1) Rawatan
Institusi kesihatan kerajaan sudah tentunya mengecaj jumlah yang sangat sedikit berbanding pihak swasta; lihat sahaja jadual bayaran di bawah (korang boleh lihat senarai yang lebih terperinci di sini), diambil daripiada Kementerian Kesihatan.
Jenis Rawatan | Kos Semasa |
---|---|
Bersalin Normal |
RM10.00 - RM150.00 |
Fisioterapi (Setiap sesi) |
RM100.00 |
Endoskopi / Kolonoskopi |
RM200.00 - RM2,500.00 |
Dialisis Buah Pinggang (Setiap Sesi) |
RM150.00 |
Pembedahan Apendiks |
RM800.00 - RM 2,000.00 |
*Mengandaikan bahawa rawatan yang dipilih adalah Kelas Pertama.
Oleh kerana hospital dan klinik kerajaan biasanya sangat sibuk disebabkan oleh nisbah doktor ke pesakit yang tinggi, biasanya korang perlu menunggu buat tempoh yang agak lama untuk mendapatkan diagnosis dan juga rawatan. Menurut data terkini daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia mempunyai nisbah 412:1, yang bermakna kita cuma ada seorang doktor bagi setiap 412 orang.
Di hospital swasta pula, harga yang dicaj biasanya sangat tinggi atas sebab yang munasabah. Mereka harus mematuhi piawai antarabangsa untuk menyediakan khidmat kesihatan yang terbaik. Malah oleh kerana mereka sentiasa menambah baik mutu peralatan serta kepakaran yang ada, Malaysia kini adalah antara tempat yang paling terkenal untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
International Living, sebuah majalah yang memberi panduan tentang tempat terbaik untuk didiami, untuk dilawat, serta untuk membuat pelaburan, mengatakan yang sebahagian daripada penyumbang kepada perkara ini adalah kerana Malaysia mempunyai “antara doktor terlatih yang terbaik di Asia – majoritinya dilatih di USA, Australia ataupun UK. Antara perkara lain yang menjadikan Malaysia destinasi keutamaan adalah kerana waktu menunggu yang sangat pendek.”
Jadi, berapa banyak yang korang perlu bayar untuk dirawat oleh salah seorang pakar terhebat negara ini sewaktu kecemasan? Sudah tentulah khidmat berkualiti tidak datang dalam harga yang murah. Malangnya, oleh kerana kebanyakan hospital swasta tidak mendedahkan harga mereka di laman web masing-masing, kami membuat keputusan untuk mengambil maklumat sedia-ada buat rawatan ibu bersalin untuk dijadikan perbandingan asas.
Institusi Perubatan | Bersalin Biasa | Bersalin Caesarean |
---|---|---|
Gleneagles Kuala Lumpur |
RM5,040 |
RM11,520 |
Assunta Hospital |
RM3,888.00 |
RM8,688.00 |
Sunway Medical Centre |
RM3,500 - RM4,500 |
RM6,500 - RM9,000 |
Pantai Hospital Kuala Lumpur (Bangsar) |
RM 5000 - RM 7000 |
RM 14000 - RM 17000 |
Columbia Asia Hospital Petaling Jaya |
RM4,300 |
RM10,799 |
**Sumber harga: Gleneagles Kuala Lumpur, Assunta Hospital, Sunway Medical Centre, Pantai Hospital Kuala Lumpur (Bangsar), Columbia Asia Hospital Petaling Jaya.
2) Penjagaan di wad
Selain daripada mendapat rawatan dan ubat, kadang-kadang kita juga perlu dijaga di dalam wad buat beberapa hari, malah mungkin untuk jangka masa panjang. Selain daripada dapat dijaga, pesakit memerlukan tempat yang tenang dan selesa untuk berehat dan mula sembuh.
Harga sebuah bilik di hospital kerajaan adalah sangat murah, namun pesakit hanya akan mendapat penjagaan asas dan tidak lebih daripada itu. Di hospital swasta, semuanya berbeza; bilik-bilik adalah dibina untuk mengutamakan keselesaan, sampaikan ada yang kelihatan seperti hotel lima bintang.
Institusi Perubatan | Wad (Sehari) |
---|---|
Hospital Kerajaan Kelas Pertama |
RM100.00 - RM300.00 |
Hospital Kerajaan Kelas Kedua |
RM50.00 |
Hospital Kerajaan Kelas Ketiga |
RM3.00 |
Gleneagles Kuala Lumpur |
RM263.00 |
Assunta Hospital |
RM220.00 |
Sunway Medical Centre |
RM285.00 |
Pantai Hospital Kuala Lumpur (Bangsar) |
RM250 – RM305 |
Columbia Asia Hospital Petaling Jaya |
RM220 |
3) Rawatan pesakit luar
Bagi sesiapa yang memerlukan rawatan tanpa sebarang penjagaan wad ataupun rawatan lanjut, di sinilah tersedianya jabatan pesakit luar. Di sini, orang ramai diperiksa dan dirawat, kemudian dibenarkan balik ke rumah. Hospital kerajaan hanya akan mengecaj RM1 bagi pelbagai khidmat – dan kadang-kala ianya percuma.
Dr Alzamani Mohammad Idrose, seorang doktor kecemasan di Hospital Kuala Lumpur pernah berkata“Buat RM1 yang anda bayar, anda biasanya akan mendapat khidmat nasihat, X-ray, ultrasound, CT scan, ujian darah dan juga ubat-ubatan, yang sepatutnya berjumlah RM1,250. Anda bayar RM1; kami serap RM1,249.”
Walaupun tiada sebarang jumlah rasmi yang boleh didapati daripada hospital swasta tentang rawatan pesakit luar mereka, yang pastinya ia lebih mahal daripada RM1!
Jangan abaikan perlindungan kesihatan korang
Tidak dinafikan yang khidmat kesihatan boleh membebankan kewangan korang, tetapi yang boleh diringankan oleh khidmat kesihatan awam di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Kos khidmat kesihatan tidaklah murah tetapi ianya diberi subsidi yang sangat besar oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan.”
Tambahan lagi, insuran kesihatan (bagi perubatan dan nyawa, jika boleh) adalah sangat digalakkan. Dengan dana yang selamat serta pelan yang komprehensif, perkara-perkara ini boleh membantu korang dan orang tersayang dalam masa yang getir dan mencemaskan.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: