Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover

BY Team Loanstreet

Updated 27 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

*Artikel ini asalnya ditulis oleh Philippe Andrews. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Bagi setiap penunggang motosikal kat Malaysia, korang WAJIB ada insurans ya-tak kisahlah kalau korang bawak kapcai tua sendu ke, Harley Davidson ke, bawak kat bandar ke kampung…insurans TETAP kena ada.

Tapi, korang tahu ke perlindungan insurans yang korang bayar tu untuk apa sebenarnya? Dan, korang tahu ke had dan situasi yang tak di-cover oleh polisi insurans motosikal korang?

Kalau tak, jom baca artikel ni untuk dapatkan kepastian.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Penunggang selain pemilik motosikal


Rakyat Malaysia ni memang terkenal budaya murah hati. Keluarga Malaysia lah katakan. Cuma, bila masuk bab pinjam-meminjam motosikal ni, kami rasa korang kena lebih berhati-hati kut. 
 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

Bukan apa, polisi insurans motosikal ‘Single Rider’ ni takkan bayar ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan oleh penunggang yang tak termasuk dalam polisi tu.

Tapi chill lah, ekceli korang boleh je add on ‘All Riders’. Bila korang dah add on All Riders, motosikal korang akan sentiasa dilindungi tak kisahlah siapa pun yang tunggang. 

Walaupun premium insurans akan jadi lebih tinggi, tapi sesuailah kalau korang ni sejenis yang tak sampai hati nak tolak kalau ada member nak pinjam motor. 

Sekurang-kurangnya kalau dah jadi apa-apa kat motor korang, wallet korang selamat…hati pun tak sakit.


2. Aksesori/bahagian motosikal kena curi


Bayangkan korang bangun pagi dan sedar-sedar tayar motor kena rembat. Konfem korang akan call ejen insurans untuk report kejadian tersebut, kutlah boleh dapat ganti rugi.
 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover
Sumber Imej: Sinar Harian

Tapi sayang, cerita dia memang TAK DAPAT lah apa yang korang hajatkan.  Sebab, polisi insurans motosikal biasanya tak cover kecurian bahagian atau aksesori motosikal, melainkan keseluruhan motosikal tersebut lesap sekali atau korang dah buat perjanjian khas dengan pihak insurans sebelum terjadinya kes kecurian tersebut.

Dah jadi camni, korang janganlah buat laporan palsu pulak, cakap sebiji motosikal hilang, padahal sebiji tayar je yang kena rembat. Kalau kantoi menipu, dah kena sabit kesalahan jenayah.


3. Kerosakan akibat perang


Nampak macam over sikit lah kan memandangkan Malaysia ni dah lama tak terlibat dengan perang, syukur #malaysiamasihaman. Tapi, tak salah pun untuk tahu sejauh manakah polisi insurans mampu melindungi korang.

Tak kisahlah polisi perlindungan jenis apa yang korang ambik. Sama ada:
 

  • Pihak Ketiga

  • Pihak Ketiga serta Kebakaran dan Kecurian

  • Perlindungan Komprehensif
     

 Perang tak dikira sebagai suatu bentuk kerosakan yang termasuk dalam polisi perlindungan. 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

Sumber Imej: Cari Infonet


Tapi, korang masih boleh lindungi motosikal korang daripada kerosakan gangguan sivil macam rusuhan, mogok, bantahan awam atau pun protes dengan memilih pelan add on dalam polisi perlindungan korang. Benda ni pun taklah seteruk perang tapi boleh diaktakan kerap jugak terjadi kat negara kita.
 

4. Kerosakan disebabkan menunggang di bawah pengaruh bahan terlarang


loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

Sumber Imej: Sinar Harian


Kadang-kadang, kita ingat kita dah cukup selamat bila kita ada insurans dan kita bayar premium. Ada sesetangah tu, tak ambik endah pun had polisi insurans yang diorang ambik.

Korang kena faham ya, kalau ada antara kita yang memandu dibawah pengaruh dadah atau alkohol, pihak insurans takkan bayar pampasan sekiranya berlaku sebarang kerosakan!

Dah terang lagi bersuluh yang memandu atau menunggang di bawah pengaruh bahan seperti alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan kecederaan kepada orang lain adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara dengan tempoh 3 hingga 10 tahun dan didenda sebanyak RM8,000 sehingga RM20,000 mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,

Kalau motor rosak, boleh repair. Kalau nyawa melayang? Camne?


5. Kemalangan jalan raya kat luar negara


loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

Sumber Imej: Astro Awani


Tang ni, payah sikitlah nak cerita sebab insurans yang korang ambik pun ada kira had sempadan dan sekatan antarabangsa jugak.

Polisi insurans motosikal korang takkan tanggung sebarang kemalangan atau kerosakan yang terjadi kat luar negara. Contohnya, bila korang berkonvoi ke Vietnam atau Laos atas sebab polisi tu hanya cover kat dalam Malaysia dan undang-undang jalan raya tempatan secara khusus.

Sebenanrya, ada je sesetengah  syarikat insurans macam AIG yang boleh luaskan kawasan yang dilindungi oleh polisi - korang boleh hantar claim andaikata motosikal korang rosak masa kat Brunei atau Singapura.

Selain tu, korang jugak boleh beli pelan add on untuk tambah jumlah kawasan atau negara untuk gunakan polisi korang.

Ni adalah satu benda yang korang kena mintak ejen insurans korang jelaskan masa nak beli insurans motosikal tau. 


6. Claim yang melebih-lebih


“Habis calar kot motosikal aku sebab eksiden tadi. Ah, dah alang-alang, baik report rosak teruk je!”

Kalau nak diikutkan, tindakan kita tu nampak macam munasabah. Yelah, rosak sikit ke banyak ke, rosak tetap rosak, kan? Pastu nak repair motosikal pun bukannya sekejap, tak pasal-pasal je kena tunggu pulak. Adil lah kalau korang submit claim yang banyak, kan?
 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

Admin faham korang tengah beremosi, tapi bab adil tak adil tu cerita lain. Sebabnya, untuk setiap claim insurans yang korang hantar, pihak insurans akan siasat dulu ikut apa yang korang tuntut sebelum sahkan segala kerosakan tu sama macam yang diterangkan dalam claim. Jumlah ganti rugi yang dituntut sepatutnya sama dengan tahap kerosakan kenderaan dan disokong oleh laporan polis yang sah.

Sekiranya kantoi yang korang sengaja menambah-nambah jumlah tuntutan, claim tersebut mungkin akan ditolak. Nasib tak baik, insurans motosikal korang mungkin terbatal untuk elakkan kemungkinan penipuan insurans.


7. Kerosakan yang disebabkan oleh bencana nuklear


Pengajaran yang patut kita ambik di sebalik bencana nuklear yang jadi kat Chernobyl dan Fukushima- bencana camni boleh jadi pada waktu paling kita tak sangka, dan kerosakan yang diakibatkan oleh letupan ni sememangnya tak boleh dibendung. Jadi, kita tak boleh pandang remeh.
 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover
Sumber Imej: Iluminasi

Mungkin sebab tulah insurans motosikal TAK cover kerosakan yang diakibatkan oleh nuklear. Boleh jadi yang kerosakan disebabkan bahan radioaktif jugak akan bertambah teruk dari masa ke semasa, So, keadaan ni akan menyusahkan pihak insurans untuk berterusan membayar ganti rugi kat korang.


Tapi, tu tak bermaksud korang tak perlu ada insurans motosikal


Jangan pulak korang ingat insurans motosikal korang tu sebenarnya tak berguna disebabkan 7 situasi yang kami nyatakan kat atas. Apa yang korang perlu buat ialah beli insurans yang sesuai dengan gaya hidup korang.

Tapi camne nak tahu polisi mana yang terbaik untuk korang? Senang je, Loanstreet boleh tolong settlekan bab tu. Korang hanya perlu klik je imej kat bawah ni untuk beli/perbaharui roadtax dan insurans motosikal korang. 
 

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...