Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Mampukah anda jatuh sakit di Malaysia?

Updated 24 Jan 2018 – By Loanstreet


Kos perubatan di Malaysia bukan perkara kecil. Mengikut kajian yang dibuat oleh Kesatuan Insurans Malaysia, secara purata, kos perubatan telah meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini bermakna ia bertambah dua kali ganda setiap enam tahun.

Selain daripada menyimpan wang untuk hari-hari persaraan anda, anda juga perlu menyimpan untuk waktu kecemasan. Kadang-kala, tidak kiralah betapa sihat pun gaya hidup yang kita cuba jalani, malang datang tidak berbau. Kemalangan atau penyakit boleh datang bila-bila masa yang memerlukan segenap jumlah simpanan anda. Persoalannya: adakah anda akan memilih penjagaan kesihatan kerajaan ataupun swasta?

1) Rawatan

Institusi kesihatan kerajaan sudah tentunya mengecaj jumlah yang sangat sedikit berbanding pihak swasta; lihat sahaja jadual bayaran di bawah (anda boleh lihat senarai yang lebih terperinci di sini), diambil daripiada Kementerian Kesihatan.

*Mengandaikan bahawa rawatan yang dipilih adalah Kelas Pertama.

Oleh kerana hospital dan klinik kerajaan biasanya sangat sibuk disebabkan oleh nisbah doktor ke pesakit yang tinggi, biasanya anda perlu menunggu buat tempoh yang agak lama untuk mendapatkan diagnosis dan juga rawatan. Menurut data terkini daripada Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia mempunyai nisbah 1.281:100, yang bermakna kita cuma ada seorang doktor bagi setiap 1,000 orang.

Di hospital swasta pula, harga yang dicaj biasanya sangat tinggi atas sebab yang munasabah: mereka harus mematuhi piawai antarabangsa untuk menyediakan khidmat kesihatan yang terbaik. Malah oleh kerana mereka sentiasa menambah baik mutu peralatan serta kepakaran yang ada, Malaysia kini adalah antara tempat yang paling terkenal untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

International Living, sebuah majalah yang memberi panduan tentang tempat terbaik untuk didiami, untuk dilawat, serta untuk membuat pelaburan, mengatakan yang sebahagian daripada penyumbang kepada perkara ini adalah kerana Malaysia mempunyai “antara doktor terlatih yang terbaik di Asia – majoritinya dilatih di USA, Australia ataupun UK. Antara perkara lain yang menjadikan Malaysia destinasi keutamaan adalah kerana waktu menunggu yang sangat pendek.”

Jadi, berapa banyak yang anda perlu bayar untuk dirawat oleh salah seorang pakar terhebat negara ini sewaktu kecemasan? Sudah tentulah khidmat berkualiti tidak datang dalam harga yang murah. Malangnya, oleh kerana kebanyakan hospital swasta tidak mendedahkan harga mereka di laman web masing-masing, kami membuat keputusan untuk mengambil maklumat sedia-ada buat rawatan ibu bersalin untuk dijadikan perbandingan asas.

**Sumber harga: Gleneagles Kuala LumpurAssunta HospitalSunway Medical CentrePantai Hospital Kuala Lumpur (Bangsar)Columbia Asia Hospital Petaling Jaya.

2) Penjagaan di wad

Selain daripada mendapat rawatan dan ubat, kadang-kadang kita juga perlu dijaga di dalam wad buat beberapa hari, malah mungkin untuk jangka masa panjang. Selain daripada dapat dijaga, pesakit memerlukan tempat yang tenang dan selesa untuk berehat dan mula sembuh.

Harga sebuah bilik di hospital kerajaan adalah sangat murah, namun pesakit hanya akan mendapat penjagaan asas dan tidak lebih daripada itu. Di hospital swasta, semuanya berbeza; bilik-bilik adalah dibina untuk mengutamakan keselesaan, sampaikan ada yang kelihatan seperti hotel lima bintang.


***Mengandaikan bahawa jenis bilik yang dipilih adalah Kelas Pertama.

3) Rawatan pesakit luar

Bagi sesiapa yang memerlukan rawatan tanpa sebarang penjagaan wad ataupun rawatan lanjut, di sinilah tersedianya jabatan pesakit luar. Di sini, orang ramai diperiksa dan dirawat, kemudian dibenarkan balik ke rumah. Hospital kerajaan hanya akan mengecaj RM1 bagi pelbagai khidmat – dan kadang-kala ianya percuma.

Jika anda sukar untuk mempercayai perkara tersebut, mungkin kata-kata Dr Alzamani Mohammad Idrose, seorang doktor kecemasan di Hospital Kuala Lumpur, akan meyakinkan anda. “Buat RM1 yang anda bayar, anda biasanya akan mendapat khidmat nasihat, X-ray, ultrasound, CT scan, ujian darah dan juga ubat-ubatan, yang sepatutnya berjumlah RM1,250. Anda bayar RM1; kami serap RM1,249.”

Walaupun tiada sebarang jumlah rasmi yang boleh didapati daripada hospital swasta tentang rawatan pesakit luar mereka, yang pastinya ia lebih mahal daripada RM1!

Kesimpulan

Tidak dinafikan yang khidmat kesihatan boleh membebankan kewangan anda, tetapi yang boleh diringankan oleh khidmat kesihatan awam di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Kos khidmat kesihatan tidaklah murah tetapi ianya diberi subsidi yang sangat besar oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan.”

Tambahan lagi, insuran kesihatan (bagi perubatan dan nyawa, jika boleh) adalah sangat digalakkan. Dengan dana yang selamat serta pelan yang komprehensif, perkara-perkara ini boleh membantu anda dan orang tersayang dalam masa yang getir dan mencemaskan.

Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Segalanya yang perlu anda tahu mengenai BR1M 2018

Segalanya yang perlu anda tahu mengenai BR1M 2018

Insurans perjalanan: kad kredit atau konvensional?

Insurans perjalanan: kad kredit atau konvensional?

5 benda yang anda mungkin tak tahu pasal KWSP

5 benda yang anda mungkin tak tahu pasal KWSP