Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kereta Apa Yang Layak Dibeli Dengan Gaji Korang?

BY Diyana Ridzyianty

Updated 13 Dec 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

 

Pasti ramai dalam kalangan kita yang sekarang tengah survey untuk beli kereta. Lagi-lagi geng fresh grad yang baru berjinak-jinak dalam dunia pekerjaan. Mungkin ada yang rasa “better naik public transport dapat jimat sikit duit” tapi .... bukan semua orang bernasib baik dapat lokasi kerja yang senang nak akses public transport kan? 
 

Berita Astro Awani dah announce, Kementerian Kewangan (MOF) dah lanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan kereta ke atas semua kenderaan penumpang sehingga hujung tahun ini guys! So, kira murah la sikit bayaran yang dikenakan untuk beli kereta sekarang ni!

Oleh itu, bagi korang yang tengah plan nak beli kereta tapi tak tahu nak mula dari mana. Kali ini, team Loanstreet nak share sikit dua tips ideal untuk bantu korang beli kereta mampu milik yang sesuai dengan gaji bulanan korang.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Total gaji setahun korang berapa?



Sumber imej: Berita Harian


Kebiasaannya bila plan nak beli kereta ni mesti ramai yang mula imagine kereta idaman mereka. Teringin nak pakai Honda, pakai Mercedes dan mungkin ada juga yang awal-awal lagi dah set dalam kepala nak pakai Myvi je sebab “Myvi lejen atas jalan”. 


Apapun jenis kereta idaman korang itu tak jadi masalah sebab nama pun idaman .... cuma korang kenalah berpijak dibumi yang nyata dan sedar dengan kemampuan korang. Untuk langkah selamat, better korang beli kereta yang harganya tak lebih dari jumlah angka gaji setahun korang.
 

Sebagai contoh, gaji korang sebulan RM3000;

 

RM3000 x12 bulan = RM36 ribu

 

So, korang disarankan untuk cari kereta yang bernilai bawah daripada RM36 ribu ye. Zaman sekarang ni dah banyak la kereta yang harga below 36K weh so don’t worry okay! Tapi tula, kalau korang nak beli kereta yang harga kayangan sikit macam Honda Civic tu, ikut pada kelayakan memang boleh lepas beb, tapi korang kena fikir juga komitmen hidup yang lain. 


Just imagine, kalau beli Honda Civic sebulan kena bayar around RM1200, itu baru bayar ansuran kereta weh belum kira minyak petrol, tol, parking, servis kereta lagi haa. Tambah lagi komitmen lain mau pokai habis duit gaji dekat kereta saja, huhu.


2. Pastikan commitment ansuran bulanan tak lebih 15% dari gaji bersih!

 



Lagi satu cara ideal yang boleh bantu korang untuk berjimat sikit dalam bab beli kereta adalah dengan memastikan korang bayar duit kereta bulan-bulan tu tak lebih daripada 15% gaji bersih korang. 


Contohnya, gaji korang RM3000;


15% daripada RM3000 = RM450

 

Maksudnya disini, bayaran ansuran kereta bulanan korang tu kalau boleh tak lebih daripada RM450. Kenapa 15% je?? Sebabnya korang kena ingat beli kereta ni bukan macam beli baju kat Shopee ye guys, sekali je buat payment dah settle. Tak semudah itu ye. Bila korang dah set nak beli kereta, korang kena sedar yang ada lagi kos tambahan yang perlu ambil kira tiap bulan. Kos apa tu? Ini senarai kos tambahan yang kami list supaya korang beringat sikit:

 

1. Petrol

2. Tambang Tol

3. Parking kereta

4. Roadtax/ takaful

5. Cuci kereta

6. Servis *just in case tayar ke minyak hitam ke buat hal


*jumlah kos tambahan adalah berbeza bagi setiap individu (bergantung kepada penggunaan tersendiri)


Sebagai contoh, korang pakai kereta Perodua Myvi 1.5;

1. Bayaran ansuran bulanan
 

Kos bayaran ansuran bulanan: RM642.84

Kos bayaran ansuran setahun: RM642.84 x 12 bulan =  RM7,714.08



2. Bersihkan kereta
 

Kos bayaran cuci kereta sebulan: RM30


3. Insurans dan roadtax kereta
 

Kos insurans dan roadtax kereta setahun: RM1,680 + RM120 = RM1,800

Kos insurans dan roadtax kereta sebulan: RM150


4. Petrol
 

Kos penggunaan petrol kereta dia dalam sebulan: RM73.80 x 4 minggu = RM295.20

5. Servis kereta
 
1. Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 4L: RM162.00
2. Drain Plug Gasket - Engine Oil: RM3.80
3. Engine Oil Filter: RM11.90        
    = RM177.70 (tiap 6 bulan)
 
Kos servis kereta sebulan: RM177.70 bahagi 6 bulan = RM29.61

Keseluruhannya, jumlah kos kereta yang korang kena tanggung sebulan adalah sebanyak RM1,147.65.

Jadi, korang dah ready ke nak beli kereta? Kalau dah ready ini cadangan admin untuk kereta idaman korang!
 

3. So, apa cadangan kereta mengikut gaji sebulan korang?

 

Jom semak senarai dibawah untuk tahu kereta apa yang sesuai dibeli korang based on gaji sebulan.
 

RM2000 dan ke bawah

 

Buat kalian yang bergaji dalam lingkungan sebegini, kami sarankan untuk korang beli kereta yang bajet around RM20,000 – RM35,000. Antara kereta yang okay untuk korang beli adalah Perodua Axia.

 

  • Perodua Axia (RM23,367 – RM33,940) 
     

Sumber imej: Perodua

Bagusnya beli kereta Axia ni sebab jimat minyak weh plus kabin yang cukup luas untuk saiznya. Sesuai sangat untuk kegunaan harian.

 

RM3000 dan ke bawah

 

Kalau gaji korang sebulan RM3000, boleh beli kereta yang bajet around RM40,000 – RM60,000. Sebagai contoh, ini 3 jenis kereta yang sesuai dengan bajet sebegini:
 

 

  • Proton Iriz (RM40,800 – RM54,800)

Mempunyai kendalian pemanduan yang mantap kerana stereng kereta ini mempunyai berat yang sesuai dan memberikan respons yang banyak walaupun menggunakan stereng kuasa elektrik (EPS).  
 
  • Perodua Myvi (RM41,292 – RM52,697)



Sumber imej: Perodua


Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintenance'. Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.

 

  • Perodua Bezza (RM33,456 – RM48,356)

 

Antara kelebihan yang ada pada kereta ini adalah jimat minyak, mempunyai lampu hadapan LED bagi semua varian dan merupakan kereta sedan paling murah yang menawarkan AEB (Autonomous Emergency Braking).

 

RM3500 dan ke atas
 

Sekiranya pendapatan korang RM3500 dan ke atas, tak perlu nak risau sangat bab kereta apa yang sesuai untuk dibeli kerana banyak gila kereta yang menarik korang boleh lock! Boleh dikatakan yang korang dah layak untuk beli kereta yang berharga around RM70,000 – RM90,000 ye. Antara kereta yang boleh dipilih adalah:

 

  • Honda City (RM73, 851.27 - RM86,221.45)
     

Sumber imej: DSF.my

Banyak kelebihan kereta ini weh, antaranya pemanduan yang smooth, mempunyai kabin yang luas malah, Honda City 1.5V dilengkapi dengan sistem Honda LaneWatch iaitu menggunakan kamera di cermin sisi kiri untuk paparkan imej buta di skrin infotainment. Bukan itu sahaja, kereta ini boleh dikatakan jimat minyak juga ye!

 

  • Honda Jazz (RM 72,171.54 - RM 84,615.45)


Kereta ini mempunyai fungsi ‘Ultra Seats’ yang terbaik dan let say kalau korang nak angkut barang yang tinggi-tinggi guna kereta ini, no problem beb sebab korang boleh saja lipat bangku tempat duduk ke atas ('Tall Mode'). Kalau barang tu jenis panjang, just lipat tempat duduk Jazz ('Long Mode'). Mudah kan hidup?

 

  • Toyota Vios (RM74,623.00- RM87,584.00)


Boleh dikatakan yang kereta ini merupakan salah sebuah kereta keluarga yang memberi keselesaan kepada pemandu dan juga penumpang.


So agak-agak korang dah nampak ke bayangan kereta yang mampu dimiliki? Ingat ya, ukur baju di badan sendiri kalau tak merana la hidup. Kalau nak guidance boleh mohon pakej pinjaman kereta dekat Loanstreet. Kalau dah beli kereta tu, boleh compare insurans kereta mana sesuai dengan korang dekat SINI. Tak susah pun nak berjimat asalkan korang tahu kemampuan diri.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi. 



 

BACA JUGAK:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Diyana Ridzyianty



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!