Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Tanda Kanser Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Anda

BY Prudential

Updated 26 Aug 2019




Dengan kerjasama   

Kanser ni penyakit yang serius, malangnya kesedaran kat Malaysia ni masih kurang, melainkan bila ia terjadi pada diri sendiri atau orang tersayang. Bukanlah kami nak doakan benda yang tak baik, tapi realitinya, kanser boleh kena pada sesiapa sahaja termasuklah orang yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Namun begitu, ada beberapa tanda-tanda kanser yang boleh dilihat, dan kalau korang terus jumpa doktor serta-merta, masih ada peluang untuk kanser tersebut diubati. Jadi dalam artikel ni, Loanstreet dan kawan kami kat Prudential nak senaraikan secara ringkas tanda-tanda tersebut. Tapi sebelum tu, kami nak terangkan sikit pasal Prudential...

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Perlindungan kanser tak semestinya mahal

Kita memang minta dijauhkan daripada penyakit berat macam kanser ni. Pada masa yang sama, kita kena berjaga-jaga dengan sebarang musibah. Kalau korang nak sediakan payung sebelum hujan, korang boleh dapatkan pakej perlindungan terhadap kanser. Masalahnya, kebanyakan pakej ni adalah mahal, sampai kena bayar beratus-ratus ringgit setiap bulan.

Tapi dengan PRUcancer X dari Prudential, korang boleh dapatkan pakej dengan nilai yang berpatutan, daripada harga serendah RM400 setahun. Polisi ni menawarkan:

  • Pilihan perlindungan tinggi sehingga RM2 juta
  • Permohonan mudah di mana korang hanya akan ditanya soalan berkaitan risiko kanser sahaja
  • Boleh digunakan untuk rawatan kanser di luar negara
  • Perlindungan bagi fasa-awal kanser pada diagnosis kanser yang tertentu

Ok sekarang jom kita lihat senarai simptom-simptom bagi kanser. Perlu kami peringatkan yang simptom-simptom ini tak semestinya disebabkan oleh kanser semata-mata, ia boleh menandakan penyakit lain jugak. Sebab itulah masih sangat penting untuk korang berjumpa doktor kalau perasan mana-mana tanda di bawah:

1. Bengkak pada testikel

Bagi yang lelaki, korang mesti dah kenal betul dengan zakar masing-masing, tapi macam mana pulak dengan testikel korang? Nak buat pemeriksaan sendiri testikel ni senang je. Salah satu caranya adalah berdiri depan cermin dan lihat kalau ada sebarang perubahan daripada segi saiz ataupun bentuk. Perlu diingat yang memang normal kalau satu testikel lebih besar atau lebih lanjut daripada yang satu lagi.

Satu cara lagi boleh dibuat selepas mandi, sebab waktu itulah kulit skrotum lembut dan kembang. Raba testikel dengan tangan dan pastikan ianya licin tanpa sebarang bengkak atau ketulan, dan tiada rasa sakit.

Bagi testikel yang sihat, sepatutnya tiada sebarang perbezaan besar antara kedua-dua testikel. Pastikan korang perhatikan simptom-simptom lain jugak termasuklah rasa sengal-sengal di bahagian abdomen atau kelangkang, atau darah dalam air mani.

2. Darah bila buang air besar

Menurut satu kajian yang dibuat pada tahun 20120, kanser pada bahagian kolon atau rektum (juga dikenali sebagai kanser kolorektal) adalah kanser kedua paling berleluasa kat Malaysia.

Seorang bekas pengidap kanser kolorektal, Mariana Zaine, menasihatkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan awal sebagai langkah menjauhi penyakit ini.

"Kebanyakan kanser kolorektal datang daripada polip-polip. Sebelum ia bertukar jadi kanser, doktor boleh keluarkannya menggunakan kolonoskopi sahaja." – Mariana Zaine, dipetik oleh The Malay Mail.

Antara simptom lewat kanser kolorektal adalah darah pada tahi dan juga perubahan mendadak pada pergerakan usus (seperti sembelit atau cirit-birit) yang berlarutan melebihi tiga minggu.


3. Ketulan dalam payudara

Sebelum ni kita sering diajar yang pemeriksaan payudara adalah penting, namun kini komuniti perubatan (termasuklah Persatuan Kanser Amerika) telah mengubah saranan mereka dan tidak lagi menggalakkannya, sama ada pemeriksaan sendiri mahupun oleh klinik/hospital. Walaupun begitu, setiap wanita (lelaki pun sekali sebenarnya) kena biasakan diri dengan rupa dan rasa payudara masing-masing, supaya kalau ada apa-apa yang berubah, boleh terus jumpa doktor.

Antara saranan baru termasuklah pemeriksaan mammogram tahunan, yang boleh mula diambil seawal umur 40 tahun.

Antara simptom kanser payudara termasuklah ketulan; perubahan pada puting; perubahan pada kulit, saiz atau bentuk payudara; dan bengkak atau rasa tidak selesa di bawah ketiak.

4. Batuk yang tidak berhenti

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling berleluasa di Malaysia, dan golongan lelaki lebih ramai dijangkiti. Sebabnya? Menurut data, faktor utama yang menyumbang kepada kanser ini adalah tabiat merokok. Jadi kalau korang seorang perokok, eloklah buat pemeriksaan awal. Lagi elok kalau korang berhenti merokok terus.

Antara simptom kanser paru-paru termasuklah batuk berdarah, sakit dada atau tak cukup nafas, dan batuk yang tak berhenti

5. Ketulan di bawah kulit

Limfoma adalah istilah umum bagi kanser yang menjejaskan sistem limfatik. Tugas sistem limfatik ini adalah untuk mengasingkan dan membuang cecair berlebihan daripada badan, serta memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi. Tapi masalah bermula bila sel putih abrnomal yang dipangil limfosit bertukar menjadi sel kanser dan membiak di dalam kelenjar limfa.

Penyakit ni terbahagi kepada Hodgkin's Disease (HD) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Antara simptom termasuklah kelenjar limfa yang besar dan boleh disentuh, selalunya dijumpai kat leher, ketiak, dan kelangkang.

6. Masalah untuk tegangkan zakar

Zakar susah tegang (erectile dysfunction) bukan je satu masalah besar buat para lelaki, tapi juga boleh jadi salah satu daripada simptom kanser prostat. Selain daripada tu, simptom lain termasuklah perubahan dalam tabiat kencing termasuklah pundi kencing yang lemah, rasa nak kencing yang lebih kerap, dan juga darah dalam air kencing.

Perubahan-perubahan tersebut juga boleh jadi simptom-simptom kanser pundi kencing. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, tabiat merokok menyumbang kepada separuh daripada kanser punding kencing di kalangan lelaki dan wanita di Amerika.

7. Berat badan turun secara tiba-tiba

Kalau korang tiba-tiba turun berat badan tanpa sebarang perubahan dalam pemakanan ataupun senaman, jangan gembira sangat dulu. Penurunan berat badan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan boleh jadi simptom pelbagai jenis kanser termasuklah yang melibatkan pankreas, perut, esofagus, dan paru-paru.

Malangnya, sama macam kesemua kanser yang diterangkan dalam artikel ini, simptom-simptom ini semua hanya muncul pada peringkat yang lewat, menyebabkan kos rawatan yang perlu ditanggung sangat tinggi. Sebab itulah...

Persediaan secara kewangan sama penting dengan pencegahan

Kanser boleh menyebabkan beban kewangan yang berat. Ini bukan sahaja untuk bukan rawatan, tapi juga pelbagai perkara lain yang perlu difikirkan seperti kehilangan punca pendapatan yang bukan je boleh memberi kesan terhadap pesakit, tetapi keluarga masing-masing. Bayangkan jika seorang bapa menghidap kanser, apa yang akan jadi kepada tanggungannya?

Oleh itu, selain daripada mengambil langkah pencegahan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, adalah satu langkah yang bijak untuk bersedia daripada segi kewangan. Dan ini bukan bermakna dengan mengumpul banyak duit simpanan je, tapi mendapatkan pelindungan insurans setakat yang korang mampu, walaupun hanya beberapa ratus setiap tahun.

Perlindungan insurans ni bukan sahaja mampu menyelamatkan korang daripada terpaksa menghabiskan beratus ribu di kemudian hari, malah mampu menampung keluarga jika korang tak mampu bekerja. Kalau korang tak terkena apa-apa penyakit pun (mohon dipermudahkan), duit tersebut boleh dikeluarkan, jadi ia boleh jadi satu bentuk simpanan juga.

Kalau korang nak tengok pelan insurans yang berkaitan, boleh klik kat sini.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Prudential



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)