Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 20 Feb 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dalam fasa nak belajar urus kewangan, ada situasi yang korang mungkin kena atau terpaksa jual kereta korang. Tapi, apa nak buat kalau korang tak habis bayar pinjaman kereta tu lagi? 

Jangan risau. Ni kami nak share langkah dan cara untuk jual kereta yang masih ada loan bank. Jom kita mula!

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Semak harga pasaran kereta


Sumber imej: imgclip.com

Apa pun yang korang lakukan, jangan terburu-buru jual kereta tanpa buat research tentang harga pasaran kereta. Ada dua cara korang boleh lakukan untuk tahu harga pasaran kereta korang iaitu:
 

  • Survey dekat platform jual kereta terpakai

Korang boleh survey harga pasaran kereta korang ikut model ni dekat syarikat yang beli kereta terpakai ni. Untuk survey dekat platform online ni, ada beberapa platform yang korang boleh cuba Carsome atau MyTukar.
 

  • Tanya kedai kereta terpakai

Selain tu, korang jugak boleh dapatkan quotation harga daripada kedai kereta terpakai. Untuk dapatkan offer yang terbaik, korang boleh survey harga dekat beberapa kedai kereta terpakai ni.
 

2. Semak balance hutang pinjaman kereta korang



Dah dapat harga pasaran bagi kereta korang, sekarang masanya nak buat pengiraan sikit. Takyah pening-pening, korang hanya perlu gunakan Kalkulator Penyelesaian Pinjaman Kereta & Peribadi dari Loanstreet ni untuk dapatkan anggaran jumlah yang korang kena bayar.

Korang perlu dapatkan beberapa maklumat penting untuk korang masukkan dalam kalkulator ni. Semua maklumat ni korang boleh refer balik dekat bank yang korang buat pinjaman tu.

Tekan sini untuk kira.

Sumber imej: Loanstreet.com.my

Yang paling penting, pastikan korang check berapa lagi balance yang korang kena bayar kat bank. Lepas tu, korang bandingkan pula dengan harga pasaran kereta korang.

Bila dah buat perbandingan, baru korang akan tahu sama ada korang akan dapat untung lepas jual kereta atau tidak. Kalau kena top up loan dengan duit sendiri, korang kena la prepare siap-siap duit tu atau buat la keputusan untuk proceed ke tak jual kereta tu.
 

3. Jual pada pihak pembeli yang korang pilih

 

Bergantung kepada pihak pembeli mana yang korang nak proceed, korang sekarang dah boleh jual kereta korang. Pastikan korang pilih pihak pembeli yang trusted dan korang boleh percaya.

Untuk proses ni, korang akan deal dengan pihak pembeli kereta terpakai sama ada kedai kereta terpakai atau syarikat pembeli kereta terpakai seperti CarSome dan sebagainya.
 

4. Selesaikan bayaran loan kereta dekat pihak bank



Dah dapat duit hasil jual kereta tu, jangan pulak lupa untuk selesaikan bayaran loan kereta dengan pihak bank pulak.

Bagi syarikat besar yang membeli kereta terpakai seperti Carsome, korang hanya perlu jual kereta ni kat mereka. Staf diorang yang akan settlekan bayaran ke pihak bank  dan jugak buat e-batal dekat JPJ bila korang dah jual kereta pihak Carsome ni. Senang kan!

Kalau korang yang nak setelkan sendiri loan kereta pun boleh. Korang pergi sahaja ke cawangan bank yang korang buat pinjaman dan cakap je yang korang nak buat full settlement kereta. Kalau korang tak ada lagi geran asal kereta, masa ni  biasanya pihak bank akan serahkan  geran asal dan juga surat pelepasan.
 

5. Buat e-batal dekat JPJ
 


Sumber imej: Carsome

Pernah dengar e-batal JPJ? Biasanya, korang biasa akan dengar kalau kereta atau motor dah habis bayar. Secara mudahnya, korang kena batalkan hak milik pemberi pinjaman bila korang dah habis bayar pinjaman kereta tu.


Proses ni penting, untuk mengesahkan bahawa korang adalah pemilik yang sah kenderaan ini. Jom kami share langkah mudah untuk korang lakukan e-batal ni:
 

  1. Pastikan korang dah settlekan bayaran pinjaman loan kereta. Kemudian, dapatkan surat pelepasan daripada pihak bank dan geran asal.
  2. Bawak dokumen ni ke mana-mana cawangan pihak JPJ. Beritahu korang nak buat pembatalan pada geran kereta yang dah habis bayar.
  3. Bila proses dah selesai, korang akan dapat cop pembatalan tu dekat geran.
 

6. Claim insurans kereta kalau ada

 

Yang ni, ramai orang tak tahu dan terlepas pandang. Rugi tau! Tahukah korang, sebenarnya korang boleh claim insurans kereta korang sekiranya belum tamat tempoh.

Sebagai contoh, insurans kereta korang tamat bulan Februari 2023, tapi korang dah jual kereta tu pada bulan Jun 2022. Tempoh yang berbaki ni masih boleh dapat refund tau.

Namun, kadar bayaran dan juga cara pengiraan bagi setiap syarikat insurans, yang ni korang  kena refer balik syarikat panel insurans korang.

Contoh  surat refund insurans yang korang akan dapat:
 


Kami harap artikel ni bolehlah bantu korang  jual kereta korang masih dalam loan bank dengan cara yang betul dan mudah. Semoga berjaya!

Korang juga boleh artikel kami tentang baca tips kereta yang sesuai dengan gaji dan cara jimat untuk renew insurans kereta korang.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.



 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

“Apa Hukum Melabur Dalam Cryptocurrency?”

Adakah Pelaburan Kripto Patuh Syariah di Malaysia?