Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Korang Sendiri

BY Team Loanstreet

Updated 22 Jan 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bila last korang check balik kewangan korang sendiri? Kat Malaysia ni, ramai je anak muda yang bijak pandai, tapi malangnya ramai antara mereka yang tak kesah ataupun lupa tentang betapa pentingnya buat perancangan kewangan untuk pastikan masa depan lebih terjamin. 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Kenapa merancang kewangan ni penting? 

 


Perancangan kewangan ni bukan setakat simpan duit, tapi membantu korang capai impian korang dalam hidup. Nak beli rumah besar? Nak travel keliling dunia? Semua ni tak mustahil kalau korang ada plan kewangan yang jelas.
 

Kadang-kadang bila buat plan kewangan, baru perasan ada benda yang tak cukup. Contohnya, korang mungkin rasa simpanan dah banyak, tapi sebenarnya belum cukup untuk tampung kehidupan bila dah pencen nanti. Sebab tu, perancangan kewangan penting untuk tunjuk kat mana korang boleh improve.

 

Rancang kewangan korang sendiri 

 

Tak susah pun nak jadi perancang kewangan sendiri. Jom tengok langkah mudah ni:

 

1. Buat kunci kira-kira

 

Start dengan buat "kunci kira-kira" korang sendiri. Senang je, cuma list semua pendapatan dan perbelanjaan korang. 

Di bawah adalah contoh bagaimana sesuatu lembaran imbangan itu :

 

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Anda Sendiri

 

Sekarang korang dah tahu kedaan kewangan korang, jangan lupa untuk berjimat pulak. 

 

2. Pendapatan dan Perbelanjaan

 

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Anda Sendiri

 

Dengan menolak jumlah perbelanjaan bulanan korang daripada jumlah pendapatan bersih, korang boleh mengira berapa banyak wang tunai yang telah korang peruntukan bagi simpanan setiap bulan.

 

Selain daripada itu , korang juga boleh mengira nisbah hutang korang dengan mengambil jumlah komitmen bulanan dan dibahagikan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan. Penting untuk tahu nisbah hutang korang kena pastikan nisbah ni rendah sebab ia boleh affect pinjaman korang di masa depan.

 

3. Matlamat

 

Kemudian, senaraikan matlamat korang. 
 

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Anda Sendiri


Adalah amat penting untuk korang membahagikan ketiga-tiga matlamat ini

 
  • Matlamat untuk Jangka Masa Yang Pendek selalunya boleh dicapai dengan memperbetulkan perbelanjaan korang

  • Matlamat untuk Jangka Masa Yang Panjang selalunya boleh dicapai dengan memperbangunkan simpanan korang sekurang-kurangnya beberapa tahun.


Matlamat untuk Persaraan adalah perkara yang ramai anak muda sering abaikan. Bezanya dengan matlamat lain, bila dah bersara nanti, korang dah tak ada pendapatan tetap. Jadi, korang kena buat perancangan awal untuk pastikan kewangan korang cukup bila tiba masanya.

 

4. Strategi

 

Bila nak rancang strategi, korang boleh ikut cara ni:

 

  • Pelaburan

  • Simpanan

  • Perbelanjaan

  • Insuran (bukan sahaja produk insuran tetapi sebagai satu rancangan tambahan sekiranya korang tiada salah satu dari kategori di atas)


Kalau korang merancang menggunakan  keempat-empat komponen ini, korang dah boleh ada satu plan yang yang mantap.

 

 

Perlu ke buat semua ni sendiri? ?

 

Tak semestinya korang kena rancang kewangan sendiri. Kadang-kadang, benda macam pelaburan, cukai, dan insurans boleh jadi pening. Kalau rasa susah, pertimbangkan untuk dapatkan bantuan perancang kewangan profesional.
 

Kalau nak cuba sendiri, banyak sumber online yang boleh bantu. Contohnya, laman web seperti www.kclau.com. Dekat situ, korang boleh dapat tips kewangan percuma, join webinar, dan belajar benda baru untuk jadi lebih cekap urus kewangan.
 

Kenapa kena mula dari sekarang? 

 

Setiap orang harus mempunyai satu pelan kewangan terutama bagi mereka baru memasuki bidang pekerjaan masing-masing. Lebih awal korang telah membuat perancangan kewangan, lebih awal korang maju menuju ke arah matlamat korang dengan berkesan. Contoh, kalau korang mula sekarang, mungkin korang dah boleh ada rumah sendiri sebelum umur 30. Best kan? Jadi, jangan tunggu-tunggu. Mulakan merancang sekarang !

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Praktis 8 Tips NI Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG

8 Tips Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?