Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

[SURVEY] Mampu ke Family Korang Survive Tanpa Saraan Korang?

BY Team Loanstreet

Updated 01 Oct 2019




Dengan kerjasama  

Tak kisah lah sama ada korang ni tulang belakang keluarga ataupun salah seorang yang membantu menyara keluarga, berikan tepukan untuk diri korang. Admin memang salute dengan kebaikan korang membantu dan membalas jasa keluarga!

Tapi, korang pernah tak terfikir apa yang akan terjadi dengan keluarga korang sekiranya ada apa-apa yang tak diingini menimpa korang? Contohnya, korang jatuh sakit (mintak dijauhkan lah) dan tak mampu lagi nak bekerja demi menyara keluarga. Siapa akan ganti korang menyara keluarga? Ataupun korang meninggal secara tiba-tiba (harapnya tak lah), mampu ke keluarga korang bertahan?



Kita semua sedar yang kita ni hanya mampu merancang dan ajal maut tu bukan di bawah kawalan kita, tapi kenapa masih ramai antara kita yang tak sediakan payung sebelum hujan?

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), hanya sebanyak 36.5% rakyat Malaysia je yang mempunyai at least satu pelan insurans hayat atau pelan takaful keluarga. Situasi ni sangat membimbangkan sebab jumlah tersebut sangat rendah tak mencapai target gomen, iaitu sebanyak 75% menjelang tahun 2020.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jadi, kitorang nak kaji sejauh mana kesahihan situasi ni. Boleh tolong?

Untuk sahkan atau dapatkan data baru mengenai tahap keprihatinan rakyat Malaysia dalam bersiap-sedia sebelum ditimpa musibah, kitorang telah bekerjasama dengan Prudential untuk keluarkan survey “I Cover You”. Selain bantu kitorang tahu sejauh mana persiapan korang, korang jugak boleh guna survey ni sebagai penanda, sama ada keluarga korang mampu bertahan atau tak tanpa korang. Senang kata, korang jawab dulu lah survey ni kalau nak tau kadar kewangan korang. Klik je BUTANG OREN kat bawah untuk mula jawab survey. 
 
 


Kena ke jawab? Banyak kerja lah 

Harus lah kena jawab, maklumat yang korang bagi ni penting tau. Jangan lah bimbang, tak lama pun survey ni, ambik masa korang 5 minit je. Korang jugak berpeluang untuk dapat hadiah cabutan bertuah tau kalau jawab “Survey I Cover You” ni. Mana yang rasa diri tu banyak luck, jangan lepaskan peluang ni, boleh menang besar punya! Kalau tak percaya, boleh tengok hadiah kat atas tu - masyuk kan hadiah dia?

Jangan makan sorang je hadiah tu, bagi tau lah sekali dekat family dan kawan-kawan sekali. Lagi banyak yang jawab, lagi banyak data yang kitorang akan dapat. Korang pulak boleh dapat hadiah sekali - kira semua orang untung lah! 

Jawab segera tau sebab survey ni akan berlangsung sampai 30 September 2019 je. Result survey ni pulak admin akan share dalam bulan Oktober 2019.  

Selamat ber-survey!
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Pinjaman Peribadi: 5 Perkara Yang Korang Kena Tahu Bila Memohon

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Apa Akan Jadi Kalau Korang Tak Bayar Balik Pinjaman PTPTN?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?