1. Kad Kredit
Kad kredit adalah salah satu cara yang paling biasa digunakan dalam kemudahan kredit. Selain boleh digunakan di kedai-kedai runcit, korang juga boleh dapatkan duit tunai. Tapi kena ingat, jumlah duit yang korang boleh guna terhad keada had kredit yang dah ditetapkan sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh call mana-mana bank untuk bertanyakan pasal fasiliti ni.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
|
|
Anda boleh mengetahui kad kredit yang menepati kehendak anda didalam artikel memilih kad kredit yang tepat.
2. Kemudahan Overdraf
Overdraf adalah kemudahan yang membenarkan anda mengeluarkan wang didalam akaun semasa lebih daripada jumlah baki sebenar. Biasanya termaktub kepada had kredit.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
|
|
Walaubagaimanpun, berdasarkanperaturan Bank Negara yang baru, yuran komitmen sebanyak 1% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dimanfaatkan. So, kalau korang ada had overdraf yang tinggi, pastikan korang aware dengan perkara ini.
3. Pembiayaan Semula Tunai
Pembiayaan semula tunai ni simple je. Korang guna nilai rumah korang untuk dapatkan duit. Nak tahu lebih lanjut? Korang boleh baca disini.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
|
|
Disini disediakan beberapa tips untuk menggunakan alat perbandingan pembiayaan semula pinjaman perumahan. Pastikan korang juga mengetahui polisi had 10 tahun pembiayaan semula.
4. Peminjam Wang Berlesen
Ya, korang mungkin terkejut dengan pilihan ni. Sebenarnya, selain bank, korang juga boleh dapatkan pinjaman daripada peminjam wang berlesen di Malaysia. Contohnya seperti GSMaju, Kim Seng Heng Enterprise, F.K Capital dan banyak lagi ada dalam industri ni.
Mereka ni dah tertakluk dalam undang-undang di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Akta Peminjam Wang 1951. Jadi, kalau korang tak berjaya dapat pinjaman dari bank, korang boleh cuba peluang kat sini.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
|
|
Rambang mata nak pilih!
Setiap pilihan ada pro dan kontra masing-masing. Penting untuk korang pilih produk yang tepat. Kalau korang nak ambil pinjaman dari bank di Malaysia, pastikan korang buat perbandingan untuk cari pakej yang paling sesuai.
Selain tu, artikel pasal pinjaman peribadi kat Malaysia boleh bantu korang faham lebih mendalam pasal pinjaman ni. Baca dan guna alat perbandingan pinjaman peribadi untuk buat keputusan terbaik. Jangan lupa juga baca artikel tentang cara mohon pinjaman peribadi di Malaysia supaya korang betul-betul faham selok-beloknya.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: