Mula-mula sekali, ini beberapa fakta tentang warga tua:
-
Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan secara amnya, umur bagi seorang warga tua adalah 65 tahun.
-
Gomen mendedahkan jangka hayat bagi kedua-dua jantina di Malaysia adalah 75.2 tahun.
-
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2021, 12.3% penduduk dunia ialah warga emas. Mereka meramal angka ni bakal naik jadi 22% menjelang 2050.
-
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalankan kaji selidik ke atas keluarga Malaysia pada tahun 2014, dan mendapati 9% daripada warga tua (168,000 orang warganegara) di negara kita hidup sendirian.
-
NormalDalam kaji selidik yang sama, 4.7% (88,000 warganegara) menyatakan yang mereka tidak pernah menerima sebarang bantuan, sama ada dalam bentuk wang, keperluan harian mahupun bantuan dalam penjagaan rumah, daripada anak-anak mereka — ini boleh terjadi kepada sesiapa pun di antara kita kelak.
Jadi apa yang korang perlu rancang untuk hidup sendiri?
1) Penjagaan kesihatan
Semakin tahun berlalu, badan kita akan melalui perubahan biologi, yang meningkatkan kecenderungan kita terhadap penyakit dan juga kehilangan upaya. Kesihatan boleh dikira sebagai aspek fizikal paling penting dalam menjalani hidup yang bahagia, namun kos yang terlibat boleh membuatkan sesiapun berfikir dua kali.
Menurut laman Malaysia Health Insurance, kos perubatan meningkat dua kali ganda setiap 6 tahun, dengan peningkatan sebanyak 15% setiap tahun. Berita baiknya adalah Akta Kesihatan Swasta 1998 menyelia bayaran yang dikenakan doktor.
2) Bantuan tambahan
Kemajuan teknologi dalam sektor perubatan telah meningkatan jangka hayat sedunia. Namun, dengan kecacatan mental dan fizikal yang perlu diambil kira, kita memerlukan bantuan tambahan untuk melakukan perkara-perkara asas seperti bangun daripada katil, makan, mandi, malah untuk mengingatkan diri untuk makan ubat.

Sudah tentulah kita harapkan akan adanya seseorang yang menjaga kita di rumah sendiri. Tinggal di persekitaran yang kita sudah biasa dikelilingi insan yang kita sayang sudah pastinya cara yang terbaik untuk menghabiskan zaman tua, namun kadang kala kita perlu mengupah penjaga untuk memberikan bantuan.
Kebanyakan keluarga di Malaysia biasanya akan mengupah pembantu rumah, biasanya sebanyak RM800 sebulan. Buat sesetangah orang, pembantu rumah separuh masa sudah memadai, dengan upah RM15 sejam. Jika nak bergerak pun jadi susah dan lawatan ke hospital adalah mustahil, pembantu terlatih adalah diperlukan yang datang dengan pengalaman yang sepatutnya, malah latar belakang perubatan mungkin diperlukan.
Yuran perundingan bermula dengan RM50 setiap lawatan, tak lupa perbelanjaan lain seperti pengangkutan mereka dan juga ubat yang dibawa oleh mereka.
Ada satu lagi pilihan yang lain iaitu rumah warga emas — ini boleh mengurangkan beban kewangan. Malangnya, ini bererti anda tinggal bersama orang yang tak dikenali. Kos purata untuk tinggal di rumah warga tua adalah daripada RM700 ke RM5,000, tapi ianya mungkin berbeza-beza bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan, kualiti perkhidmatan dan juga keperluan tambahan yang lain.
3) Keperluan harian
Semakin usia korang meningkat, semakin bertambahlah keperluan korang. Kerusi gaming korang mungkin perlu diganti dengan kerusi roda; korangjuga mungkin memerlukan kerusi untuk membuang air besar di sebelah katil korang, dan bukannya iPad. Kedua-dua barang ini harganya beratus ringgit, bergantung kepada jenama. Korang juga mungkin memerlukan lampin dewasa, yang berharga RM16 setiap pek 8-helai dari Lotus (Tesco).
Pemakanan korang pun kena jaga, beberapa produk perlu diambil setiap hari demi kesihatan dan juga stamina yang lebih baik.
Contohnya adalah tepung susu tambahan ‘Ensure’ yang berharga RM31.85 setin di Lotus yang boleh bertahan seminggu dua. Makanan yang lembut juga boleh ditambah bagi membantu korang mengunyah dan menelan.
Oleh kerana kemalangan lebih mudah berlaku disebatkan kehilangan ingatan dan kadar tindak balas yang lebih perlahan, korang perlu menyimpan bekalan ubat-ubatan yang asas. Ini termasuklah kain kapas, kain pembalut, kain lap basah dan juga sarung tangan getah.
Menjaga warga emas ni bukan benda senang

Dengan keperluan perubatan banyak, penjagaan setiap masa, serta kos yang tinggi. Seperti yang telah kami nyatakan di atas, bukan mudah jika korang perlu melakukan semuanya sendiri!
Walaupun perancangan hari tua boleh mengurangkan beban kewangan, mungkin perkara yang paling penting yang korang perlu buat tahun-tahun terakhir adalah sokongan yang kuat dan juga hubungan yang kukuh. Berlainan daripada keperluan fizikal, aspek penjagaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Inilah masanya anda memerlukan keluarga dan sahabat.
Bagi sesetengah kes, ada keluarga yang memilih rumah warga tua disebabkan kesempitan wang dan kekangan masa, bukannya kerana mereka ingin memutuskan hubungan dengan ibu-bapa mereka. Kadang-kala sebuah pusat yang menjaga warga tua 24/7 mungkinlah satu-satunya pilihan yang ada, namun anak-anak masih perlu melawat ibu-bapa mereka bila mana boleh.
Ingatlah yang ibu bapa kita sudah berhempas pulas dan berkorban daripada segi mental, fizikal, dan kewangan demi membesarkan kita. Namun mereka tetap melakukannya tanpa keluh kesah, tanpa mengharapkan balasan. Sebab itulah kita perlu membalas kasih sayang mereka dan memastikan zaman kemuncak mereka terjaga.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.