1. Pilih kadar faedah yang terbaik
-
Pinjaman kadar tetap
Kalau korang selesa dengan bayaran yang tetap dan mudah nak jangka, pinjaman kadar tetap ni memang pilihan yang bagus. Sesuai untuk korang yang plan nak tinggal lama di rumah tersebut, sebab korang takkan terkesan kalau ada kenaikan kadar faedah di masa depan.
Tapi, kena ingat, biasanya kadar faedah pinjaman kadar tetap pada permulaan lebih tinggi berbanding pinjaman kadar terapung. Jadi, mungkin bayaran bulanan korang akan lebih tinggi pada awal pinjaman tersebut. Dan kalau kadar faedah turun, korang akan terlepas peluang untuk berjimat kecuali kalau korang decide untuk refinance.
-
Pinjaman kadar terapung
Pinjaman ni tawarkan kadar faedah terapung bergantung kepada keadaan pasaran. Biasanya, pinjaman ni ada kadar permulaan yang lebih rendah, so bayaran bulanan korang pun lebih rendah pada mulanya.
Tapi, bayaran ni boleh berubah dari semasa ke semasa. Kalau kadar faedah naik, bayaran korang pun akan ikut naik, dan ini mungkin buat korang susah nak bajet.
Jadi, kalau korang plan nak pindah, jual, atau refinance dalam beberapa tahun, pinjaman kadar terapung ni biasanya pilihan yang lebih baik sebab korang boleh nikmati kadar awal yang rendah untuk jangka waktu yang singkat.
2. Pilih Pakej Yang Sesuai
Pakej pinjaman rumah ada beberapa jenis macam:
-
Pakej Pinjaman Asas
Pakej Pinjaman Asas ni adalah pilihan paling mudah untuk korang yang baru nak mula. Ia menawarkan kadar faedah tetap atau terapung dengan terma yang standard, jadi tak banyak yang perlu difikirkan. Sesuai untuk mereka yang nak pengalaman pinjaman yang ringkas dan tak berbelit-belit.
Cuma, korang perlu tahu yang pakej ni mungkin tak seflexibel pilihan lain dan biasanya datang dengan kos yang lebih tinggi, serta ciri-ciri tambahan yang terhad.
-
Pakej Pinjaman Semi-Flexi
Pakej Pinjaman Semi-Flexi ni bagi korang lebih fleksibiliti berbanding pakej asas. Dengan pakej ni, korang boleh buat bayaran tambahan atau bayar sebahagian pinjaman lebih awal tanpa dikenakan penalti yang tinggi. Ini boleh bantu korang kurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar dan memberi lebih kawalan ke atas pinjaman korang. Sesuai untuk yang nak sedikit kebebasan dalam pengurusan kewangan.
-
Pakej Pinjaman Full-Flexi
Pakej Full-Flexi ni sesuai untuk korang yang nak kebebasan maksimum. Pakej ni bagi pelbagai pilihan, termasuk peluang untuk buat pembayaran tambahan, keluarkan lebihan pembayaran, dan ubah tempoh pembayaran bila perlu. Sesuai kalau pendapatan korang tak tetap atau nak lebih kawalan ke atas pinjaman. Tapi, fleksibiliti ni kadang-kadang datang dengan kadar faedah yang lebih tinggi atau yuran tambahan, dan pengurusan pinjaman boleh jadi lebih tricky.
3. Kualiti perkhidmatan dan kecekapan bank
Nak pilih pinjaman yang tepat bukan hanya tengok kadar faedah yang terendah—cara bank buat kerja pun penting. Korang perlukan bank yang mudah nak dihubungi, cepat balas, dan helpful dengan semua pertanyaan korang.Barulah proses kelulusan dan pengeluaran pinjaman ni boleh berjalan dengan lebih lancar dan cepat. Ada bank yang ambil hari, sementara yang lain mungkin ambil berminggu. Jadi, pilihlah bank yang ada sistem permohonan yang mudah, sama ada online atau cawangan.
Akhir sekali, tengok macam mana bank selesaikan masalah. Sama kalau ada isu dokumen atau kelewatan pembayaran, korang perlukan bank yang proaktif dalam selesaikan masalah.
Jadi, bank mana yang paling sesuai untuk korang?
Jawapannya bergantung pada situasi korang sendiri. Selalunya, pilihan tu berdasarkan pertimbangan subjektif semua tiga kriteria dekat atas ini.
Korang boleh guna alat Perbandingan Pinjaman Perumahan di kami sebagai langkah pertama untuk cari pakej pinjaman yang paling sesuai dengan keadaan korang.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang skor kredit sebelum memohon pinjaman, boleh baca panduan kami tentang CCRIS dan CTOS.
Dan kalau korang tengah fikir nak dapatkan pinjaman rumah Islam, boleh juga baca panduan kami tentang pembiayaan rumah Islam.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: