Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Korang

BY Team Loanstreet

Updated 23 Jan 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Rasa susah nak lulus pinjaman perumahan? Jangan risau, korang tak keseorangan. Banyak sebab boleh buat pinjaman korang kena tolak, macam pendapatan tak cukup syarat, sejarah kredit yang kurang baik, atau dokumentasi yang tak lengkap. Tapi, berita baiknya, ada cara untuk tingkatkan peluang korang!

 

Oleh itu, apa yang korang kena buat supaya permohonan korang diluluskan oleh bank?



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Biasanya bank akan menilai jumlah yang korangboleh meminjam berdasarkan 4 faktor ini:

 

  1. Nisbah Khidmat Bayaran Hutang (DSR) Korang

  2. Profil risiko korang

  3. Penilaian hartanah

  4. Nisbah maksima Loan-to-Value (LTV) atau margin pembiayaan yang boleh didapati untuk korang


Daripada semua ni, DSR dan profil risiko korang yang paling penting. DSR seseorang individu menunjukkan bahawa korangmempunyai kewangan cukup untuk membayar hutang dan mengira berapa peratus dari jumlah pendapatan korangakan digunakan untuk membayar ansuran hutang.

 

Cara Untuk Meningkatkan Kuasa Peminjaman Anda


Kalau hutang korang lebih banyak dibandingkan dengan pendapatan bersih, DSR korang akan tinggi. Ini boleh buat bank fikir korang mungkin tak mampu bayar balik pinjaman.

 

Selalunya, DSR korang sekitar 30% dari pendapatan bersih. Tapi ada juga bank yang terima kalau DSR korang sampai 70-80%.

 

Untuk turunkan DSR, korang boleh kurangkan hutang atau tambah pendapatan. Selain DSR, bank juga akan tengok sejarah kredit korang, profil risiko, latar belakang, dan hutang korang yang lepas.
 

6 cara untuk meningkatkan kadar dsr &kredit korang 

 

1. Mengurangkan jumlah hutang korang
 

Hapuskan hutang sebanyak mungkin sebelum mohon pinjaman. Ini termasuk: 
 

  • Perhutangan bank: Pinjaman perumahan, pinjaman kenderaanm pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain.

  • Perhutangan bukan bank: Pinjaman PTPTN, sekuriti pinjaman, program kerajaan dan lain-lain.


Baki kad kredit yang tinggi dan hutang dari pinjaman PTPTN akan menyebabkan korang mempunyai kadar DSR yang tinggi. Sebagai contoh, jika koranggagal untuk membayar pinjaman PTPTN, korang berkemungkinan tinggi untuk disenaraihitamkan di senarai CCRIS dan akan ditolak oleh bank. Jadi, jangan biarkan diri korang disenaraihitamkan dalam CCRIS atau CTOS.
 

2. Mempunyai kredit skor/sejarah yang baik


Kredit sejarah korang merupakan petunjuk dan bukti kepada bank bahawa korang merupakan satu pembayar hutang yang bagus atau seorang yang sentiasa membayar hutangnya lambat. Bank-bank akan merujuk dua sumber utama untuk memeriksa kredit sejarah korang iaitu:
 

Korang tak perlu risau kalau korang  kerap membuat pembayaran balik tepat pada masa dan membayar sepenuhnya. Walau bagaimanapun,pastikan korang check kedua-dua CCRIS dan CTOS dari masa ke masa.
 

CCRIS CTOS

Laporan CCRIS hanya akan menunjukkan rekod terkini untuk 12 bulan dan mengandungi 3 kategori transaksi utama:

i. Pinjaman tertunggak

Termasuk jumlah yang belum dijelaskan, had, kelakuan pembayaran dan segala status sah.

ii. Akaun-akaun Perhatian Khusus

Akaun seperti pinjaman tak berbayar (NPL) atau 'Jadual Pengurusan Perhutangan Khas' akan mendapat perhatian khas.

iii. Pinjaman/ PermohonanKemudahan Kredit

Merakamkan segala pinjaman jika diluluskan atau ditolak.
 

Apa yang harus korang elakkan:
 

  • Membuat pembayaran lewat atau tidak membuat pembayaran.
  • Mempunyai pelbagai jenis pinjaman atau permohonan kredit.
  • Mempunyai kadar kredit yang tinggi untuk kad kredit atau overdraf—menunjukkan bahawa korang mempunyai pengurusan kewangan yang lemah.


Korang boleh mencetak laporan CCRIS korang dengan percuma di Bank Negara ataupun korang boleh menghantar borang permintaan.

Rekod CTOS korang akan disimpan untuk suatu tempoh. Maklumat dalam rekod CTOS korang yang boleh menjejaskan kelulusan pinjaman korang termasuk:
 

i. Maklumat kebankrapan

ii. Tindakan undang-undang yang diambil

iii. Dijadikan sebagai guarantor untuk seseorang untuk pinjaman tertentu

iv. Bil-bil yang belum dijelaskan untuk segala langganan atau perkhidmatan

Rekod korang boleh diserahkan oleh syarikat swasta seperti utiliti dan Telco.
 

Apa yang korang perlu periksa:
 

  • Semua maklumat peribadi korang haruslah tepat dan benar.
  • Semua rekod terkini perlulah tepat dan betul.
  • Korang tidak dikenakan segala tindakan undang-undang.
  • Maklumat perniagaan korang haruslah dicetak dengan tepat.
  • Korang haruslah memaklumkan kepada CTOS dengan segera jika terdapat mana-mana tindakan undang-undang atau pembayaran yang korang telah menjelaskan tetapi status belum dikemaskinikan.


Korang boleh merayu laporan CTOS korang secara terus (dengan membuat pembayaran yang kecil).


Jika korang berada di mana-mana keadaan negatif diatas, korang perlulah mengambil tindakan untuk memperbaiki laporan CCRIS anda sebelum membuat permohonan pinjaman yang seterusnya.
 

3. Bina rekod kredit 

Pastikan korang ada rekod kredit yang bagus untuk mudahkan permohonan korang. Kalau korang pemohon baru, mula dengan:
 

  • Mohon kad kredit

  • Gunakan secara bertanggungjawab

  • Bayar penuh atau sebanyak mungkin setiap bulan

 

4. Mempunyai baki kad kredit yang rendah


Mempunyai baki yang tinggi tak semestinya elok – bank akan menyoal pelbagai jenis soalan mengenai hutang korang dan ini boleh mengimplikasikan bahawa korang tidak boleh mengurus kewangan peribadi korangdengan bertanggungjawab.
 

5. Menunjukkan bahawa korang mempunyai simpanan

 


Bank-bank lebih suka jika seseorang itu mempunyai simpanan. Individu yang mempunyai simpanan menunjukkan yang mereka berkemampuan untuk membayar hutang mereka. Ini termasuk semua jenis deposit tetap, pinjaman, bon dan lain-lain.


Korang perlu pastikan yang korang dah serahkan dokumen terkini bila buat permohonan supaya pinjaman korang tak ditolak. 
 

6. Menggabungkan pendapatan


Salah satu cara untuk meningkatkan dasar DSR adalah dengan menggabungkan pendapatan korang dengan pasangan korang semasa membuat rayuan untuk peminjaman. Pastikan dua-dua pihak  memahami hak undang masing-masing mengenai hartanah itu.
 

Gunakanlah tips ni 


Kalau nak pinjaman lulus, usaha tingkatkan pendapatan bersih, kurangkan hutang, dan jaga sejarah kredit korang. Paling penting, jangan belanja lebih daripada kemampuan. Sentiasa kira kemampuan pinjaman dan buat perancangan kewangan yang baik.
 

Nak tahu jumlah pinjaman yang korang layak? Klik di sini untuk kira kelayakan korang sekarang!
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Korang Sendiri

Cara-Cara Untuk Menjadi Perancang Kewangan Korang Sendiri

Praktis 8 Tips NI Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG

8 Tips Untuk Dapat Skor Kredit CEMERLANG

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?