Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Boss, Berapa Harga Lesen Memandu Kereta & Motosikal?

BY Nisya Aziz

Updated 21 Nov 2019




Sekarang ni semua benda dah naik, termasuklah lesen memandu. Kalau takde lesen, memang rasa patah kaki - rasa pishang, bak kata orang muda. Nak nak yang duduk kawasan-kawasan yang takde akses public transport.  Takkan nak drive/tunggang sana-sini tanpa lesen pulak, kan? Ish, jangan buat PE. RA. NGAI! Kalau eksiden (mintak jauh), tak boleh claim insurans tau - sebab takde lesen yang sah. Lepas tu, ditambahkan pulak dengan saman. Menangislah korang kat hujung bucu katil tu mengenangkan nasib.

Jadi, untuk korang yang tengah cari penyakit ni, admin harap pintu hati korang akan terbuka untuk ambik lesen. Takdelah mahal sangat pun. Kalau tak have-have, boleh kumpul duit. Tak tahu harga? Takpe, sebab tu lah korang tengah baca artikel ni. Mesti korang tengah tertanya-tanya...
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


“Mahal tak harga lesen kereta dan motosikal?”

Kalau korang nak tahu, Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) di bawah pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dah pun buat penetapan harga siling bagi yuran lesen memandu. Tapi, tak banyak pun institut memandu yang follow kadar harga tu. 

Cuba tengok perbezaan harga dia…
 
Harga Lesen Kereta & Motosikal Terkini
Kategori Kelas Harga Siling *Harga Institut Memandu (Anggaran)
Motosikal tidak melebihi 250 cc B2 RM350 RM350 - RM500
Motosikal tidak melebihi 500 cc B RM900 RM900 - RM1,100
Kereta transmisi Manual D RM1,150 RM1,150 - RM1,300
Kereta transmisi Automatik DA RM1,250 RM1,250 - RM1,500
*Ini hanyalah anggaran yang dibuat berdasarkan survey yang admin buat. Harga yuran boleh melebihi harga anggaran sebab dia bergantung kepada perkhidmatan yang dicaj oleh pihak institut memandu.


Nampaknye JPJ macam relaks je dengan kenaikan harga ni selagi Institut memandu tak mencekik darah... 


Sumber imej: Metro Driving Academy

Kat laman web JPJ ada tulis:

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menetapkan kadar harga untuk belajar memandu di Institut Memandu. Sebagai calon belajar memandu, adalah tangggungjawab calon supaya membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di beberapa buah Institut Memandu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk belajar memandu di sesebuah Institut Memandu.”


Mengikut laporan dari paultan.org, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman ada sebut pasal isu ni, “Institusi Memandu tidak boleh mengenakan harga lesen yang lebih daripada yang ditetapkan tetapi berdasarkan pemantauan yang dilakukan harga yang tinggi disebabkan caj tambahan yang dikenakan institusi berkenaan”.

Dia ada buat ulasan yang kebiasannya caj tambahan ni dikenakan bila institut memandu tu perlu ambik dan hantar pelajar (korang). Tapi diorang kena letak breakdown harga tu kat dalam resit lah.


Sumber imej: Free Malaysia Today

Menteri Pengangkutan kita, Anthony Loke, dah pun kasi warning pasal benda ni. Dia kata: 

“Pengguna berhak untuk mengetahui apa yang telah mereka bayar. Institut memandu boleh mengutip bayaran tambahan seperti perkhidmatan ulang alik dari rumah ke institut tetapi ia hanya pilihan dan perkhidmatan itu perlu dipaparkan dalam resit. Institut memandu tidak boleh memaksa pelajar mengambil pakej yang ditetapkan.

“Bagi mereka yang melanggar peraturan ini, saya tidak akan teragak-agak membatalkan lesen IM, yang perlu diperbaharui setiap tahun,” katanya, serta menyarankan pelajar menolak dan membuat laporan sekiranya ada pihak yang mengenakan kos yang lebih tinggi.”


Kesimpulannya, buatlah pilihan yang bijak.  Kalau Institut Memandu tu charge harga yang melampua, korang boleh buat aduan di aduan@jpj.gov.my .

Selamat berjaya!

p.s. Untuk korang yang dah ada lesen dan kereta/motosikal, kalau nak renew insurans motosikal atau kereta dengan road tax tu, boleh KLIK SINI.


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!