Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bagaimana Bank Memperdayakan Korang Dengan Peraturan 78

BY Team Loanstreet

Updated 24 May 2021




Peraturan 78 adalah salah satu sesuatu perkara yang paling lazim dalam industri perbankan yang kurang difahami oleh orang ramai. Tanpa pengetahuan, korang mungkin dah pun jadi subjek kepada amalan  setiap bank dan menjadi pihak yang rugi akhirnya. Apa konsep ni sebenarnya dan camne dia beri impak atau kesan kat korang? Di sini, admin kongsikan beberapa penerangan yang lebih lanjut tentang amalan ni.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Peraturan 78 yang juga dikenali sebagai kaedah jumlah digit. Ia adalah satu kaedah mengira faedah dalam memastikan faedah maksimum dibayar pada permulaan pinjaman, mengurangkan apa jua simpanan daripada penyelesaian awal pinjaman untuk para peminjam. Amalan ini biasanya dipraktikkan bagi pinjaman peribadi dan juga pinjaman kereta.

 

Apa yang kebanyakan antara mereka fikirkan?

Apabila mengambil apa jua jenis pinjaman, [Jumlah Faedah yang Perlu Dibayar] selama hayat pinjaman adalah pertama pra-kiraan sama seperti anda akan menggunakan kaedah kiraan faedah yang mudah (yang dengan sendirinya, lebih kurang sama dengan kaedah pengurangan baki). Ni dipanggil kos pembiayaan.

Pada dasarnya, kerana ia berpandukan kepada proses faedah mudah, kos pembiayaan akan dibahagi sama rata di kalangan setiap ansuran bulanan, bukan?

Penerangan ni sama sekali tidak benar dan ni lah di mana Peraturan 78 memainkan peranannya.

 

Apa yang sebenarnya berlaku?

Dari menyebarkan kos pembiayaan sama rata ke serata ansuran bulanan, pihak bank secara senyap membahagikan majoriti bahagian setiap faedah ke sesuatu permulaan pinjaman itu. Mereka menentukan sesuatu faedah bulanan itu dengan menggunakan formula ini:

Nampak rumit, bukan? Usah bimbang. Di sini beberapa panduan disediakan. Admin gunakan pinjaman peribadi selama 1 tahun dengan pinjaman berjumlah RM50,000 dan kadar faedah 10% setahun sebagai contoh:

  1. Pertama [Jumlah Faedah yang Perlu Dibayar] dikira menggunakan formula faedah yang mudah

    • E.g. Prinsipal * Rata Faedah * Jumlah Tahunan

  2. Diberi [N] sebagai jumlah ansuran, setiap ansuran dikira dari 1 ke [N]

    • E.g. Bagi pinjaman peribadi setahun, ansuran tersebut akan bermula dari 1 ke 12

  3. [Jumlah Ansuran] adalah 1 + 2 + 3… + [N]

    • E.g. 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10 + 11 + 12 = 78 (oleh itu Peraturan 78!)

  4. Bagi setiap bulan progresif , dengan menggunakan formula yang diberikan di atas, hasilnya adalah bahawa sebahagian kecil berkurangan daripada [Jumlah Faedah yang Perlu Dibayar] menjadi perlu dibayar

    • Faedah Yang Perlu Dibayar Untuk Bulan 1 = 12/78 * [Jumlah Faedah Yang Perlu Dibayar]

    • Faedah Yang Perlu Dibayar Untuk Bulan 2 = 11/78 * [Jumlah Faedah Yang Perlu Dibayar]

    • Faedah Yang Perlu Dibayar Untuk Bulan 12 = 1/78 * [Jumlah Faedah Yang Perlu Dibayar]

Di sini ada perbandingan di antara kaedah pengiraan faedah yang lain:

Menarik perkara ni untuk diberi perhatian kalau korang simpan jadual pembayaran balik untuk pinjaman asal, Peraturan 78 tidak akan memberi kesan kat korang. Tapi kalau korang sudah pun membuat keputusan untuk membayar balik pinjaman lebih awal, bank sudah pun memerlukan korang untuk bayar balik 73% daripada Jumlah Faedah Dibayar Mengikut Bulan ke-6!

 

So, Patut Tak Korang Buat Pembayaran Awal bagi Pinjaman Peribadi Dan Juga Pinjaman Kereta?

Apa yang mengagumkan, menawarkan "rebat" dan "diskaun" kepada orang ramai bagi membuat pembayaran awal bagi pinjaman peribadi dan pinjaman kereta adalah antara salah satu langkah pemasaran yang paling menarik dan juga berjaya bagi industri perbankan masakini. Dengan ni membuatkan kebanyakan orang tidak tahu camne Peraturan 78 ni beri kesan terhadap mereka.

Ini bukan nak kata korang tak perlu buat penyelesaian awal bagi pinjaman. Sebenarnya ia satu perkara yang harus dipertimbangkan jugak. Tapi satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pastinya adalah untuk membuat pengiraan sendiri berapa banyak wang yang korang perlu simpan (atau hilang) bila selesaikan pinjaman tu awal.

Berita baik buat korang, Loanstreet dah sediakan alat kiraan mesra pengguna. Gunakan je Kalkulator Penyelesaian Pinjaman Kereta & Peribadi dan ketahuinya sendiri! 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia