Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Perkara Yang Wajib Korang Tahu Bila Menggunakan Insurans Perubatan

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


 Dengan kerjasama 

Kita semua sedia maklum akan kos perbelanjaan klinik dan hospital swasta yang mahal. Sebab tu lah kita perlukan bantuan untuk melangsaikan bil perubatan yang tinggi menggunung jumlahnya ini. Bagi yang dah ada insurans perubatan, pasti korang setuju kalau admin cakap nak settlekan hal insurans ni bukan senang malah menakutkan sebab kita tak berapa faham dengan istilah-istilah yang digunakan. Bukan tu je, merunsingkan pulak tu.

Tapi kan, perkara ni tak sepatutnya halang korang daripada tahu hak-hak korang sebagai pemegang polisi insurans untuk elak sebarang masalah di kemudian hari. Sebab tu lah admin dah mintak Prudential terangkan perkara yang korang kena tau bila gunakan insurans perubatan. - So, ini yang admin dapat kumpulkan:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Fahami perlindungan yang disediakan dalam polisi perubatan korang


Benda pertama yang korang kena buat bila dapat polisi perubatan adalah baca dan fahamkan apa yang polisi tersebut lindungi dan apa yang TAK dilindungi. Jangan tunggu bila dah sakit tenat atau bila dah terlibat dalam kemalangan baru nak ambik insurans perubatan - Memang silap besar lah, ini boleh memburukkan lagi kesihatan dan membebankan kewangan korang.

Contohnya, ada sesetengah perkara yang kebanyakan syarikat insurans memang tidak lindungi seperti penggunaan vitamin atau supplemen untuk jadi cantik atau meningkatkan fungsi badan, termasuklah rawatan elektif, kosmetik dan eksperimen.




Korang jugak kena ambil tahu jumlah lindungan maksimum bagi polisi perubatan korang, sama ada;

a) Had bilik (kos bilik korang setiap malam)
b) Had tahunan (amaun maksimum yang korang boleh tuntut setiap tahun), atau
c) Had seumur hidup (amaun maksimum yang polisi anda benarkan untuk tuntut)

Misalnya, kalau kos rawatan korang RM30,000 tapi had tahunan pelan perubatan korang cuma RM20,000, korang perlu bayar lebihan baki RM10,000 menggunakan duit korang sendiri.

Korang pun wajib ambik tahu sama ada skim pembayaran insurans korang ni pelan insurans penuh atau pelan perkongsian kos macam deduktif tahunan atau insurans bersama (co-insurance). Bagi pelan insurans penuh, korang akan diinsuranskan dengan jumlah penuh bil perubatan korang (tertakluk kepada had manfaat yang disediakan) tapi kalau pelan insurans korang jenis perkongsian, korang kena bayar jumlah tetap/berubah dulu baru boleh dapat manfaat.



Macam ni, selalunya lah kan, orang beli insurans perubatan untuk kegunaan jangka panjang, bukannya time urgent masuk hospital baru terhegeh-hegeh beli insurans. Jadi, lagi jimat lah beli pelan insurans perubatan bersama sebab dapat manfaat premium yang lebih rendah. Kalau korang masuk hospital, bil rawatan perubatan korang hanya akan ditanggung oleh syarikat insurans sebanyak 80% manakala selebihnya (20%) korang kena bayar sendiri.

Ayat mudahnya, korang kena tahu dan faham apa yang polisi insurans korang lindungi untuk elak sebarang isu kewangan di kemudian hari. Kalau dah faham baru boleh beli pelan insurans yang paling sesuai dengan keperluan dan status kewangan korang. Bab ni pulak korang kena lah duduk berbincang sendiri dengan ejen insurans korang.


2. Dapatkan pendapat kedua sebelum mulakan rawatan


Nak buat keputusan pasal rawatan perubatan ni bukannya macam main masak-masak. Pasti banyak soalan yang akan bermain di fikiran korang seperti: Bedah je ke jalan penyelesaiannya? Perlu ke ambik test mahal macam tu? Patut dapatkan rawatan sekarang ke, atau tunggu dulu?

Jawapan dia cuma korang je yang tau. Yang penting, korang tak membuat keputusan secara melulu. Tak de apa yang pelik pun kalau korang terpikirkan soalan-soalan macam ni.



Untuk jawab soalan-soalan ni, ada baiknya kalau korang berbincang dengan beberapa doktor. Dapatkan pendapat kedua untuk bantu korang dalam membuat keputusan. Korang tidak perlu khuatir jika doktor korang akan terasa hati kerana mendapatkan pendapat kedua ini merupakan perkara yang normal. Korang boleh meminta rujukan daripada doktor dan pakar perubatan yang lain. Tak pun bincang lah dengan doktor korang mengenai rawatan lain yang ada selain yang ditawarkan.

Selain tu, rajin-rajinlah bertanya kat syarikat insurans perubatan korang kalau pelan korang cover pendapat kedua sekali. Korang boleh dapatkan pendapat perubatan yang kedua untuk sesetengah masalah kesihatan yang serius dari doktor yang mempunyai kepakaran dalam masalah kesihatan korang sebelum dimasukkan ke hospital. Tapi kalau korang tak pasti nak tanya apa, jangan risau, admin dah compile kan list soalan untuk senangkan urusan korang.


5 SOALAN untuk korang tanya doktor sebelum menjalani apa-apa ujian, rawatan atau prosedur.

 
1. Perlu ke saya teruskan test/prosedur ni? Ujian perubatan ni sebenarnya dapat membantu korang dan doktor korang atau pengamal perubatan lain untuk rawat masalah kesihatan korang; prosedur rawatan ni pulak untuk membantu merawat masalah kesihatan korang tu.
2. Apa risiko yang bakal dihadapi? Akan ada kesan sampingan ke? Macam mana kalau dapat result ujian yang tak tepat? Kena buat ujian atau prosedur lain ke?
3. Ada tak pilihan yang lagi mudah dan selamat? Senang je, korang lah yang kena ubah cara hidup korang macam jaga pemakanan dan bersenam selalu.
4. Apa akan jadi kalau tak buat apa-apa? Tanya lah sama ada keadaan korang akan jadi lagi parah atau tak sekiranya korang tak buat ujian/prosedur tu secepat mungkin.
5. Berapa kos yang perlu dibayar? Korang kena tanya kalau ada ujian, rawatan atau prosedur yang lagi murah, perlindungan yang disediakan oleh pelan insurans korang dan penggunaan ubat-ubatan yang biasa dan bukannya ubat-ubatan yang berjenama.


3. Korang tak payah masuk hospital kalau tak perlu


Tunggu jap, sebelum korang masuk hospital untuk menjalani rawatan, tanya dulu: prosedur ni memerlukan korang masuk hospital atau boleh buat melalui prosedur daycare? Apa pulak prosedur daycare ni? Ok, prosedur daycare ni adalah pembedahan pra-rancangan yang membolehkan korang dimasukkan ke hospital dan discharged pada hari yang sama. 
Senang kata, korang tak perlu lah kena tahan dekat wad. Benda ni korang boleh tanya ejen insurans korang sendiri. 



Ye admin tau, banyak buah mulut kat luar sana yang cakap korang hanya boleh claim insurans perubatan sekiranya korang masuk hospital. Ini TAK SAHIH, okay. Kebanyakan polisi insurans perubatan tak memerlukan korang masuk hospital pun (melainkan perlu lah...adoi) untuk korang layak buat claim. Make sure korang check balik polisi insurans korang supaya tak de salah faham lagi. Tak nak dah pening-pening okay, check betul-betul.

Ada jugak lah yang akan cakap "eh, dah kalau polisi insurans saya ni cover masuk hospital, kenapa tak gunakan?" Ishh mencegah tu kan lagi baik dari mengubati. Kalau boleh, elak lah masuk hospital, mana tau berjangkit penyakit lain pulak sebab hospital ni tak sebersih yang korang sangka - nanti kena tahan kat hospital lagi lama. Lagi satu, masuk hospital boleh kurangkan had perlindungan insurans korang kot. Jadinya, tak kisah lah had tahunan ke, had seumur hidup, tak perlulah bazirkan kat perkara yang memang tak perlu.


4. Periksa bil hospital korang

 

Selalunya lah kan, kita macam endah tak endah je kat bil hospital sebab kita tau insurans kita dah cover bil hospital tu. Korang yang pernah masuk hospital tu mestilah tau betapa kompleks dan mengelirukan bil hospital ni, sebab tu semua pakat malas nak check. Tapi kan, walaupun benda ni nampak leceh, korang sebenarnya patut ambik kisah bil korang, terutamanya kalau ada caj yang pelik-pelik. Contohnya, caj ubat-ubatan yang korang tak ambik, servis yang anda sikit pun tak guna atau harga rawatan yang tak masuk akal langsung.

Ye betul, insurans korang dah cover part bil hospital, tapi korang janganlah pandang ringan hal ni. Kalau korang terbayar lebih dari yang sepatutnya, boleh jejaskan had tahunan/seumur hidup insurans korang .


5. Tahu macam mana nak claim


Tak tau langsung macam mana nak claim? Tak pe, ni admin ada bagi guide untuk korang buat claim dengan semudah mungkin. Sebelum tu, korang kena faham dulu yang prosedur nak claim insurans ni berbeza ikut insurans apa yang korang guna dan polisi yang disediakan.



Jangan pelik kalau korang kena bayar bil perubatan tu dulu dan claim kemudian. Itu normal okay. Pastikan korang buat claim secepat mungkin sebab kalau bertangguh terlalu lama, mungkin syarikat insurans korang reject claim korang. Ha, kan dah rugi. Sebabnya, kebanyakan polisi pembayaran balik dalam insurans korang tu perlukan korang hantar claim korang dalam tempoh masa 30 hari dari hari kejadian.

Kalau tak pasti tak pe, syarikat insurans ada sediakan prosedur claim dekat laman web diorang. Korang log in je dan ikut langkah yang disediakan. 

Tak kisahlah claim jenis apa yang korang ada, jangan lupa maklumkan kat ejen insurans korang sekiranya korang bercadang nak dapatkan rawatan atau perlu masuk hospital dengan secepat mungkin.


Senang cerita, korang kena jadi pengguna yang bijak dan fahami perlindungan yang disediakan oleh insurans perubatan korang


Sekarang korang dah tau dan faham kan tentang insurans perubatan? Bolehlah buat keputusan yang bijak untuk kesihatan fizikal mahupun keadaan kewangan korang. Ha, sebelum terlupa, at least setahun sekali korang kena check pelan perubatan, sebabnya kadar inflasi perubatan dah semakin melampaui kadar inflasi umum. Besar kemungkinan, pelan yang korang beli dulu dah tak cukup untuk tampung keperluan jangka masa panjang korang.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

Baca Jugak:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover