Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Aspek Yang Dipertikaikan Bank Apabila Memohon Pinjaman Perumahan

BY Team Loanstreet

Updated 07 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang bercadang nak mohon pinjaman rumah tapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan  risau! Dalam artikel ni, kita akan bincangkan 5 aspek penting yang bank selalu tengok sebelum luluskan permohonan korang. 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1) Penilaian Hartanah



Sumber imej: Zippboxx

 

Bank akan tetapkan harga yang sesuai untuk rumah yang korang nak beli. Proses ni penting lagi-lagi kalau korang nak beli rumah second-hand berbanding kalau beli terus dari pemaju.

 

Penilaian ni juga akan tentukan berapa banyak pinjaman perumahan yang bank boleh bagi. Contohnya, kalau korang nak beli rumah dengan harga RM400,000 tapi bank rasa rumah tu cuma berharga RM350,000, pinjaman yang bank bagi hanya akan berdasarkan harga RM350,000 tu. Jadi, beza RM50,000 tu korang kena top-up sendiri.

 

Tak pelik kalau harga penilaian bank lebih rendah dari harga jualan. Kadang-kadang, setiap bank bagi penilaian yang berbeza. So, korang boleh try minta penilaian dari bank lain kalau tak puas hati dengan offer yang korang dapat. 

 

2) Nisbah Khidmat Hutang (DSR)

 

Kalau jumlah hutang lebih dari apa yang korang mampu bayar balik, maksudnya korang dah ada banyak sangat kredit. So, walaupun rumah korang nilainya tinggi, korang kena pastikan yang korang mampu nak bayar balik pinjaman tu. 

 

Benda ni akan ditentukan oleh DSR korang. DSR korang yang akan tunjukkan berapa banyak pendapatan bulanan korang yang digunakan untuk bayar hutang. Cara nak kira adalah dengan bahagi jumlah komitmen bulanan kepada pendapatan bulanan:
 

DSR = (Komitmen Bulanan / Pendapatan Bulanan) * 100%

Secara umum, bank lebih suka kalau bayaran balik hutang korang tak lebih dari 70% dari pendapatan bersih.

 

3) Dokumen sokongan pendapatan

 

Untuk bukti pendapatan korang, bank akan minta dokumen sokongan macam slip gaji, penyata bank, penyata KWSP, penyata cukai pendapatan, dan lain-lain.

 

Biasanya, korang kena sediakan sekurang-kurangnya 3-6 bulan rekod pendapatan bulanan sebagai bukti yang pendapatan korang stabil dan konsisten.

 

4) Liabiliti yang sedia ada




Sesetengah orang ingat kalau sorok hutang yang sedia ada, peluang nak dapat pinjaman rumah akan tinggi. Tapi, bende ni tak betul pun sebab bank boleh check semua hutang-hutang korang melalui CCRIS (sistem di bawah seliaan Bank Negara).

 

Jadi, lebih baik jujur dengan bank. Ini boleh bantu bank atau perunding nasihatkan korang tentang peluang lulus pinjaman, sekaligus jimat masa.

 

5) Rekod kredit

 

Ramai ingat kalau tak ada hutang, bank akan kategorikan korang kukuh untuk buat pinjaman. Tapi sebenarnya, kalau tak ada rekod kredit, bank jadi berhati-hati sebab diorang tak ada rujukan untuk tengok corak pembayaran balik korang sebelum ni.

 

So, kalau tak ada rekod kredit, lebih baik bina dulu. Contoh paling senang, pakai kad kredit dan pastikan bayar tepat masa setiap bulan sebelum apply pinjaman rumah.

 

Prepare siap-siap! 

 

Bila nak apply pinjaman rumah, penting untuk korang tahu apa yang bank tu tengok. Korang boleh guna perkhidmatan perbandingan pinjaman rumah yang Loanstreet sediakan supaya korang boleh dapat tawaran yang terbaik!        

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai