungkin akan mudah untuk dijangkiti penyakit tersebut jika terdedah kepadanya.

Apakah tanda-tandanya? Tanda pertama yang anda perlu awasi ialah apabila bayi anda menghidapi batuk, hidung berair, demam panas, dan mata merah. Selain itu juga, tanda awal yang lebih jelas adalah bintik-bintik kecil berwarna kelabu (yang kelihatan seperti bijirin pasir/garam) di dalam mulut bayi anda.

Mengapa ia BERBAHAYA? Demam campak ini boleh menjadi serius, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan Pneumonia (jangkitan paru-paru yang serius). Berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini adalah merupakan punca utama kematian akibat demam campak di kalangan kanak-kanak.
 

5. Sindrom Down

 

Keadaan ini berlaku apabila bayi dilahirkan dengan kromosom yang berlebihan. Ini akan memberi kesan negatif terhadap tumbesaran bayi anda baik secara mental ataupun fizikal. Sehingga kini, punca kromosom yang tinggi masih belum diketahui. Selalunya, ibu-ibu yang berumur lebih dari 35 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Apakah tanda-tandanya? Tanda-tanda Sindrom Down berbeza mengikut individu. Namun begitu, ada beberapa tanda fizikal seperti mempunyai otot yang lemah, leher yang pendek, profil wajah dan hidung yang leper, kepala, telinga, mulut yang kecil serta mata miring ke atas dan juga tangan dan jari yang pendek.

Mengapa ia BERBAHAYA? Penyakit ini tidak mengancam nyawa, tetapi ia juga bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Seseorang yang mengalami Sindrom Down mempunyai perkembangan kognitif dan kemahiran motor yang perlahan seperti lambat bertutur.

Selain itu, bayi juga mungkin akan mengalami masalah kesihatan seperti kerosakan jantung kongenital, masalah pernafasan, masalah pendengaran, penyakit Alzheimer, leukemia kanak-kanak, penyakit epilepsi dan juga tiroid.
 

Hmm, saya tahu saya perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk bayi saya tetapi... seawal mana saya harus dapatkannya?

 

Bila ingin mendapatkan perlindungan insurans, anda disarankan untuk mendapatkan perlindungan secepat mungkin untuk meringankan kebimbangan anda dalam bentuk insurans.

Dengan Prudential PRUMy Child Plus, anda boleh dapatkan perlindungan untuk bayi anda seawal 14 minggu di dalam kandungan! Ini bukanlah satu-satunya berita baik buat anda - Prudential juga adalah syarikat insuran yang pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan untuk ibu-ibu yang hamil secara IVF. Perlindungan menyeluruh ini juga melindungi diri anda.
 

Apa itu PRUmy child plus?


PRUMy Child Plus adalah perlindungan kanak-kanak yang datang dengan pelan PRUWith You (pelan insurans premium berkaitan pelaburan) sebagai pelan perlindungan asas. Anda akan dilindungi untuk Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sebelum ulang tahun polisi umur 70 tahun pada hari jadi yang akan datang atau Hayat Diinsuranskan jikalau meninggal dunia dalam tempoh polisi - mana-mana yang berlaku dahulu.

Apa yang bagus tentang perlindungan insurans ini ialah anda dapat menyesuaikan pelan dengan menambah ‘rider’ (perlindungan pilihan) mengikut keperluan kewangan dan perlindungan yang anda inginkan. Salah satu ‘rider ‘yang kami ingin cadangkan ialah ‘rider’ untuk pranatal yang dikenali sebagai Infant Care Plus.

Ia dapat melindungi ibu dan janin dengan menyediakan Manfaat Jagaan Kehamilan dan Manfaat Jagaan Anak. Manfaat ini dapat melindungi anda daripada komplikasi kehamilan yang boleh berlaku sebelum lahir dan juga menyediakan perlindungan kepada anak anda termasuklah inkubasi bayi baru lahir sehingga kemasukan hospital yang disebabkan penyakit kongenital terpilih sebelum bayi anda berumur 5 tahun. 

Selain itu, jika bayi anda dihidapi jaundis neonatal yang memerlukan rawatan fototerapi, sebanyak RM500 atau RM1,000 (bergantung kepada pelan yang diambil) akan dibayar secara sekaligus.

Untuk memahami konsep perlindungan ini dengan lebih mudah, anda boleh rujuk ilustrasi di bawah yang menunjukkan bagaimana Infant Care Plus berfungsi di bawah PRUmy Child Plus:



**‘Rider’ lain yang ditawarkan termasuk ‘Rider’ Penyakit Kritikal, ‘Rider’ Perubatan, ‘Rider’ Payor, ‘Rider’ Kemalangan dan ‘Rider’ Simpanan/Pelaburan.
 

Dapatkan Perlindungan Tambahan Sebanyak 50% selama 3 Tahun secara PERCUMA

 

Ada lebih banyak berita baik! Prudential sedang membuat promosi di mana anda boleh mendapatkan perlindungan tambahan sebanyak 50% untuk Penyakit Kritikal selama 3 tahun secara PERCUMA

Ini bermakna dalam tempoh manfaat 5 tahun, caj insurans hanya akan ditolak sebanyak dua kali (pada permulaan polisi) dan perlindungan untuk tiga tahun pertama polisi akan ditawarkan secara percuma. Di samping itu, anda juga akan mendapat pilihan (dalam tahun polisi ke-3) untuk menukar perlindungan tambahan Penyakit Kritikal sebanyak 50% ini kepada perlindungan tetap tanpa sebarang persoalan. Ia boleh dilakukan dengan mudah melalui telefon pintar anda.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini!

NOTA: Promosi ini hanya boleh digunakan untuk mereka yang membeli PRUWith You dengan ‘rider’ Essential Child Plus Critical Illness. Rujuk di bawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.


Bagi mereka yang telah membeli polisi PRUmy Child Plus sebelum ini, anda akan mendapat manfaat ‘Easy and Simple Enrolment’ (EASE) untuk perlindungan kehamilan anda yang seterusnya. Ini bermaksud anda tidak perlu lagi melalui seluruh proses pengunderaitan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, lawat halaman Prudential di sini atau hubungi ejen Prudential anda.

Akhir kata, kami ingin mengingatkan bahawa walaupun terdapat banyak perkara yang perlu anda risaukan, janganlah sampai lupa untuk menikmati pengalaman berharga menjadi seorang ibu. Semoga berjaya!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya