Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

BY Team Loanstreet

Updated 31 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Walaupun ramai orang akan berasa tertekan dan musykil setelah mendengar pandangan yang jelas mengenai manfaat pelan insuran yang berbeza; mengikut pengalaman kami, ramai yang membuat pilihan yang salah. Kami bukan nak  mendedahkan kepada korang pelan insuran yang terbaik di sini, tetapi lebih kepada nak korang pertimbangkan faktor-faktor di bawah semasa korang nak beli insurans. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Usia

 

Muda-muda ni memang kurang fikir pasal insurans sebab masih sihat, kan? Tapi ada untungnya kalau korang beli insurans masa muda, sebab premium yang korang kena bayar pun lebih rendah. Bila dah berumur, lagi banyak perlindungan yang diperlukan sebab risiko kesihatan pun dah meningkat.

 

Jangan tunggu sampai ada penyakit baru nak beli insurans. Kalau tunggu sampai dah ada penyakit, insurans mungkin tak cover penyakit korang tu atau korang kena bayar lebih untuk dapatkan perlindungan tambahan. Jadi, lebih baik beli insurans awal-awal.

 

Tip: Beli insurans masa muda dan sihat. Bayar premium pun lebih rendah, dan korang boleh tambah perlindungan bila dah masuk umur pertengahan.

 

2. Kemampuan

 

 

Insurans boleh jadi mahal kalau korang ambil pelan yang merangkumi banyak jenis perlindungan. Yang penting, beli pelan yang sesuai dengan kemampuan korang. Kira dulu bajet bulanan korang, tolak simpanan dan perbelanjaan tetap, tengok berapa yang korang mampu bayar untuk insurans.

 

Kalau rasa premium terlalu tinggi, ambil pelan yang lebih rendah. Yang penting, korang masih ada perlindungan walaupun tak sepenuhnya.

 

3. Sejarah Keluarga

 

 

Secara kasarnya, 7 dari 10 penyebab utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit yang kebiasaannya diwarisi. Kalau keluarga korang pernah jatuh sakit disebabkan oleh salah satu penyakit yang diwarisi, maka mengambil perlindungan untuk penyakit itu adalah satu keperluan. 

 

Baik korang ambil insuran di usia yang muda untuk dapatkan  perlindungan dengan premium yang rendah. Tapi ingat, syarikat insurans mungkin naikkan premium kalau korang ada risiko penyakit keturunan.

 

4. Rawatan luar negara

 

Kalau penyakit keluarga korang memerlukan rawatan dari doktor di luar negara, korang kena consider ambil pelan insurans yang cover rawatan luar negara. Tapi ingat, insurans mungkin hanya cover negara atau hospital tertentu. Kadang-kadang, mereka cuma bayar ikut kos rawatan dalam negara.

 

Contoh, kalau rawatan di luar negara kos RM100 ribu tapi rawatan dalam negara hanya RM50 ribu, korang kena bayar baki RM50 ribu tu sendiri. Jadi walaupun rawatan luar negara memang terjamin, tapi boleh makan kos yang tinggi.

 

Tip: Ambil insurans untuk rawatan di luar negara kalau tahu penyakit keluarga korang mungkin perlukan rawatan di luar negara.

 

5. Gaya hidup

 

 

Bukan semua orang mengamalkan gaya hidup yang sihat malah ramai yang diabui oleh sejarah kesihatan yang baik. Kalau korang  tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi seperti perokok, peminum arak dan obes, korang kena beli insurans yang cover kesan dari gaya hidup ni.
 

Sebagai contoh, menghisap rokok adalah punca utama kanser paru-paru manakala ketagihan arak boleh membawa kepada kerosakan hati dan obesiti pula boleh menyebabkan sakit jantung, strok dan kencing manis.

 

6. Sejarah perubatan yang lepas

 

Kalau korang ada sejarah perubatan atau kerap dapat rawatan, pelan insurans dan kad perubatan adalah penting untuk pastikan korang bersedia dari segi kewangan. Korang boleh tambah perlindungan kalau perbelanjaan perubatan korang tinggi.

 

Buatlah pilihan bijak untuk perlindungan korang

 

Faktor-faktor yang disenaraikan di atas boleh digunakan sebagai garis panduan yang berguna bila korang nak pilih pelan insuran nanti. Ingat, korang kena beli insurans ikut bajet dan keperluan korang sahaja. Insurans bukan untuk susahkan hidup, tapi untuk lindungi korang.


Begitu juga dengan insurans kenderaan korang, pastikan korang membayar premium yang sesuai untuk keperluan dan kemampuan kenderaan korang. Kalau korang nak check pelan yang lebih baik untuk kenderaan korang , lawati halaman insurans kereta dan insurans motorsikal kami. Kalau pelan polisi yang ditawarkan sesual untuk korang, korangboleh terus membuat pembelian secara online. 

 

Mudah kan?

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?